1. Perkara yang anda perlu tahu:
eVisa Rusia membenarkan anda melawat Daerah Persekutuan Timur Jauh, Kaliningrad Oblast atau Saint Petersburg dan Leningrad Oblast sehingga 8 hari. Anda tidak perlu melawat kedutaan atau memberikan dokumen lain untuk membuktikan perjalanan anda. Anda hanya perlu mengisi permohonan dalam talian dan anda mempunyai 30 hari untuk menggunakannya.
Namun sebelum itu, anda perlu mendapat surat jemputan daripada agensi berwenang yang membuktikan tujuan dan rancangan lawatan serta butiran identiti.
Selalunya jemputan pelancong dihasilkan dalam masa sehari. Visa pelancong Rusia dikeluarkan atas dasar jemputan pelancong. Lihat proses di bawah:
2. Berapa lamakah proses permohonan visa?
Biasanya antara 5 hingga 7 hari kerja.
3. Bagaimanakah caranya untuk memohon visa elektronik?
4. Berapakah harga yang dikenakan?
USD 29 (lebih kurang RM123) termasuk sokongan 24/7, semua perhubungan dengan kerajaan, semakan dan pembetulan sebarang maklumat yang hilang atau salah.
5. Keperluan visa elektronik Rusia:
Anda perlu ingat bahawa bukan semua tempat pemeriksaan di sempadan membenarkan anda masuk dan keluar dari Rusia dengan eVisa. Tempat pemeriksaan yang menerima visa elektronik adalah seperti berikut:
6. Daerah Persekutuan Timur Jauh
Primorsky Krai
Sakhalin Oblast
Kamchatka Krai
Wilayah Amur
Khabarovsk Krai
Chukotka Autonomous Okrug
Republik Buryatia
Zabaykalsky Krai
Kaliningrad Oblast
Saint Petersburg dan Leningrad Oblast
7. Adakah saya memerlukan visa transit?
Visa ini tidak diperlukan untuk orang asing yang mempunyai persinggahan di lapangan terbang selagi mereka tidak meninggalkan kawasan antarabangsa, serta tidak diperlukan untuk orang asing yang terbang di atas kawasan tanpa persinggahan.
8. Kedutaan Rusia
Alamat:
No.263,
Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu kerja: Isnin, Rabu & Jumaat, 9:30 pagi – 12:30 tengah hari
Sumber:
(i) https://www.russiatravelvisa.org/
(iv) https://russiable.com/getting-russian-visa-usa-canada/
1. Perkara yang anda perlu tahu:
eVisa Saudi dari Malaysia boleh diperolehi melalui permohonan dalam talian dan sah selama 1 tahun daripada tarikh dikeluarkan. Namun anda hanya boleh melawat sehingga 90 hari. Pembekal Polisi Insurans Perubatan Mandatori dipilih secara rawak oleh kerajaan semasa eVisa diluluskan dan dikeluarkan. eVisa dan polisi tersebut akan dihantar melalui emel kepada pemohon.
2. Bagaimanakah caranya untuk memohon visa elektronik?
Anda boleh memohon dalam talian di sini.
eVisa Saudi Arabia adalah permit perjalanan paling mudah untuk diperolehi bagi negara ini kerana ia boleh dipohon dalam talian dan mempunyai tempoh pemprosesan yang lebih cepat daripada jenis kelulusan yang lain. Pelawat tidak perlu menjalani proses temuduga atau pergi ke kedutaan untuk menerima visa kerana ia dokumen elektronik yang akan dihantar melalui emel.
3. Benda yang perlu disediakan:
4. Berapa lamakah proses permohonan visa?
Apabila borang dan pembayaran selesai, pemohon perlu tunggu antara 24 hingga 72 jam untuk eVisa diluluskan. Pelawat akan menerima eVisa tersebut melalui alamat emel yang dinyatakan dalam borang.
