Sabah Oriental Hotel merupakan pilihan hotel yang sesuai buat para tetamu yang ingin melawat Kota Kinabalu. Hotel bertaraf 4 bintang ini menawarkan para tetamu dengan pengalaman hotel yang hebat disertai dengan pemandangan Gunung Kinabalu, Laut China Selatan, kepulauan di sekitarnya serta pemandangan bandar yang mengagumkan. Sabah Oriental Hotel terletak di Lorong Kemajuan, Pusat Bandar Kota Kinabalu serta berhampiran tarikan utama pelancongan yang terdapat di bandar. Sabah Oriental Hotel menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang hebat kepada para tetamunya. Terdapat lima jenis bilik untuk pilihan para tetamu. Setiap bilik dilengkapi dengan hiasan moden yang bergaya dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Terdapat juga kemudahan tambahan di biik-bilik yang tertentu. Para tetamu juga boleh menikmati hidangan serba mewah yang dihidangkan di restoran utama yang terdapat di sini. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan istimewa. Dengan kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan di hotel ini, Sabah Oriental Hotel Kota Kinabalu merupakan pilihan yang tepat buat anda yang merancang percutian atau mempunyai urusan pekerjaan di Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu boleh dihubungi melalui penerbangan domestik dan juga penerbangan antarabangsa. Pintu masuk utama ke Kota Kinabalu adalah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Jarak dari lapangan terbang ke Sabah Oriental Hotel hanya mengambil masa perjalanan lebih kurang 14 minit. Anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines atau Air Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang membuat penerbangan terus setiap hari ke Kota Kinabalu. Selain itu juga, Kota Kinabalu boleh dihubungi melalui feri oleh pengunjung dari Labuan, Indonesia dan juga Filipina. Anda boleh menaiki teksi ke Sabah Oriental Hotel setibanya anda di lapangan terbang atau terminal feri. Memandangkan hotel ini terletak di tengah Pusat Bandar Kota Kinabalu, terdapat beberapa mercu tanda yang berhampiran dengan hotel ini yang boleh anda jadikan sebagai panduan. Mercu tanda yang berhampiran dengan hotel ini adalah pusat membeli belah IMAGO dan KK City Waterfront yang terletak berhampiran dengan Sabah Oriental Hotel. Mercutanda yang paling hampir dengan hotel adalah pusat membeli belah IMAGO yang berada hanya 0.46km sahaja dari hotel. Sekiranya anda berada di mercu tanda tersebut, bermakna anda telah berada hampir dengan Sabah Oriental Hotel.
Sabah Oriental Hotel mempunyai 200 bilik yang dihias indah terdiri dari Superior sehingga ke Junior Suites. Setiap bilik dihiasi agar dapat memberikan keselesaan kepada para tetamunya. Terdapat 5 jenis bilik yang ditawarkan sebagai pilihan kepada para tetamu. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dan kemudahan tambahan di bilik-bilik yang tertentu. Kemudahan asas yang terdapat di setiap bilik termasuklah meja kerja dan peti ais mini, telefon IDD, TV LCD, surat khabar harian, tuala mandi, tab mandi dan banyak lagi.
Superior King mempunyai keluasan 331 kaki persegi yang boleh memuatkan 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Bilik ini mempunyai 1 katil saiz raja dengan pemandangan gunung. Bilik ini dilengkapi dengan TV satelit, peti ais mini, peti keselamatan, surat khabar harian, pembancuh kopi/teh, dan penghawa dingin. Kemudahan Wi-Fi percuma juga turut disediakan di setiap bilik.
Superior Twin mempunyai 331 kaki persegi yang dihias serba moden dan bergaya. Bilik ini mempunyai 2 katil bujang menjadikan ianya sesuai untuk 2 tetamu dewasa. Bilik ini sesuai untuk pasangan ataupun mereka yang mempunyai urusan kerja.
Deluxe King menampilkan bilik yang dihias serba moden dengan keluasan 347 kaki persegi. Bilik ini mempunyai 1 katil saiz raja dengan pemandangan gunung. Anda boleh perolehi kemudahan asas yang terdapat di bilik ini seperti ruang rehat untuk 2 orang, meja kerja dan peti ais mini, air mineral percuma dan banyak lagi.
Deluxe Twin mempunyai keluasan 347 kaki persegi menawarkan 2 katil bujang menjadikan ianya sesuai untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Para tetamu boleh menikmati kemudahan Wi-Fi percuma dan kemudahan asas yang lain seperti kawasan rehat, meja kerja, pembancuh kopi/teh, pengering rambut, kelengkapan tandas secara percuma dan banyak lagi.
Junior Suite menawarkan keluasan yang lebih luas iaitu 515 kaki persegi menjadikan ianya sesuai untuk keluarga besar. Bilik dengan satu bilik yang luas serta mewah ini mempunyai perabot seperti sofa dan meja kerja. Bilik ini mempunyai bilik air yang besar dan ruang tamu.
Sabah Oriental Hotel menawarkan para tetamu restoran yang mewah dan bergaya di restoran utama iaitu Oriental Café yang dihias serba mewah di dalam hotel tersebut. Oriental Café dihiasi dengan rekaan kontemporari dengan menawarkan menu makanan tempatan, Asian dan Continental. Restoran ini mula beroperasi seawal jam 6.30 pagi sehingga 10.00 malam. Tapai Lounge merupakan satu lagi restoran yang sesuai untuk melayani tetamu perniagaan anda atau bersantai bersama sahabat handai dan juga ahli keluarga. Para tetamu boleh menikmati minuman dan makanan yang ditawarkan di situ sambil menikmati keindahan pemandangan bandaraya Kota Kinabalu.
Kemudahan hotel yang boleh anda dapati di hotel ini termasuk perkhidmatan khadam, ruang penyimpanan barang dan surat khabar di lobi, kaunter hadapan 24-jam, perkhidmatan bilik dan kolam renang terbuka. Para tetamu yang mempunyai urusan kerja boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kemudahan mesyuarat, mesin faks, perkhidmatan pos dan bankuet untuk seminar dan lain-lain acara. Anda juga boleh menikmati pelbagai aktiviti rekreasi yang disediakan seperti kolam renang terbuka di atas bumbung dengan pemandangan bandar dan gunung yang mengagumkan, bersenam di pusat kecergasan, beristirahat di sauna dan spa serta menyertai pakej lawatan ke destinasi pelancongan yang ditawarkan oleh pihak hotel.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Sabah Oriental Hotel | 200 |
Bilangan tingkat di Sabah Oriental Hotel | 11 |
Fasilitas lain di Sabah Oriental Hotel | Sarapan a la carte, Makan malam a la carte, Makan tengah hari a la carte, Restoran dengan penyaman udara, Bar |