Hotel Jerman

Hotel di Jerman

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Jerman,
  1. Hotel
    /
  2. Jerman
    (24121 Hotel)

Destinasi lain untuk anda

Temui yang Anda suka & terokai penginapan di kawasan-kawasan popular ini

Hotel popular di Jerman

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Primary image 1 Flair Hotel Landgasthof Roger, Hotel Jerman
Hotel
Loewenstein, Heilbronn district
Harga sekitar
RM 138.23
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Exterior 1 ibis Styles Tubingen, Hotel Jerman
Hotel
Tuebingen, Universitaetsstadt, Tübingen district
Harga sekitar
RM 636.89
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
A cool morning at Holiday Inn Frankfurt - Alte Oper 1 Holiday Inn FRANKFURT - ALTE OPER, an IHG Hotel, Hotel Jerman
Hotel
Frankfurt, Darmstadt district
Harga sekitar
RM 637.57
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hilton Munich City, Hotel Jerman
Hotel
Munich, Munich
Harga sekitar
RM 1,198.65
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Lobby sitting area 1 THE FLAG München M., Hotel Jerman
Hotel
Munich, Munich
Harga sekitar
RM 494.06
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 DoubleTree by Hilton Berlin Ku'damm, Hotel Jerman
Hotel
Charlottenburg, Charlottenburg-Wilmersdorf
Harga sekitar
RM 893.19
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 IntercityHotel Hamburg Hauptbahnhof, Hotel Jerman
Hotel
Hamburg, Freie und Hansestadt, Hamburg
Harga sekitar
RM 712.13
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Exterior view 1 Mercure Hotel Kaiserhof Frankfurt City Center, Hotel Jerman
Hotel
Frankfurt, Darmstadt district
Harga sekitar
RM 704.30
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Exterior 1 Mercure Hotel Berlin Wittenbergplatz, Hotel Jerman
Hotel
Schöneberg, Tempelhof-Schoneberg
Harga sekitar
RM 656.11
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Frankfurt Marriott Hotel, Hotel Jerman
Hotel
Frankfurt, Darmstadt district
Harga sekitar
RM 1,248.55
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 The Mandala Suites Berlin, Hotel Jerman
Apartmen
Bezirk Mitte, Berlin
Harga sekitar
RM 1,011.19
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Mirabell by Maier Privathotels, Hotel Jerman
Harga sekitar
RM 507.21
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 PLAZA Premium Köln, Hotel Jerman
Hotel
Koeln-Muelheim, Cologne
Harga sekitar
RM 521.39
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 The Mandala Hotel Berlin, Hotel Jerman
Hotel
Tiergarten, Mitte
Harga sekitar
RM 1,254.44
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Victor's Residenz-Hotel Frankenthal, Hotel Jerman
Hotel
Frankenthal (Pfalz), Frankenthal (Pfalz) district
Harga sekitar
RM 138.23
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 limehome Berlin Luise-Henriette-Str., Hotel Jerman
Apartmen
Tempelhof, Tempelhof-Schoneberg
Harga sekitar
RM 433.58
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Domspitzen, Hotel Jerman
Hotel
Koeln-Innenstadt, Cologne
Harga sekitar
RM 493.83
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Rocco Forte Hotel De Rome Berlin, Hotel Jerman
Hotel
Bezirk Mitte, Berlin
Harga sekitar
RM 2,170.77
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Entrance 1 Crowne Plaza Berlin - Potsdamer Platz, an IHG Hotel, Hotel Jerman
Hotel
Kreuzberg, Friedrichshain-Kreuzberg
Harga sekitar
RM 759.45
bilik / malam
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 ARCOTEL Rubin Hamburg, Hotel Jerman
Hotel
Hamburg, Freie und Hansestadt, Hamburg
Harga sekitar
RM 567.41
bilik / malam
Lihat Ketersediaan

Temui perkara yang Anda suka

Tentang Jerman

Jerman atau secara rasminya diiktiraf sebagai Republik Persekutuan Jerman adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di sekitar kawasan barat tengah Eropah, dengan Laut Utara dan Laut Baltik di utara-timur laut, serta berkongsi sempadan dengan Denmark di utara, Poland dan Republik Czech di timur, Austria di tenggara, Switzerland ke arah selatan-barat daya, Perancis, Luxembourg dan Belgium di barat dan Belanda di barat laut. Ia mempunyai keluasan tanah sebesar 357,386 meter persegi dan sama seperti negara-negara berdekatan, mempunyai iklim bermusim yang berjenis sederhana. Ia adalah salah satu daripada negara-negara Eropah yang paling berpengaruh dari segi budaya dan juga di antara kuasa ekonomi utama dunia, dikenali turun-temurun dengan kemahiran kejuruteraan yang penuh ketepatan dan juga pelbagai produk berteknologi tinggi.