Nota: Permintaan tinggi atau kerja menulis tambahan mungkin akan melambatkan proses
5. Adakah saya memerlukan visa transit?
Jika anda mempunyai transit melalui Arab Saudi, anda mungkin perlukan visa transit jika tempoh antara penerbangan melebihi 12 jam.
6. Adakah saya perlu pergi ke kedutaan Arab Saudi?
Tidak, anda tidak perlu pergi ke Kedutaan Arab Saudi atau konsulat di Malaysia untuk mendapatkan eVisa. Namun jika anda mempunyai keperluan dan pertanyaan lain, wakil kerajaan Saudi boleh dihubungi di Kedutaan Saudi di Kuala Lumpur.
Kedutaan Negara Arab Saudi di Kuala Lumpur:
Ketua misi: Hamed Mohammed Ali Yahya, Duta
Alamat:
Tingkat 4, Wisma Chinese Chamber,
No.258, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Emel:myemb@mofa.gov.sa
Faks: (+60) 3 4257 8751
Telefon: (+60) 3 4257 9433
Tempoh dibuka: 9:00 pagi – 3:30 petang
Sumber:
(i) https://www.saudiarabiavisa.com/entry-requirements/malaysian-citizens/
(ii) https://www.ivisa.com/saudi-arabia-e-visa?nationality=MY
1. Perkara yang anda perlu tahu:
Visa Pelancong Tunisia
Visa Perniagaan Tunisia
Visa Transit
2. Di mana dan bagaimanakah cara untuk memohon visa?
Bagi masa ini, satu-satunya cara untuk memohon visa Tunisia adalah melalui konsulat atau kedutaan Tunisia. Malangnya, tiada Kedutaan Tunisia di Malaysia. Oleh itu, anda perlu:
3. Benda yang perlu disediakan:
Nota: Ini bukan senarai menyeluruh keperluan visa Tunisia. Ia mungkin berbeza mengikut negara asal anda, tujuan perjalanan anda, tempoh lawatan anda serta sebab lain.
4. Berapa lamakah proses permohonan visa?
Ia berbeza bagi setiap negara serta konsulat dan kedutaan. Anda boleh menjangkakan tempoh antara 5 hingga 20 hari bekerja. Oleh itu, pastikan anda memohon visa Tunisia sebulan lebih awal.
5. Berapakah harga yang dikenakan?
Fi visa Tunisia tidak ditetapkan. Ia bergantung pada negara tersebut. Untuk mengetahui fi visa Tunisia yang lengkap bagi negara penempatan anda, hubungi konsulat atau kedutaan yang akan memproses permohonan anda.
6. Adakah saya memerlukan visa transit?
Anda memerlukan visa transit Tunisia jika anda warganegara yang memerlukan visa dan jika anda akan masuk ke kawasan Tunisia dalam perjalanan ke negara ketiga. Visa Transit Tunisia membenarkan pemegang untuk melakukan persinggahan di Tunisia sehingga tempoh maksimum 7 hari. Anda mesti menunjukkan bukti perjalanan keluar anda seperti tiket perjalanan ke destinasi ketiga dan visa (jika diperlukan).
7. Visa transit Tunisia dikecualikan hanya jika:
Sumber:
(i) https://embassykualalumpur.com/tunisian/visa-information-for-malaysian-citizens/#main
(ii) https://visaguide.world/africa/tunisia-visa/
Penafian:
Maklumat dalam laman web ini adalah maklumat terkini pada bulan Mac 2020 dan mungkin akan dikemas kini sekali-sekala. Sumber boleh diperolehi dalam bahagian “Sumber” laman web ini. Memandangkan undang-undang, aturan dan peraturan visa boleh berubah, penangguhan, pemansuhan atau kesilapan dalam maklumat artikel ini mungkin berlaku. Maklumat dalam laman web ini hanya untuk memberikan panduan am dalam hal tertentu bagi kegunaan peribadi pembaca yang menanggung tanggungjawab itu sepenuhnya.