Kerteh adalah sebuah mukim yang terletak di bawah daerah Kemaman, negeri Terengganu, Malaysia, yang ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Kemaman. Bersama-sama Kemaman, ia adalah bahagian paling selatan negeri ini berbanding dengan daerah-daerah lain dengan Pahang di kawasan sempadannya. Oleh itu, ianya dianggap sebagai pintu masuk selatan ke negeri Terengganu. Bandar ini berfungsi sebagai pangkalan operasi untuk Petronas di negeri ini yang mengawasi operasi platform minyak di luar pantai negeri Terengganu selain daripada penghasilan petrokimia dan penapisan di Paka yang juga dekat dengan Kerteh. Oleh itu, banyak kerja pembangunan telah dilaksanakan di sini untuk menampung pangkalan operasi yang semakin berkembang dan kemasukan tenaga kerja dari dalam negeri serta seluruh negara untuk bekerja di Kerteh. Dari sudut pandang sejarah, ia diterokai 300 tahun lalu oleh Che Wan Teh dan pengikutnya yang berpindah dari Kuala Pahang berikutan keadaan kacau-bilau dan huru-hara yang berlaku di Kuala Pahang. Beliau kemudiannya terus berpindah-pindah menubuhkan penempatan di sekitar tempat ini apabila populasi meningkat dan keperluan untuk kawasan pertanian baru bertambah, yang kemudian diteruskan oleh pengikutnya selepas kematiannya. Bancian sehingga tahun 1940-an menunjukkan bahawa ia adalah kawasan ketiga paling ramai penduduk dengan Kuala Terengganu dan Besut masing-masing di kedudukan pertama dan kedua. Walau bagaimanapun, ini telah berubah pada tahun 1970-an selepas penemuan minyak, menjadikan kawasan itu yang kedua paling banyak dihuni, yang pertama ialah Kuala Terengganu.
Kerteh boleh diakses melalui penerbangan kerana terdapat lapangan terbang Kerteh yang khusus untuk bandar ini, walaupun jumlah penerbangannya agak terhad. Walau bagaimanapun, Lapangan Terbang Kuala Terengganu juga dekat, dalam masa dua jam perjalanan. Terdapat penerbangan ke Kerteh atau Kuala Terengganu yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan AirAsia. Dari lapangan terbang, pengunjung boleh menaiki teksi atau pengangkutan awam untuk pergi ke Kerteh.
Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui laluan E8 untuk akses langsung ke Kerteh. Perjalanan tersebut boleh mengambil masa kira-kira tiga jam dan tiga puluh minit, bergantung kepada keadaan trafik semasa.
Terletak di tepian pantai berdekatan Kerteh, ia ditubuhkan secara bersama oleh Jabatan Perikanan, BP dan WWF-Malaysia dengan misi menjadi contoh tauladan untuk semua pusat pemuliharaan penyu di negara ini. Di Terengganu, pemburuan penyu adalah lebih menonjol dan ketara, oleh itu tempat perlindungan itu bertujuan untuk membolehkan telur dapat menetas dan anak-anak penyu dapat dilepaskan dengan selamat ke laut, dalam persekitaran yang jauh dari pemburu telur penyu. Dibuka kepada semua lapisan masyarakat, ia adalah tempat yang bagus untuk melihat penyu dan sumber yang baik untuk mempelajari usaha pemuliharaan penyu di mana sesi pendidikan juga dijalankan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyu dan peranan mereka dalam ekosistem laut.
Satu lagi tempat yang menarik untuk dikunjungi apabila pengunjung berada di Kerteh ialah Hutan Lipur Menderu, yang merupakan sebahagian daripada Rizab Hutan Rasau Kerteh. Ia adalah hutan hujan tropika yang terletak di luar bandar Kerteh di Kampung Rebah Bangun, yang boleh diakses dengan mengambil jalan ke kampung tersebut. Ia mempunyai sungai yang mengalir melalui hutan dengan pemandangan yang memukau dan tempat yang baik untuk mandi-manda dan berkelah dengan keluarga dan rakan-rakan. Terdapat juga laluan berjalan kaki, tapak perkhemahan dan taman botani berdekatan yang dijaga dengan elok oleh Pejabah Hutan Daerah setempat. Bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak dan pengembaraan mungkin tertarik untuk pergi berkhemah di sini dan menjalani “jungle trekking” untuk melihat-lihat pelbagai flora dan fauna di dalamnya, namun rundingan dengan pejabat hutan adalah diperlukan. Selain itu, tiada bayaran masuk yang dikenakan kepada pelawat.
Hotel yang selesa yang terletak di Jalan Damansara Kertih. Hotel bertaraf dua bintang yang bersih dan minimalis dengan kemudahan asas dan lebih lagi seperti televisyen kabel satelit, pancuran mandian, bilik mandi peribadi, Wi-Fi, kawasan kecergasan dan perkhidmatan pemindahan lapangan terbang.
Hotel bajet di Jalan Guntong 2 dengan suasana sederhana dan penginapan dengan kadar yang baik dan tidak melukakan poket anda.
Total Accommodation | 52 Properties |
Popular Hotel | Kertih Damansara Inn, WIWI Village |
Popular Landmark | Lapangan Terbang Kerteh-Chukai, Mesra Mall |