Perkhidmatan dan lokasi sangat baik. Terdapat tempat letak kereta yang berasingan jika tempat letak kereta di hadapan hotel penuh, tetapi menyeberang jalan adalah sedikit usaha. Untuk kebersihan nampak kurang terutama dari cadar, selimut, dan sarung bantal sebab rasa hapak dan ada bed bugs.. Untuk air panas tak banyak yang ada (nak mandi air panas kena tunggu dulu), dan jet pencuci tandas kadang-kadang kena tunggu 30 saat untuk air keluar (nampaknya ada masalah dengan keluaran air). Untuk kemudahan lain sangat bagus, setiap bilik ada peti ais, pinggan mangkuk dan kutleri yang lengkap. Terdapat dispenser berkongsi, dapur memasak dan microwave juga.