TH Hotel dan Convention Centre merupakan sebuah hotel terkenal bertaraf empat bintang. Hotel ini terletak di Jalan Lapangan Terbang, Kampung Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. TH Hotel dan Convention Centre ini dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia. Kejayaan Lembaga Tabung Haji dalam sektor perhotelan terbukti apabila TH Hotel dan Convention Centre telah dibuka di beberapa negeri seperti Kedah, Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu sendiri.
Dari Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan tiket bas anda dan berlepas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk terus ke Kuala Terengganu. Perjalanan itu akan mengambil masa kira-kira enam jam. Dari terminal bas, dapatkan teksi untuk membawa anda ke hotel ini.
Dari Lapangan Terbang Subang atau KLIA2, dapatkan penerbangan domestik ke Kuala Terrenganu. Terdapat beberapa syarikat penerbangan domestik yang mengoperasikan penerbangan ke Kuala Terengganu seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Firefly dan Malindo Air. Dari lapangan terbang, anda perlu mengambil teksi untuk ke hotel ini.
Bilik penginapan merupakan elemen pertama yang mesti dijaga oleh sesebuah hotel. Bagi TH Hotel dan Convention Centre, bilik-bilik penginapan yang disediakan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan ekslusif. Hotel ini menyediakan sebanyak 7 kategori bilik penginapan. Setiap kategori datang dengan saiz, kelengkapan dan reka bentuk yang berbeza mengikut kadar harga bilik yang berbeza. Kadar harga bilik yang ditawarkan bermula dari RM176 semalam.
Bagi memastikan para tetamu mendapat pengalaman yang menakjubkan di hotel ini, dua buah restoran hebat disediakan. Lagenda Restoran dibuka seawal jam 6 pagi sehingga jam 11 malam. Manakala Menanti Lounge dibuka pada jam 10 pagi sehingga jam 12 tengah malam. Dengan adanya dua buah restoran yang bersaing di tingkat yang sama, ia menambahkan lagi kualiti dan kesedapan makanan yang disajikan oleh restoran masing-masing. Sejurus dapat menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan untuk para tetamu hotel memilih.
Setanding dengan hotel-hotel bertaraf empat bintang yang lain, TH Hotel dan Convention Centre juga menyediakan kemudahan yang unggul bagi memastikan para tetamu berasa selesa dan berpuas hati. Antara kemudahan yang disediakan adalah, bilik seminar dan mesyuarat yang dilengkapi teknologi canggih, kolam renang yang luas dan bersih, gimnasium yang dipenuhi peralatan senaman dan pelbagai lagi. Dengan kemudahan-kemudahan yang ada, terbuktilah bahawa hotel bukan sahaja sesuai untuk tetamu berehat dan bersantai malah untuk tetamu yang datang atas urusan kerja juga.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu | 182 |
Bilangan tingkat di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu | 6 |
Fasilitas lain di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu | Penyaman Udara, Dewan besar, Bankuet, Bilik bercantum, Bilik keluarga |