Seri Bayu Resort menyediakan penginapan yang selesa kepada para tetamu. Hotel bertaraf 3 bintang ini menawarkan destinasi hujung minggu yang menenangkan kepada para penggemar alam semula jadi dan warga bandar. Ianya juga menjadi tempat permulaan yang baik untuk anda menerokai destinasi utama yang terdapat di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan juga kawasan sekitar di Port Dickson dan Morib. Seri bayu Resort terletak hanya 3 minit berjalan kaki dari pantai Bagan Lalang di dalam Daerah Sepang. Seri Bayu Resort terletak di alamat PT 3076, Lot 4756, Jalan Persiaran Seri Bayu, Bagan Lalang, Sepang. Terdapat 138 unit penginapan yang terdiri dari bilik Studio dan Apartment 2 bilik. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dan kemudahan tambahan mengikut kategori bilik. Para tetamu juga boleh menikmati pelbagai hidangan makanan yang disediakan. Walau apa pun jua tujuan lawatan anda, Seri Bayu Resort merupakan pilihan yang hebat buat anda.
Seri Bayu Resort boleh dihubungi dengan menaiki kapal terbang. Resort ini terletak hanya 32 km daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Setibanya di lapangan terbang, anda boleh menaiki teksi atau bas yang disediakan untuk ke Seri Bayu Resort dengan masa perjalanan lebih kurang 37 minit. Anda juga boleh memandu ke Seri Bayu Resort. Hotel ini dihubungi dengan jaringan lebuhraya yang lengkap seperti Lebuhraya KESAS dan ELITE. Selain itu, anda juga boleh menaiki keretapi dari Stesen KL Sentral ke Putrajaya atau KLIA untuk ke Seri Bayu Resort. Dari stesen tersebut anda boleh menaiki teksi ke Seri Bayu Resort yang akan mengambil masa perjalanan lebih kurang sejam. Terdapat beberapa mercutanda yang terletak berhampiran dengan resort ini bagi memudahkan pencarian anda. Anda boleh mencari Pantai Bagan Lalang atau Kem Pengakap Bagan Lalang yang terletak kurang 1 km dari resort. Sekiranya anda menjumpai tempat seperti yang dinyatakan di atas, anda telah berada hampir dengan resort ini.
Seri Bayu Resort mempunyai keseluruhan 138 buah bilik yang dihias bagi menjamin keselesaan anda. Terdapat 2 kategori bilik utama iaitu bilik Studio dan Apartment 2 bilik. Kesemua bilik studio dan unit apartment dilengkapi dengan katil yang bersih dan selesa, sofa, televisyen, penyaman udara, pancuran air panas, meja tulis dan dapur.
Suite Studio merupakan kategori bilik yang selesa, santai dan bersih serta dihiasi gaya moden. Resort ini menawarkan sejumlah 18 unit bilik Studio dengan keluasan 40 kaki persegi. Setiap bilik mempunyai pemandangan taman yang dilengkapi dengan katil saiz Queen untuk memuatkan 2 atau 3 orang tetamu. Kesemua bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti alatan dapur, ruang makan, penyaman udara, bilik mandian pancuran air panas dan balkoni.
Apartment 2 bilik pula menampilkan ruang yang lebih luas dan selesa untuk para tetamunya terutamanya mereka yang bercuti bersama keluarga atau kumpulan besar. Resort ini mempunyai sejumlah 120 unit apartment 2 bilik dengan keluasan 100 kaki persegi. Setiap bilik mempunyai 1 katil Queen dan 2 katil bujang. Setiap bilik mempunyai pemandangan taman dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti alatan dapur, ruang makan, penyaman udara, bilik mandian pancuran air panas, 2 bilik air dan balkoni.
Para tetamu boleh mencuba makanan yang disediakan di Seri Bayu Resort. Resort ini menyediakan pelbagai jenis hidangan dari makanan tempatan kepada pelbagai jenis kari dan makanan laut ala BBQ yang pasti menyelerakan. Para tetamu juga boleh mencuba makanan yang dijual di medan selera yang terletak hanya 500 meter sahaja dari resort ini.
Seri Bayu Resort menyediakan pelbagai jenis kemudahan dan aktiviti kepada para tetamu. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan seperti kolam renang terbuka, restoran, taman permainan kanak-kanak, Wi-Fi di kawasan awam, sewaan basikal dan pengangkutan ke lapangan terbang. Selain itu, resort ini juga menawarkan kemudahan persidangan dan bankuet yang lengkap untuk majlis keramaian. Resort ini juga menyediakan kemudahan untuk mengadakan kenduri kahwin, seminar, mesyuarat dan aktiviti kerja berpasukan untuk kemudahan para tetamunya. Seri Bayu Resort juga boleh menguruskan pakej khas mengikut keperluan para tetamu. Para tetamu boleh menikmati segala kemudahan rekreasi seperti kemudahan mesyuarat, bersiar-siar di taman, trek joging, gelanggang tenis dan futsal, kawasan BBQ dan kolam renang terbuka untuk menjadikan pengalaman penginapan anda sebagai sebuah pengalaman yang menyeronokkan.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 15:00 - 22:00 - 08:00 - 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Seri Bayu Resort | 138 |
Bilangan tingkat di Seri Bayu Resort | 3 |
Fasilitas lain di Seri Bayu Resort | Penyaman Udara, Bankuet, Bilik larangan merokok, Kolam renang, Bebas rokok |