Ibu negara Jerman adalah Berlin, yang merupakan kota paling padat di dalam Kesatuan Eropah setelah Brexit, di mana London memegang gelaran tersebut sebelum itu. Antara catatan sejarah terawal mengenai Berlin boleh ditemukan seawal abad ke-13 dengan Berlin dijadiakan sebagai ibukota Margraviate Brandenburg, Kerajaan Prusia, Empayar Jerman, Republik Weimar, Reich Ketiga, Jerman Timur dan kini terus menjadi ibu negara Jerman moden hingga ke hari ini.

Kebudayaan dalam bahasa Jerman dipengaruhi dengan kuat sekali oleh minda para intelektual seperti penulis dan ahli falsafah yang turut mempunyai pengaruh besar di Eropah dan kawasan sekelilingnya, ini menyebabkan Jerman memperoleh nama panggilan Das Land der Dichter und Denker, secara literalnya diterjemahkan sebagai tanah penyair dan pemikir. Sebilangan besar daripada buah fikiran ilmuan-ilmuan ini terus membentuk pemikiran Barat sehingga hari ini, terutamanya dalam bidang kesusasteraan, falsafah, muzik, seni bina, seni, fesyen, reka bentuk dan juga sains. Walaupun begitu, negara ini juga meraikan keunikan serantaunya yang dapat dilihat dalam budaya minuman dan masakan mereka, serta dalam amalan agama mereka, di mana daripada 59.4% pengamal Kristian di negara ini, 30% daripadanya adalah Katolik Roman dan 29% adalah pengamal ajaran Protestantisme.

Sementara itu, bahasa rasmi Jerman adalah Jerman Standard, dengan lebih daripada 95% penduduk berbahasa Jerman Standard atau dialek tempatan sebagai bahasa pertuturan pertama mereka. Terdapat juga bahasa minoriti yang telah diiktiraf seperti Upper dan Lower Sorbian, Romani, Denmark dan Frisian. Pendatang generasi pertama dan kedua pula masih bercakap beberapa bahasa imigran seperti Turki, Tamil, Rusia, Arab dan banyak lagi. Kebanyakan orang Jerman mengakui diri mereka sebagai penutur dwibahasa, apatah lagi mereka turut belajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing pertama di sekolah, walaupun kadang-kadang bahasa Perancis dan Latin boleh diajar terlebih dahulu bergantung pada keputusan pihak sekolah.

Melalui pelbagai perubahan dan interaksi dengan wilayah dan negara lain sepanjang sejarahnya yang panjang, masakan Jerman pastinya merupakan sesuatu yang begitu unik dan tersendiri, dengan beberapa wilayah seperti Bavaria dan Swabia berkongsi ciri-ciri hidangan utama dengan negara Austria yang berdekatan. Daging adalah hasil utama yang biasanya dimakan di Jerman, dengan penggunaan daging tahunan biasanya dikira sekitar 59.7 kilogram bagi setiap orang. Daging-daging ini biasanya direbus, namun variasi pan-goreng juga boleh didapati; ini berasal dari negara Perancis dan Austria. Daging juga boleh digunakan dalam pembuatan sosej yang merupakan tradisi panjang di negara ini, yang mempunyai lebih daripada 1,500 jenis Wurst, bahasa Jerman untuk sosej yang berbeza di antara rantau. Sebahagian besar ramuannya terdiri daripada daging babi, kambing biri-biri atau kambing dan sosej biasanya dihidangkan dengan mustard yang bervariasi. Selain penggunaan mustard yang agak banyak, hidangannya jarang sekali terasa panas dan pedas.

