Grand Puteri Hotel adalah penginapan 3 bintang yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Hotel ini terletak 1.3 kilometer dari salah satu masjid utama di Kuala Terengganu iaitu Masjid Al-Mukhtafi Billah Shah. Hotel ini dibina pada tahun 2013 dan sudah beroperasi sehingga kini. Hotel ini juga terletak hanya 4 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu dan Muzium Negeri Terengganu. Ia juga terletak 5 minit dari restoran-restoran berdekatan.
Hotel ini juga mempunyai banyak bilik yang boleh memenuhi cita rasa para tetamu yang datang ke hotel ini. Bilik-bilik di hotel ini berupaya untuk membuatkan para tetamu mereka berasa selesa tetapi dengan bayaran yang sangat berpatutan. Para tetamu boleh menggunakan Traveloka untuk memilih jenis bilik yang ditawarkan.
Hotel ini juga mempunyai banyak kemudahan yang boleh digunakan oleh para tetamu mereka. Hotel ini juga mempunyai kafe mereka tersendiri. Di kafe ini para tetamu mereka boleh menikmati sarapan pagi setiap hari. Kafe mereka boleh menyediakan banyak makanan tempatan yang terkenal mengikut musim dan juga perayaan. Kafe kopi dan restoran di bahagian luar hotel juga ada untuk para tetamu lawati.
Ada beberapa cara untuk sampai ke Grand Puteri Hotel. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan mengambil penerbangan ke sana. Dari Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 dan pergi ke Kuala Terengganu. Ada beberapa syarikat penerbangan yang membuat perjalanan ke sana seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Malindo Air dan beberapa syarikat lain. Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, pelancong boleh mengambil teksi untuk ke hotel itu.
Cara lain untuk ke resort ini adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil Lebuhraya Kuala Lumpur – Gua Musang menghala ke Kuantan. Ia akan mengambil masa 4 jam dan 57 minit untuk sampai ke resort ini kerana jarak antara kedua bandar ini adalah sejauh 453 kilometer. Ia bagaimanapun bergantung kepada lalu lintas pada masa itu juga untuk menentukan masa untuk sampai ke hotel ini dan memandangkan laluan ke hotel ini adalah lebuh raya, oleh itu para tetamu harus menyediakan wang tol.
Bagi pelancong yang tidak mempunyai kereta sendiri, mereka juga boleh mengambil bas untuk ke Kuala Terengganu. Pelancong boleh pergi ke Terminal Bersepadu Selatan dan mengambil bas untuk ke Kuala Terengganu. Ada banyak jenis syarikat bas yang membuat perjalanan ke sana. Antaranya adalah Plusliner, Transnasional dan Sani Ekspress. Harga tiket sehala untuk ke sana berharga antara RM 43 hingga ke RM 45. Ia akan mengambil masa dalam 6 – 7 jam untuk sampai ke terminal bas Kuala Terengganu kerana perjalanan dalam bas adalah lebih perlahan.
Grand Puteri Hotel mempunyai 6 jenis bilik yang boleh dipilih. Pertama adalah bilik Premium Suite dimana bilik ini mempunyai 1 katil queen dan 1 katil single. Ia boleh memuatkan 3 orang dengan selesa. Ia juga mempunyai permandangan bandar Kuala Terengganu.
Kemudian hotel ini juga mempunyai bilik Junior Suite. Bilik ini mempunyai 1 katil queen dan sesuai untuk 2 orang. Bilik ini juga mempunyai permandangan bandar Kuala Terengganu. Seterusnya adalah bilik Superior King Room. Bilik ini juga adalah untuk 2 orang. Ia mempunyai 1 katil king. Jenis bilik yang seterusnya adalah bilik Deluxe Double Room. Ia boleh memuatkan 2 orang kerana ia mempunyai pilihan katil 2 katil bujang atau 1 katil queen. Bilik lain yang ada adalah bilik Premier Suite. Bilik ini mempunyai 1 katil queen tetapi ia boleh memuatkan 3 orang dengan 1 katil tambahan. Pilihan bilik yang terakhir adalah bilik Superior Room. Ia mempunyai pilihan katil 2 katil bujang atau 1 katil queen. Ia memuatkan 2 orang tetamu.
Setiap bilik di hotel ini mempunyai tandas tersendiri dengan alat mandian percuma. Bilik-bilik itu juga dilengkapi dengan alat penghawa dingin, seterika, alat pengering rambut, sofa katil, televisyen dengan pelbagai saluran dan juga kopi, teh dan air minuman percuma. Selain daripada itu, hotel ini juga menawarkan perkhidmatan mengejut di waktu pagi.
Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat menjadikan tetamu mereka selesa. Mereka mempunyai restoran mereka tersendiri yang boleh menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam secara bufet. Selain daripada itu resort ini juga mempunyai Wi-Fi di semua ruang awam, penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam dan perkhidmatan dobi. Selain daripada itu, hotel ini juga mempunyai bilik mesyuarat yang sesuai bagi tetamu mereka yang mahu mengadakan perjumpaan korporat. Tetamu di hotel ini juga boleh menggunakan kemudahan BBQ yang ada. Selain daripada itu, tetamu yang menggunakan kerusi roda juga boleh datang ke sini kerana mereka mempunyai kemudahan untuk memudahkan pergerakan mereka.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di The Grand Puteri Hotel | 165 |
Bilangan tingkat di The Grand Puteri Hotel | 7 |
Fasilitas lain di The Grand Puteri Hotel | ATM/Perbankan, Salun kecantikan, Kedai runcit, Salun rambut, Dobi |