RC Hotel terletak di tengah bandar Melaka. Hotel ini adalah tempat penginapan yang ideal untuk para pelancong tinggal kerana ia berhampiran dengan bandar. Para pelancong dapat meneroka ke beberapa tempat yang menarik seperti muzium, pameran seni dan tempat keagamaan dengan mengambil hanya beberapa minit dengan berjalan kaki. Hotel ini telah menyediakan pelbagai kemudahan yang berguna untuk semua bilik. Para tetamu juga boleh menikmati kemudahan yang bagus yang telah disediakan dalam hotel ini. Hotel ini juga telah memberikan layanan hebat kepada tetamu mereka. Selain itu, para tetamu boleh makan di restoran yang telah menawarkan pelbagai jenis hidangan. Mereka juga boleh singgah di sebuah kafe di dalam hotel ini untuk menikmati makanan dan minuman ringan.
Cara yang paling cepat untuk pergi ke RC Hotel adalah dengan menaiki kereta. Para pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur akan mengambil Lebuhraya Utara-Selatan. Kemudian, mereka perlu menggunakan laluan keluar 231-Ayer Keroh dari lebuhraya. Selepas itu, perjalanan diteruskan lagi dengan pergi ke Lebuh Ayer Keroh dan memandu ke Laluan 5 di Melaka. Mereka boleh sampai RC Hotel sebaik sahaja mereka masuk ke Jalan Kampung Pantai. Keseluruh perjalanan di atas jalan raya mengambil masa selama 1 jam dan 44 minit.
RC Hotel telah menyediakan 9 jenis bilik untuk tetamu mereka Antaranya ialah Standard Double atau Twin Tiada Tingkap (Bilik Sahaja), Standard Double atau Twin Tiada Tingkap, Deluxe Double atau Twin (Bilik Sahaja), Bilik Deluxe Double atau Twin, Executive Deluxe dengan Balkoni (Bilik Sahaja), Executive Deluxe dengan Balkoni, Eksekutif Suite Double atau Twin (Bilik Sahaja), Executive Suite Double atau Twin dan Bilik Keluarga. Semua bilik yang dinyatakan 'Bilik Sahaja' tidak mempunyai sarapan pagi percuma di dalam pakej bilik mereka. Bagi Standard Double atau Twin Tiada Tingkap (Bilik Sahaja), ia mempunyai saiz 16 meter persegi dan para tetamu boleh memilih sama ada 1 katil double atau 2 katil single. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara, televisyen skrin rata, peti keselamatan peribadi, meja dan air botol percuma. Bilik mandi mempunyai peralatan mandian, pengering rambut, pancuran mandian dengan air panas di bilik mandi peribadi. Oleh itu, jumlah harga untuk bilik ini adalah RM172.62 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Seterusnya ialah Standard Double atau Twin Tiada Tingkap. Bilik ini mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya. Walau bagaimanapun, para tetamu boleh mendapatkan sarapan pagi secara percuma untuk pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah kos untuk bilik ini adalah RM186.10 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan. Bagi Deluxe Double atau Twin (Bilik Sahaja), ia mempunyai keluasan 17 meter persegi dan ia boleh memuatkan 1 katil double atau 2 katil single. Kemudahannya sama dengan bilik sebelumnya. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini adalah RM196.16 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan. Bagi Bilik Deluxe Double atau Twin, ia mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya. Walau bagaimanapun, pakej bilik ini termasuk dengan sarapan pagi secara percuma untuk tetamu mereka. Oleh itu, jumlah harga untuk bilik ini ialah RM209.58 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Bilik yang berikut ialah Executive Deluxe dengan Balkoni (Bilik Sahaja). Saiz bilik ini adalah 19 meter persegi dan jenis katil adalah 1 katil double atau 2 katil single. Hotel ini telah menyediakan beberapa kemudahan dalam bilik seperti penghawa dingin, cerek elektrik, meja, televisyen, peti keselamatan peribadi, langsir gelap, air botol percuma dan balkoni. Kemudahan bilik mandi adalah sama seperti bilik-bilikyang sebelumnya. Oleh itu, harga pakej bilik ini adalah RM243.11 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan. Bagi Executive Deluxe dengan Balkoni, para tetamu boleh menikmati sarapan pagi secara percuma yang telah disediakan oleh pihak hotel. Para tetamu boleh mendapatkan kemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya. Oleh itu, jumlah harga bilik ini ialah RM256.52 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Bagi Eksekutif Suite Double atau Twin (Bilik Sahaja), ia mempunyai saiz 25 meter persegi dan para tetamu boleh memilih sama ada 1 katil double atau 2 katil single. Para tetamu akan mendapat jubah mandi sebagai tambahan untuk kemudahan bilik mandi. Bilik ini telah dilengkapi dengan kemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang sama seperti bilik Deluxe Executive dengan Balkoni. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini adalah RM376.81 untuk malam termasuk caj perkhidmatan. Bagi Eksekutif Suite Double atau Twin, hotel ini telah menyediakan sarapan pagi secara percuma kepada para tetamu. Bagi kemudahan dalam bilik dan bilik mandi, para tetamu boleh menikmati kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya. Oleh itu, jumlah harga bilik ini ialah RM390.22 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan. Bilik terakhir ialah Bilik Keluarga. Saiz bilik ini adalah 21 meter persegi. Bilik ini mempunyai 1 katil king dan 1 katil bertingkat. Para tetamu boleh melihat pemandangan bandar dan sarapan pagi secara percuma untuk bilik ini. Hotel ini juga telah menyediakan kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini ialah RM402.40 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Terdapat sebuah restoran di RC Hotel yang telah menyajikan pelbagai jenis hidangan untuk para tetamu. Mereka boleh menikmati hidangan pada sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Selain itu, para tetamu juga boleh pergi ke sebuah kafe di dalam hotel ini untuk menikmati secawan kopi atau makanan dan minuman ringan.
RC Hotel telah menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk keselesaan tetamu mereka. Antaranya adalah perkhidmatan bilik untuk waktu yang terhad, Wi-Fi percuma di kawasan awam, kaunter penyambut tetamu selama 24 jam, penjaga keselamatan selama 24 jam, perkhidmatan dobi, tempat penyimpanan bagasi, surat khabar di kawasan lobi, perkhidmatan pelancongan, projektor, mesin fotostat, tempat letak kereta dengan bayaran tambahan dan perkhidmatan limo atau kereta bandar. Selain itu, para tetamu boleh singgah di bank, salun kecantikan, pasar raya, atau beberapa kedai yang berdekatan dengan hotel ini.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan bermula 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan penduduk tetap Malaysia. Sila maklum bahawa hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025, Kerajaan Negeri Melaka mengenakan Yuran Cukai Warisan wajib MYR 4.00 setiap bilik yang diduduki setiap malam untuk semua penginapan hotel. Yuran ini boleh berubah tanpa notis terlebih dahulu. Yuran ini akan dikutip oleh hotel semasa ketibaan tetamu.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di RC Hotel | 30 |
Bilangan tingkat di RC Hotel | 3 |
Fasilitas lain di RC Hotel | Tukang angkut barang, Penyambut tetamu 24 jam, Keselamatan 24 jam, Perkhidmatan dobi, Pesanan bilik waktu terhad |