Beberapa pencuci mulut yang unik di sini termasuk Schwarzwalder Kirschtorte - kek Black Forest variasi Jerman, donat Jerman, Rote Grutze atau puding buah merah yang popular di kawasan Jerman utara, serta kek keju, ais krim dan juga sorbet.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menaiki Kapal Terbang

Tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Frankfurt akan menelan kos sekitar RM 2,500 hingga RM 3,500 setiap kepala yang biasanya berubah berdasarkan pilihan syarikat penerbangan dan tarikh perjalanan, manakala penerbangan ke Munich dan Dusseldorf boleh dikenakan harga tiket yang lebih tinggi. Perhatikan bahawa ini hanya untuk lapangan terbang utama, terdapat juga beberapa penerbangan lain ke tempat lain di Jerman seperti Cologne, Hamburg dan Stuttgart.

Jerman juga telah menjadi ahli Perjanjian Schengen, maka tidak ada kawalan sempadan jika anda masuk ke Jerman melalui Kesatuan Europah dan negara anggota lain. Bagaimanapun, mungkin ada dan polis negeri dan persekutuan Jerman yang akan meminta ID terutamanya di sempadan Bavaria-Austria dan Bavaria-Republik Czech. Membuat profail mengikut etnik adalah dilarang, jadi jika anda merasa bahawa anda sedang berada di dalam diskriminasi sepanjang proses tersebut, anda boleh melaporkannya kepada agensi anti-diskriminasi persekutuan.

Apabila anda sampai ke lapangan terbang yang disebutkan di atas, ia mudah untuk mendapatkan pelbagai pengangkutan awam. Lapangan Terbang Frankfurt dan Dusseldorf disambungkan ke kereta api berkelajuan tinggi InterCity Express, sementara yang lain mungkin mempunyai sama ada keretapi sendiri atau sambungan ke stesen keretapi berdekatan. Mencari jalan di sekitar bandar juga dibuat lebih mudah dengan bas jarak pendek dan jarak jauh, sementara berkongsi dan sewa kereta juga dibenarkan, memandangkan lesen memandu asing diterima sehingga enam bulan di Jerman. Sekiranya anda memandu, pastikan anda mematuhi peraturan lalu lintas Jerman, terutamanya yang melibatkan lampu isyarat, telefon bimbit dan had laju.

Menaiki Bot

Perkhidmatan feri antarabangsa juga wujud untuk membawa penumpang ke Jerman dari negara-negara Scandinavia yang lain. Antara yang paling terkenal termasuk Lubeck dan Sassnitz yang dihubungkan dengan Kaliningard dan Saint Petersburg di Rusia; Kiel ke Gothenburg di Sweden, Klaipeda di Lithuania dan Oslo di Norway, Rostock ke Helsinki di Finland, Trelleborg di Sweden, Liepaja di Latvia dan Gedser di Denmark, iaitu Travemuende ke Helsinki di Finland serta Malmo dan Trelleborg di Sweden.

Menaiki Kereta Api

Seluruh negara Jerman sememangnya disambungkan antara satu sama lain dengan baik sekali melalui perkhidmatan kereta api biasa yang kebanyakannya dikendalikan oleh Deutsche Bahn dan keretapi EuroCity akan menyambungkannya ke negara-negara jiran seperti Switzerland, Poland, Denmark, Republika Czech dan Austria.

Terdapat juga keretapi untuk perjalanan serantau dan tempatan yang membolehkan akses ke beberapa kawasan berdekatan. Tiket boleh dibeli secara dalam talian atau di mesin layan diri dan jika anda bercadang untuk melakukan perjalanan dengan keretapi dalam kuantiti yang banyak, mempunyai BahnCard, tiket rangkaian atau German Rail Pass akan menjadi pilihan yang baik sekali.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Istana Linderhof

Ludwig II atau juga dikenali sebagai Swan King adalah penguasa Bavaria dari tahun 1864 hingga 1886, yang dikenali semasa hidupnya sebagai seorang peminat terhadap istana-istana yang mewah. Setelah Bavaria menjadi sebahagian daripada Empayar Jerman yang baru, Ludwig seringkali akan menghabiskan pendapatan kerajaan untuk menyelesaikan projek-projek seni dan seni bina yang melibatkan istana kediamannya. Hari ini, warisannya dapat ditelusuri dalam bentuk Istana Linderhof berhampiran Ettal Abbey, Istana Neuschwanstein berhampiran Fussen dan Istana Herrenchiemsee di Herreninsel. Ketiga-tiga istana tersebut kini menjadi tarikan pelancong utama dan masih dijaga dengan baik oleh Bavarian State-Owned Palaces, Gardens and Lakes Administration sejak dari pembukaan istana-istana tersebut hingga sekarang.

