Qish Hotel adalah sebuah hotel yang baru terletak di bandar Melaka, Malaysia. Ia adalah hotel bertaraf 1 bintang. Ia adalah tempat yang bagus bagi mereka yang mahu menerokai bandar Melaka kerana ia hanya 3.8 kilometer dari pusat bandar.
Hotel ini juga mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan dan juga kemudahan. Hotel ini juga mementingkan hotel mereka dihias dan juga direka supaya para tetamu yang tinggal di sini berasa selesa. Selain daripada itu, mereka juga memilih dengan teliti setiap kemudahan yang diadakan di hotel itu untuk memastikan para tetamu mereka dapat tinggal di situ dengan selesa. Tambahan lagi, aktiviti rekreasi yang ditawarkan pasti akan mengisi masa lapang tetamu mereka.
Qish Hotel juga adalah berdekatan dengan banyak kemudahan seperti kedai serbaneka, bank, hospital dan juga pusat membeli-belah. Oleh itu ia terletak di kawasan yang sangat strategik. Ini juga memberi peluang kepada para tetamu untuk menerokai bandar Melaka. Sesiapa yang datang ke bandar Melaka boleh mempertimbangkan hotel ini sebagai tempat penginapan kerana kualiti-kualitinya yang bagus.
Ada beberapa cara untuk sampai ke Qish Hotel. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil Lebuhraya Utara - Selatan menghala ke Seremban dan meneruskan perjalanan ke bandar Melaka. Ia akan mengambil masa 1 jam 40 minit untuk sampai ke hotel ini kerana jarak antara kedua bandar ini adalah sejauh 144 kilometer. Ia bagaimanapun bergantung kepada lalu lintas pada masa itu juga untuk menentukan masa untuk sampai ke hotel ini. Ada tol untuk sampai ke hotel ini dari Kuala Lumpur.
Bagi pelancong yang tidak mempunyai kereta sendiri, mereka juga boleh mengambil bas untuk ke Melaka. Pelancong boleh pergi ke Terminal Bersepadu Selatan dan mengambil bas untuk ke Melaka. Ada banyak jenis syarikat bas yang membuat perjalanan ke sana. Antaranya adalah Plusliner, Transnasional dan Sani Ekspress. Harga tiket sehala untuk ke sana berharga antara RM 11 hingga ke RM 18. Kemudian mereka akan diturunkan di Terminal Bas Melaka dan pelancong boleh mengambil teksi untuk ke hotel itu. Pelancong juga boleh mencari tawaran dengan menggunakan aplikasi Grab untuk pergi ke hotel.
Qish Hotel mempunyai beberapa jenis bilik yang boleh dipilih oleh para tetamu yang ingin tinggal di sini. Jenis bilik yang pertama adalah bilik Standard Double Room. Ia adalah bilik untuk 2 orang. Ia mempunyai 1 katil Queen. Bilik ini termasuk dengan Wi-Fi, penghawa dingin dan botol air percuma. Tandas juga ada di dalam bilik ini dan tetamu akan mendapat alat mandian percuma. Bilik seterusnya adalah bilik Superior Room. Ia boleh memuatkan 3 orang kerana terdapat 1 katil Queen dan 1 katil bujang. Bilik ini termasuk dengan Wif-F, penyaman udara dan botol air percuma. Tandas juga ada di dalam bilik ini dan tetamu akan mendapat alat mandian percuma. Bilik ketiga adalah bilik Deluxe Quadruple Room. Ia boleh memuatkan 4 orang kerana ia mempunyai 2 katil Queen. Bilik ini termasuk dengan Wi-Fi, penyaman udara dan botol air percuma. Tandas juga ada di dalam bilik ini dan tetamu akan mendapat alat mandian percuma.
Bagi mereka yang mahukan sarapan pagi, mereka boleh membayar lebih bersama dengan harga bilik agar mereka boleh menikmati sarapan itu.
Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat menjadikan tetamu mereka selesa. Hotel ini mempunyai sistem pengawasan yang beroperasi selama 24 jam untuk memastikan keselamatan para tetamu mereka. Mereka juga mempunyai penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam. Oleh itu mereka boleh membantu tetamu mereka dengan apa-apa pertanyaan. Mereka juga boleh membenarkan tetamu mereka untuk daftar masuk jika penerbangan mereka tiba lewat malam. Selain daripada itu, hotel ini juga mempunyai perkhidmatan menghantar makanan ke bilik tetamu. Hotel ini juga dilengkapi dengan Wi-Fi. Tambahan lagi, hotel ini juga mempunyai tempat meletak kenderaan bagi tetamu mereka yang membawa kenderaan mereka sendiri. Bagi tetamu yang ingin menjamu selera, hotel ini mempunyai restoran yang berupaya untuk menyediakan makanan. Para tetamu boleh menikmati sarapan percuma dengan pakej bilik yang boleh ditempah di Traveloka.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Bermula 1 Januari 2025, Kerajaan Negeri Melaka akan mengenakan Cukai Warisan mandatori sebanyak MYR 3.00 bagi setiap bilik yang didiami untuk satu malam di semua penginapan hotel. Cukai ini boleh berubah tanpa pemberitahuan awal. Cukai ini akan dikutip oleh pihak hotel semasa ketibaan tetamu.
Kemudahan Popular | AC, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 15:00 - 16:00 - 11:00 - 12:00 |
Bilik tersedia di Qish Hotel | 25 |
Fasilitas lain di Qish Hotel | ATM/Perbankan, Salun kecantikan, Kedai runcit, Salun rambut, Kedai |