Alor Setar mempunyai beberapa buah hotel dan tempat penginapan yang baik di bandarnya. TH Hotel & Convention Centre adalah salah satu tempat terbaik untuk tinggal ketika berada di Alor Setar. Terletak tidak jauh dari pusat bandar Alor Setar, TH Hotel & Convention Center telah menjadi salah satu pilihan penginapan terbaik. TH Hotel menawarkan bukan sahaja harga bilik yang sangat berpatutan tetapu juga pilihan bilik yang luas dan sangat selesa bersama-sama dengan kemudahan yang bagus.
Pergi ke TH Hotel & Convention Centre adalah mudah kerana ia terletak di sepanjang jalan utama di bandar. Hotel ini berjarak kurang daripada 10 kilometer ke pusat bandar dan hanya akan mengambil masa 15 minit dengan memandu. Bagi mereka yang dari Kuala Lumpur, memandu akan mengambil masa dalam empat jam dan empat puluh minit melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Terdapat juga pilihan untuk menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Kuala Lumpur dengan harga tiket bermula dari serendah RM 43 untuk satu perjalanan sehala. Semua bas ekspres akan berhenti di Terminal Bas Shahab Perdana di pusat bandar Alor Setar. Terdapat banyak teksi di terminal bas yang akan membawa penumpang ke TH Hotel yang berjarak hanya 15 minit. Perjalanan bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Alor Setar akan mengambil masa dalam purata enam jam dan dua puluh minit. Bagi mereka yang kurang menyukai waktu perjalanan yang lama, ada pilihan untuk terbang ke Alor Setar. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim adalah sebuah lapangan terbang kecil di Alor Setar. Lapangan terbang ini mengendalikan beberapa destinasi terutamanya dari Kuala Lumpur, dari KLIA dan Subang dan juga Johor Bahru. Lapangan terbang terletak hanya dua minit dari TH Hotel & Convention Centre.
TH Hotel & Convention Centre mempunyai empat jenis bilik di bangunannya yang meliputi hampir kesemua keinginan dan pilihan para tetamu. Bilik pertama adalah bilik Superior. Ia adalah bilik seluas 34 meter persegi dengan pilihan untuk sama ada untuk mempunyai sebuah katil bersaiz Queen atau dua buah katil Twin. Bilik Superior bermula dari RM 213 untuk satu malam. Seterusnya adalah bilik Deluxe Quad. Bilik ini mempunyai dua buah katil Queen dan masih banyak lagi ruang di bilik seluas 47 meter persegi. Kadar harga bilik Deluxe Quad ini adalah pada RM 286 satu malam. Suite Studio TH Hotel & Convention Center juga mempunyai keluasan yang sama dengan jenis bilik sebelumnya. Suite Studio mempunyai sebuah katil bersaiz Queen dengan harga RM 319 untuk malam. Jenis bilik terakhir di TH Hotel & Convention Center adalah Suite Eksekutif. Ia adalah satu-satunya bilik di TH Hotel yang mempunyai ruang tamu sendiri. Bilik tidur di Suite Eksekutif mempunyai sebuah katil bersaiz King dan sebuah katil sofa di ruang tamu. Suite Eksekutif bermula dari harga RM 397 untuk satu malam. Semua kadar harga bilik ini tidak termasuk perkhidmatan sarapan pada hari berikutnya. Bagi bilik dengan perkhidmatan sarapan, kadar harganya adalah sekitar RM11 – 15 lebih mahal daripada harga asal.
Semua bilik di TH Hotel & Convention Center dilengkapi dengan kemudahan dan keperluan yang bagus. Kesemua bilik di TH Hotel & Convention Center lengkap dengan penyaman udara sepenuhnya. Bilik-bilik ini juga mempunyai sebuah televisyen berskrin rata dengan saluran satelit, sebuah set pembuat kopi/teh berserta dengan sebuah meja tulis dan sebiji kerusi. Terdapat juga sebuah peti keselamatan dalam bilik di setiap bilik di hotel. Sambungan Wi-Fi percuma juga disediakan untuk setiap bilik.
Bilik mandi peribadi di setiap bilik tidur dilengkapi dengan pancuran air panas, sebiji pengering rambut dan beberapa peralatan mandian percuma.
Hotel ini mempunyai sebuah restoran sendiri di mana sajian sarapan bufet setiap hari tersedia. Restoran itu menyediakan pilihan masakan tempatan dan antarabangsa yang hebat dan menyelerakan. Sajian makan tengah hari dan makan malam juga tersedia di samping dengan mengedalikan pesanan secara a la carte.
Terdapat pelbagai kemudahan yang cukup bagus di TH Hotel terutamanya pusat kecergasan dan kolam renangnya yang menjadi buah mulut para tetamu di situ. Pusat kecergasan dan kolam renang di hotel ini dipisahkan untuk lelaki dan perempuan bagi keselesaan semua orang. Terdapat juga sebuah pusat perniagaan dan kemudahan mesyuarat yang tersedia di hotel.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan bermula 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan penduduk tetap Malaysia. Sila maklum bahawa hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan adalah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar (Formerly known as TH Hotel and Convention Centre Alor Setar) | 202 |
Bilangan tingkat di Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar (Formerly known as TH Hotel and Convention Centre Alor Setar) | 8 |
Fasilitas lain di Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar (Formerly known as TH Hotel and Convention Centre Alor Setar) | Tukang angkut barang, Minuman alu-aluan, Pekerja rencam, Meja depan, Penyambut tetamu 24 jam |