Muzium-muzium di Sekitar Berlin

Sebagai ibu negara Jerman, Berlin mempunyai 175 buah muzium untuk diterokai, yang pastinya sesuai untuk Berlin apatah lagi ia dipanggil sebagai kota budaya utama di Eropah. Terdapat pelbagai muzium yang memberi penghormatan kepada apa sahaja dari sejarah semula jadi, manusia dan karya seni. Sebahagian daripada yang paling memukau termasuk Muzium Naturkunde yang mempamerkan spesimen haiwan, dinosaur dan meteorit, Deutsches Technikmuseum Berlin merangkumi koleksi pesawat, kapal, keretapi dan pelbagai hasil kejuruteraan Jerman yang hebat, Muzium Neues yang memaparkan sejarah Mesir Kuno, Topografi Keganasan yang merekodkan kekejaman Nazi serta Pergamon yang merupakan rumah kepada koleksi seni kuno Yunani dan Rom dengan beberapa barang antik Babilonia dan Persia juga.

Taman Negara Berchtesgaden

Untuk kedua-dua jenis pencinta alam semula jadi dan pencari pengembaraan, meneroka keajaiban hijau di Taman Negara Berchtesgaden adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Menjadi tempat pemeliharaan alam semula jadi yang dilindungi sejak 1978, taman ini meliputi kawasan seluas 21,000 hektar di banjaran Alps Bavaria. Ia adalah habitat kepada banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang jarang dilihat serta tasik yang paling bersih di Jerman, iaitu Lake Konigssee. Terdapat banyak gunung juga, dengan yang tertinggi merupakan gunung Watlzmann yang tinggi 2,713 meter.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

CityMotel Soest

Terletak di tengah-tengah Soest yang berada kira-kira 1 jam dan 35 minit dari Lapangan Terbang Dusseldorf, hotel bertaraf dua bintang ini kemas dan bersih, berada di kedudukan strategik yang dekat dengan bandar, menjadikannya mudah untuk mencari jalan di Soest. Selain itu, harganya adalah ekonomi dan berpatutan, sebagai tambahan kepada pandangan ‘countryside’ yang ditawarkan, oleh itu ia adalah tempat yang tepat untuk pelancong yang sememangnya mencari penginapan yang mendamaikan.

NH Erlangen

NH Erlangen adalah sebuah hotel bertaraf empat bintang eksklusif yang terletak di kawasan Erlangen, Bavaria, sejauh 20 minit dari Lapangan Terbang Nurnberg dan begitu dekat dari stesen keretapi utama, yang membolehkan akses ke seluruh Bavaria. Lebih-lebih lagi, ia berada di kedudukan yang berdekatan dengan pelbagai restoran, barangan runcit, roti, pusat membeli-belah dan tarikan pelancong yang lain, menjadikannya mudah untuk menerokai Erlangen.

Hotel Ulmer Stuben

Mudah dijumpai di pusat kota Ulm, ia terletak berhampiran dengan Katedral Ulm atau Ulmer Munter yang terkenal, menjadikannya mudah untuk ke sana untuk lawatan sepanjang hari. Terdapat juga beberapa tarikan lain yang terletak dalam radius 30 kilometer seperti Roggenburg Abbey dan Gua Charlotte. Hotel ini mesra keluarga dan diiktiraf atas kualiti penginapan dan keramahannya.

