Datai Langkawi merupakan sebuah resort mewah bertaraf lima bintang yang terletak di dalam hutan tropika yang tua berhadapan dengan Teluk Datai. Datai Langkawi terletak di Pulau Langkawi yang mempunyai pantai peribadi berlatarbelakangkan hutan tropika. Terdapat juga sebuah padang golf yang berhampiran hanya mengambil masa perjalanan selama 10 minit dan Datai Langkawi ini juga berada hanya 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Ia merupakan sebuah lokasi yang sesuai untuk anda berehat dan meluangkan masa yang romantis bersama pasangan anda. Datai Langkawi juga turut disenaraikan dalam senarai 10 teratas pantai yang tercantik di dunia oleh National Geographic. Resort ini mempunyai 121 bilik, bilik suite, vila yang kesemuanya mempunyai pemandangan alam semula jadi hutan. Setiap bilik mempunyai ruang yang luas dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap dengan penyaman udara, balkoni, tuala mandi, tab mandi, peti ais kecil, Wi-Fi percuma dan banyak lagi. Para tetamu pasti akan memperolehi kenangan manis yang tidak akan dilupakan sepanjang tempoh penginapan mereka di Datai Langkawi.
Datai Langkawi amat mudah dihubungi melalui dalam dan luar negara. Sekiranya anda mengembara dari Kuala Lumpur, anda bolehlah menaiki penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Tiger Air atau Silk Air untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi untuk sampai ke Datai Langkawi yang mengambil masa perjalanan selama 41 minit pemanduan. Langakwi juga boleh dihubungi melalui feri. Feri Terminal Langkawi terletak di Kuah yang berdekatan dengan Dataran Helang Langkawi. Penempahan feri boleh dibuat melalui atas talian, tetapi tiket feri tersebut hendaklah dicetak. Selain itu, sekiranya anda ingin memandu anda bolehlah menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Kedah. Dari lebuh raya, anda bolehlah mengambil susur keluar Alor Setar Selatan dan seterusnya ikut papan tanda ke Terminal Feri Kuala Kedah. Terdapat juga perkhidmatan feri lain yang terletak di Kuala Perlis, iaitu anda hanya perlu memandu terus dari Kedah ke Kuala Perlis yang mengambil masa perjalanan setengah jam untuk sampai ke Terminal Feri Kuala Perlis.
Datai Langkawi menyediakan bilik sebanyak 121 jumlah bilik yang selesa kepada para tetamu termasuklah bilik suite dan vila. Terdapat tiga kategori bilik iaitu Canopy Collection, Rainforest Collection dan Beach Collection. Canopy Collection terdiri dari Canopy Deluxe, Premium, Suite dan The Datai Suite. Rainforest Collection pula terdiri dari Rainforest Villa, Rainforest Pool Villa dan The Datai Estate. Manakala Beach Collection terdiri daripada One-Bedroom Beach Villa dan Two-Bedroom Beach Villa. Setiap bilik mempunyai balkoni persendirian, bilik mandi berserta tab mandi serta televisyen skrin rata.
Canopy Collection terletak di bahagian bangunan utama resort ini. Para tetamu boleh menikmati pengalaman yang indah dengan kecantikan serta keunikan pembinaan bilik dan suite yang terdapat di resort ini. Bilik ini sesuai untuk para tetamu yang minat untuk menginap di bilik berhampiran kolam renang, bilik makan dan ruang lobi.
Rainforest Collection terletak di hutan hujan tropika serta tumbuh-tumbuhan yang merangkumi kawasan Datai Langkawi. Bilik elegan Rainforest Collection Villa pula tersergam indah berdekatan dengan aliran air. Bilik ini amat sesuai bagi para pengunjung yang meminati alam semula jadi.
Beach Collection terletak berdekatan di Pantai Teluk Datai yang berlatarbelakangkan pemandangan hutan tua. Setiap 13 One-Bedroom Beach Villa dan Two-Bedroom Beach Villa dilengkapi pemandangan taman persendirian yang menghadap pantai yang membolehkan para tetamu mendapat penginapan persendirian berserta perkhidmatan pelayan bilik.
Para tetamu dapat menikmati pelbagai masakan istimewa Datai Langkawi yang telah menerima anugerah sebagai restoran terbaik. Restoran ini menyediakan hidangan eksotik serta masakan tempatan. Terdapat pelbagai pilihan tempat makan di hotel ini termasuklah The Dining Room untuk hidangan sarapan pagi, The Pavillion untuk masakan Thailand, The Beach Club untuk makanan serta minuman ringan dan The Gulai House yang menyediakan masakan yang terdapat di Malaysia. Kepada para tetamu yang mencari pelbagai hidangan makanan, The Dining Room merupakan tempat makan yang paling sesuai untuk anda. Restoran The Dining Room ini yang terletak di aras yang sama dengan kolam renang serta menyediakan kawasan tempat duduk di dalam serta luar restoran yang menyediakan pemandangan hutan, ia dibuka untuk sarapan pagi, makan tengah hari serta makan malam. Restoran The Dining Room ini juga sangat sesuai bagi anda yang inginkan pelbagai pilihan hidangan sarapan pagi yang lazat dan juga sangat sesuai untuk mereka yang ingin menikmati makan tengah hari dalam suasana yang aman dan tenang.
Datai Langkawi menawarkan kemudahan serba hebat dan juga aktiviti untuk para tetamunya. Kemudahan yang disediakan termasuklah pusat perniagaan, perkhidmatan khadam, bilik persidangan, akses ke pantai peribadi, khidmat doktor bertugas, gimnasium, urutan badan, bilik wap, kolam mandi luar dan banyak lagi. Para tetamu boleh berehat di pusat rawatan spa yang disediakan untuk tujuan beristirahat. Manakala kemudahan rekreasi termasuklah dua kolam renang, spa yang telah memenangi pelbagai anugerah dan juga Els Club Teluk Datai yang merupakan padang golf 18 lubang yang tercantik di Asia Tenggara. Para tetamu juga boleh menikmati pelbagai aktiviti luar seperti aktiviti laut iaitu snorkeling, berkayak, luncur pantai atau berlayar.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Senarai di atas mungkin tidak menyeluruh. Bayaran dan deposit mungkin tidak merangkumi cukai dan tertakluk kepada perubahan.
Anda akan diminta membayar caj-caj berikut di hartanah. Fi mungkin termasuk cukai yang berkenaan:
Kami telah menyertakan semua caj yang disediakan kepada kami oleh hartanah.
Kakitangan meja hadapan akan menyambut tetamu ketika ketibaan. Tetamu yang menempah jenis bilik "Malaysia Residents Only" atau "Malaysia and Singapore Residents Only" mesti mengemukakan pengenalan diri penduduk yang sah semasa daftar masuk. Hartanah berhak untuk meminda kadar jika bukti yang sah tidak diberikan.
Hotel only accepts guests with minimum age of 21
Kemudahan Popular | Kolam Renang, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi, Lif |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di The Datai Langkawi | 121 |
Bilangan tingkat di The Datai Langkawi | 6 |
Fasilitas lain di The Datai Langkawi | Pakej lamaran romantik, Payung pantai, Kolam renang terbuka, Pantai persendirian, Spa |