Tower Regency Hotel & Apartments merupakan pilihan tepat buat anda yang mencari penginapan yang selesa. Tower Regency Hotel & Apartments terletak di lokasi yang strategik di tengah pusat bandar Ipoh dan pusat perniagaan utama dengan hiasan penginapan yang serba mewah dan moden. Terletak di tengah pusat bandar Ipoh, hotel bertaraf 4 bintang ini menawarkan para tetamu kemudahan sebagai pusat untuk memulakan lawatan anda di sekitar Bandar Ipoh. Hotel ini berada di alamat 6-8, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Greentown, Ipoh, Kinta, Perak. Terdapat 6 jenis bilik lengkap dengan kemudahan asas sebagai pilihan anda. Para tetamu juga boleh menikmati pelbagai juadah hidangan di restoran utama hotel ini. Tower Regency Hotel & Apartments juga menawarkan aneka pilihan makanan untuk anda nikmati. Dengan lokasi yang strategik dan kemudahan yang lengkap menjadikan Tower Regency Hotel & Apartments ini sebagai pilihan hebat buat sekiranya anda berada di Ipoh.
Tower Regency Hotel & Apartments boleh dikunjungi dengan memandu, menaiki teksi, bas atau kapal terbang. Lapangan terbang berhampiran adalah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang terletak hanya 5 km dari hotel. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi ke hotel yang akan mengambil masa perjalanan 11 minit sahaja. Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan yang akan mengambil masa perjalanan lebih kurang 3 jam. Ipoh juga boleh dihubungi dari serata tempat di Semenanjung Malaysia dengan menaiki bas ekspres. Anda boleh menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan Terminal Bas Hentian Duta ke Ipoh. Selain itu, anda juga boleh menaiki keretapi ETS dari Stesen KL Sentral ke Ipoh. Dari stesen tersebut anda boleh menaiki teksi atau Grab untuk ke Tower Regency Hotel & Apartments.
Tower Regency Hotel & Apartments mempunyai sejumlah 203 bilik yang dihiasi bergaya serta selesa. Terdapat 6 pilihan bilik seperti Deluxe Twin Room, Regency Studio Apartment, Regency Apartment, Studio Apartment, Executive Room dan Deluxe King Room. Para tetamu juga ditawarkan dengan kemudahan asas seperti penghawa dingin, bilik air, telefon, perkhidmatan bilik, meja kerja dan pembancuh teh dan kopi.
Deluxe Twin Room menampilkan hiasan gaya moden dengan pemandangan bandar. Bilik ini mempunyai 2 katil bujang untuk memuatkan 2 tetamu dewasa dan 1 kanak-kanak. Bilik ini mempunyai keluasan 301 kaki persegi lengkap dengan kemudahan asas seperti televisyen satelit, telefon, bilik mandi, meja kerja, pembancuh teh dan kopi serta perkhidmatan bilik 24 jam.
Regency Studio Apartment mempunyai keluasan 350 kaki persegi lengkap dengan balkoni yang mempunyai pemandangan bandar. Bilik ini mempunyai 3 katil bujang untuk memuatkan 3 orang dewasa dengan 2 kanak-kanak.
Regency Apartment menampilkan ciri-ciri moden dengan keluasan 450 kaki persegi. Bilik ini mempunyai balkoni dengan pemandangan bandar, 2 bilik dan sebuah ruang tamu. Bilik ini dilengkapi dengan 1 katil saiz raja dan 2 katil bujang untuk memuatkan 4 orang tetamu.
Studio Apartment menawarkan bilik moden dengan keluasan 350 kaki persegi. Bilik ini mempunyai balkoni dengan pemandangan bandar lengkap dengan 2 katil bujang.
Executive Room menawarkan bilik yang dihiasi bergaya dengan keluasan 350 kaki persegi. Bilik ini mempunyai balkoni dengan pemandangan bandar lengkap dengan 2 katil bujang.
Deluxe King Room menampilkan bilik hiasan gaya moden dengan keluasan 300 kaki persegi. Bilik ini mempunyai balkoni dengan pemandangan bandar dan dilengkapi dengan 1 katil saiz raja untuk memuatkan 2 orang tetamu dengan seorang kanak-kanak.
Para tetamu boleh menikmati makanan yang disediakan di kafe yang terdapat di sini yang menyediakan hidangan istimewa kepada para tetamunya. Kafe ini menyediakan sarapan pagi dengan pelbagai hidangan ala barat dan tempatan. Terletak di aras bawah serta dihiasi dengan gaya kontemporari dan kasual, Café at 6 menyajikan makanan harian ala fusion, barat dan tempatan. Sarapan pagi disediakan setiap hari dan pilihan ala-carte juga terdapat untuk makanan tengahari dan malam. Terdapat juga perkhidmatan makanan di bilik untuk para tetamu.
Kemudahan hotel termasuklah penyimpanan bagasi, kaunter hadapan 24 jam, kemudahan Wi-Fi percuma di tempat awam, kedai runcit, KTV, lounge, gimnasium, kolam renang dan kemudahan dobi. Dari majlis perniagaan sehingga ke acara korporat, Tower Regency Hotel & Apartments menyediakan ruang perniagaan dan persidangan untuk kemudahan anda. Para tetamu boleh beristirahat di kolam renang dan spa yang disediakan. Aktiviti rekreasi yang lain juga turut disediakan untuk kemudahan para tetamu termasuk sauna dan pusat kecergasan.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 15:00 - 23:00 - 09:00 - 12:00 |
Bilik tersedia di Tower Regency Hotel & Apartments | 188 |
Bilangan tingkat di Tower Regency Hotel & Apartments | 17 |
Fasilitas lain di Tower Regency Hotel & Apartments | Peti keselamatan, WiFi di kawasan umum, Kabel TV, Kaunter, Pengering rambut |