Kuching adalah ibu negeri bagi Sarawak merupakan satu negeri yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Tidak ada bandar lain yang romantis dari bandar ini dan anda bolh meerasainya apabila anda datang ke sini. Anda dapat melihat keseronokkan penduduk yang menetap di sini sepertimana mereka melayan anda atau pelancong yang datang ke sini dengan sangat ramah dan mesra. Penduduk di sini sangat ramah. Seperti bandar lain yang terdapat di Borneo, sungai merupakan laluan utama bagi kawasan di sini jadi menggunakan sampan adalah salah satu pengangkutan utama apabila anda datang ke sini. Dengan menaiki sampan, anda dapat melihat Kuching dengan lebih mendalam. Daripada laluan sungai itu sendiri anda dapat melihat Masjid Emas, kubu Victorian, kedai Cina yang berada di sepanjang jalan serta istana kayu yang menarik di sepanjang laluan itu.
Villa merupakan salah satu tempat penginapan yang sangat sesuai apabila anda datang ke Kuching. Untuk mereka yang ingin melancong dengan bergaya, anda mesti akan terpegun dengan pilihan villa yang terdapat di sini. Villa di sini sangatlah berbaloi untuk didiami apabila anda datang ke sini. Kesemua villa yang disediakan adalah termasuk dengan kemudahan perabot, alatan memasak dan pelbagai lagi. Anda tidak perlu lagi untuk membawa alatan atau kemudahan tersebut dari rumah. Untuk mencari villa di sini juga sangat senang dengan hanya satu klik sahaja anda sudah boleh menemuinya. Anda diminta untuk membuat tempahan dengan lebih awal kerana anda boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah.
Terdapat pelbagai jenis pilihan villa di Kuching berdasarkan kehendak anda. Anda boleh memilih villa yang mempunyai pemandangan langit yang sangat baik jika anda inginkan suasana yang sedemikian. Sudah pasti kesemua villa di sini akan membuatkan anda berasa seperti berada di rumah. Jika anda inginkan villa yang berdekatan dengan pantai, di sini terdapat villa yang berada hanya beberapa langkah sahaja untuk pergi ke pantai. Anda dapat menikmati pemandangan serta suasana pantai yang menarik.
Jika anda suka untuk membeli belah, anda boleh pergi ke Plaza Merdeka dan Pusat Membeli Belah Spring. Tempat ini merupakan tempat tumpuan pelancongan yang utama bagi pelancong yang datang ke sini. Terdapat pelbagai jenis pilihan yang ada di sini dari pakaian hinggalah ke alatan rumah, secara amnya semuanya anda boleh dapat di sini. Anda tidak akan berasa rugi apabila datang ke sini dan sudah tentu anda tidak akan keluar dari tempat ini dengan tangan kosong.
Jika anda ingin menikmati suasana serta pemandangan di Kuching, anda dicadangkan untuk pergi ke Kuching Waterfront dan Muzium Kucing. Kuching Waterfront mempunyai landskap yang sangat cantik yang menunjukkan Sungai Sarawak serta mempunyai keunikannya yang tersendiri. Muzium Kucing pula merupakan tempat untuk mempelajari latar belakang sejarah terbinanya bandar Kuching ini.
Jika anda ingin melihat keindahan alam serta tempat kebudayaan di Kuching, anda boleh pergi ke Muzium Bandar Sarawak dan Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar. Di pusat hidupan liar anda dapat melihat hidupan seperti orang utan yang sangat popular di Sarawak. Orang utan merupakan orang utan yang lain daripada yang biasa dan sangat unik. Untuk mengetahui lebih tentang sejarah Sarawak, anda boleh melawat muzium tersebut. Sudah tentu anda akan seronok apabila mengunjungi tempat ini.
Untuk sampai ke Sarawak sudah pasti anda perlu menaiki kapal terbang. Banyak syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan ke sini. Anda cuma perlu mendarat di lapangan terbang Kuching. Daripada lapangan terbang tersebut, anda boleh menaiki menggunakan pengangkutan awam yang tersedia di sini. Selalunya hanya terdapat bas dan teksi sahaja di sini. Pada masa kini anda boleh mengakses GRAB jika anda tidak berminat dengan teksi. Anda boleh bergerak dengan mudah jika anda menggunkan salah satu daripada pengangkutan awam ini. Bas awam di sini juga agak kerap berhenti di sini dan anda boleh menaiki bas untuk meneroka bandar Kuching ini.
Total Accommodation | 3 Properties |
Popular Area | Samarahan, Lubok Antu |
Popular Hotel | Seri Kenangan, The Marian Boutique Lodging House |