Gunung Jerai atau dahulunya dikenali sebagai Puncak Kedah terletak di negeri Kedah di Malaysia. Gunung ini mempunyai ketinggian 3854 kaki atau 1175 meter. Kuala Muda dan Yan dipisahkan dengan gunung ini. Gunung ini berdiri di sempadan dua tempat ini. Gunung ini terdiri daripada batu kapur.
Terdapat cerita pada zaman dahulu bahawasanya gunung ini pernah menjadi sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Serai. Walau bagaimanapun, ini adalah sebelum tahap air laut yang berkurangan dan menjadikan pulau ini sebagai gunung. Pada zaman dahulu, disebabkan ketinggian gunung ini ia telah menjadi tanda navigasi untuk pelayar dan pedagang India. Ini berlaku lebih kurang 1500 tahun dahulu. Ramai juga yang telah mengenali gunung ini sebagai gunung yang suci oleh itu penganut Hindu dan Buddha telah membina kuil di kaki gunung hingga ke puncak. Sami pula akan berdoa untuk keselamatan Lembah Bujang di sini.
Penduduk di sini berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Penduduk di kawasan ini terdiri dari pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Oleh itu, Bahasa ini digunakan oleh semua bangsa. Bahasa lain yang banyak digunakan adalah Bahasa Inggeris. Kedua Bahasa ini membantu penduduk dari berlainan latar belakang untuk berkomunikasi.
Pengunjung boleh mengambil penerbangan domestic seperti Air Asia, Malaysia Airlines dan juga Firefly untuk terbang ke Alor Star. Alor Star adalah ibu negeri Kedah. Dari situ pengunjung boleh mengambil teksi untuk ke Gunung Jerai. Ia mungkin sedikit mahal kerana jaraknya adalah sedikit jauh.
Pengunjung boleh memandu dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan menghala ke Kedah. Kemudian pengunjung boleh mengambil susur keluar di Gurun untuk menghala ke Gunung Jerai. Jika pengunjung mahu memandu naik ke gunung, adalah amat disarankan untuk menggunakan kereta yang dijaga rapi atau jip. Perjalanannya adalah agak sukar oleh itu kereta yang tidak dijaga mungkin tidak boleh mengambil bebanan itu. Ia adalah lebih kurang 13 km dari kaki gunung dan perjalanan adalah agak curam dengan selekoh tajam. Sebarang kesalahan boleh mengakibatkan kemalangan teruk ke bawah gunung.
Sudah semestinya, tidak semua orang boleh memandu naik ke gunung yang curam. Ada yang mungkin tidak begitu berani atau tidak begitu mahir memandu pada jalan yang curam. Oleh itu, penduduk tempatan telah menyediakan perkhidmatan van peribadi di kaki gunung. Van ini berharga lebih kurang RM 80. Jika perkhidmatan ini adalah terlalu mahal, pengunjung boleh juga berkongsi dengan pengunjung lain yang mahu naik ke gunung ini. Harganya adalah lebih murah pada harga RM8 setiap penumpang.
Ini adalah muzium yang percuma untuk orang ramai. Ia memaparkan carian geologi yang terdapat di gunung itu. Pengunjung boleh melihat komposisi gunung ini. Selain itu, pengunjung juga boleh melihat flora dan fauna yang boleh ditemui di situ. Ia adalah sentiasa berfaedah untuk belajar tentang ular yang beracun terutamanya jika pengunjung mahu mendaki naik Gunung Jerai. Pengunjung mungkin akan terjumpa binatang – bintang ini semasa mendaki naik.
Hotel ini terletak di lokasi yang sangat bagus. Ia hanyalah 600 meter dari Gunung Jerai itu sendiri. Muzium Arkeologi Lembah Bujang pula adalah 6.95 km jauh. Ia adalah sangat dekat oleh itu pengunjung boleh memandu dalam hanya 5 minit untuk ke muzium ini. Dengan memandu dengan 2 kilometer lagi, ia akan membawa pengunjung ke Pantai Murni. Hotel ini juga mempunyai kolam mandi yang boleh dinikmati oleh semua pengunjung tidak kira jika mereka berkeluarga atau berseorangan. Selain itu, hotel ini juga mempunyai kafe tersendiri yang boleh menyediakan kehendak kulinari penngunjung. Hotel ini mempunyai pelbagai jenis kemudahan yang membuatkan penginapan di sini lebih selesa. Kesimpulannya, hotel ini adalah tempat yang harus dipilih jika ada pengunjung yang akan ke Gunung Jerai. Ramai yang telah tinggal di sini meninggalkan ulasan yang sangat bagus tentang perkhidmatan mereka.
Total Accommodation | 4 Properties |
Popular Hotel | The Jerai Hill Resort, Hotel Sukaramai |
Popular Landmark | Gunung Jerai, Pantai Murni |