Baca lagi

Facts about hotel in Jerman

Total Accommodation
20 Properties
Popular Region
Munich, Berlin
Popular Hotel
The Mandala Hotel Berlin, Rocco Forte Hotel De Rome Berlin

Soalan Lazim

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Jerman?
Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Jerman?
Buat masa ini, terdapat sekitar 20 hotel yang boleh anda tempah di Jerman

Ulasan Tetamu dari Hotel di Jerman

8.5
Mengagumkan
3,235 ulasan dari hotel di Jerman dengan purata penarafan 8.5/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Jerman akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Cakra W. K. A.
Ini adalah profil peribadi.
8.8
/ 10
24 Dec 2019
Cityhostel Berlin Mitte
Lokasi sangat dekat dengan Mall of Berlin, hotel yang sangat disyorkan
Angelica S. S.
Ini adalah profil peribadi.
9.1
/ 10
5 Oct 2023
Hotel Continental Frankfurt
Perkhidmatan hebat daripada penyambut tetamu. Sangat akomodatif dengan permintaan kami. Saya merasa agak pelik untuk pergi ke kaunter penyambut tetamu untuk meminta peralatan mandian, tetapi tidak banyak untuk mengadu. Tidak keberatan tinggal di sini lagi.
IVANNA I.
Ini adalah profil peribadi.
9.7
/ 10
26 Oct 2024
IntercityHotel Frankfurt Hauptbahnhof Süd
Salah satu hotel terbaik yang pernah saya tinggal yang berdekatan dengan stesen utama.
Rifqi F.
Ini adalah profil peribadi.
9.1
/ 10
5 Jul 2024
a&o Aachen Hauptbahnhof - Hostel
Nasib baik fasilitator bersih.
Ratih D.
Ini adalah profil peribadi.
8.4
/ 10
10 Oct 2023
IntercityHotel Berlin Hauptbahnhof
Secara amnya hotel adalah baik, lokasi, perkhidmatan dan bersih; Walau bagaimanapun jenis makanan adalah terhad; Bagi saya hotel itu mahal.
Grace N.
Ini adalah profil peribadi.
8.8
/ 10
14 Jan 2020
MEININGER Hotel Berlin Hauptbahnhof
Hotel ini terletak betul-betul di luar stesen kereta api utama Berlin dan sangat dekat dengan semua pemeriksaan rawak ke transaksi utama hotel ini. Hotel ini mempunyai akses mudah ke lapangan terbang (sangat murah dari lapangan terbang Tegel (TXL)). Keseluruhan bilik itu bersih (walaupun mangkuk tandas perlu dibersihkan lebih banyak). Hotel ini mempunyai kemudahan perkongsian dapur dan majlis-majlis yang membantu. Saya pasti akan tinggal lagi.
Nguyen T. H.
Ini adalah profil peribadi.
8.6
/ 10
20 Dec 2023
a&o Frankfurt Galluswarte - Hostel
Tidak mengapa, tetapi anda tidak sepatutnya memilih dorm campuran kerana susunan katilnya tidak munasabah
Ketut D. A.
Ini adalah profil peribadi.
8.7
/ 10
10 Nov 2019
Sure Hotel by Best Western Muenchen Hauptbahnhof
Hotel ini sangat dekat dengan stesen utama. Ini adalah hotel pertama selepas kira-kira 10 tahun perjalanan yang memberi saya kunci fizikal (bukan kad) 😀 yang membuat saya bingung pada mulanya. Bilik adalah bersih, selesa adalah memadai (bantal sangat nipis dan katil double dibuat oleh 2 katil single). Bilik mandi adalah sangat kecil (jenis langsir). Saya fikir hotel ini baik untuk tinggal pendek dan jika anda akan menghabiskan sebahagian besar masa anda di luar.
Isri R. M.
Ini adalah profil peribadi.
9.4
/ 10
2 Mar 2020
Hotel Excelsior
Semuanya baik. Makanan, lokasi dan perkhidmatan sangat baik ...

Mengapa menempah penginapan di Traveloka?

Sedia untuk Anda dalam 24/7
Live chat, e-mel atau panggilan telefon, Khidmat Pelanggan kami boleh Anda percayai dengan satu klik sahaja.
Banyak pilihan fleksibiliti
Rancang & sesuaikan perjalanan Anda tanpa kerumitan dengan Pembatalan Percuma, Bayar di Hotel, dan banyak lagi.
Pelbagai cara pembayaran yang selamat sesuai pilihan Anda
Pilih cara pembayaran yang Anda mahukan dari pelbagai pilihan pembayaran global yang tersedia.

Kami ada pilihan lebih, tak hanya hotel

Terokai pelbagai penginapan menyesuaikan kebutuhan Anda
Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved