Setia Alam adalah sebuah bandar yang pesat membangun di Shah Alam, Selangor. Setia Alam terletak di kawasan Lembah Klang berkat kemudahannya melalui Lebuhraya Setia Alam dari NKVE dan Lebuhraya Persekutuan melalui Jalan Meru. Antara perkara yang boleh dilakukan di sini adalah melawat Muzium Sultan Alam Shah, Laman Seni Shah Alam dan Setia City Mall. Lihat juga hotel di Setia Alam yang terbaik di sini.
Dirasmikan pada bulan April 2004 oleh SP Setia Bhd, Setia Alam adalah salah satu daripada bandar-bandar yang baru dibina di Lembah Klang. Kawasan perbandaran ini dibina di atas 2,500 ekar tanah dan adalah antara yang termaju di negara ini. Setia Alam berada di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang telah meletakkan sekatan ke atas penubuhan pusat-pusat hiburan seperti pub, disko dan perniagaan loteri.
Pada tahun 2002, SP Setia telah memilih untuk mengambil alih ladang kelapa sawit seluas 4,000 ekar yang pernah dikenali sebagai Ladang North Hummock. Ramai pakar dalam industri hartanah yang ragu-ragu dan mempersoalkan tindakan SP Setia untuk membeli sebidang besar tanah yang sangat luas. Selepas 10 tahun, SP Setia telah membuktikan kejayaannya dengan adanya kawasan perbandaran Setia Alam dan bandar kembarnya Setia Eco Park.
Sejak persimpangan bertingkat tersebut dibuka pada 14 Julai 2006, Setia Alam boleh diakses melalui Lebuh Raya Setia Alam dari Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan dari Lebuhraya Persekutuan serta bandar Klang melalui Jalan Meru.
Semua penerbangan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2 dan Skypark Subang. Dari sini, pengunjung perlu menggunakan rangkaian pengangkutan darat untuk tiba di Setia Alam.
pasar malam Setia Alam dikenali sebagai pasar malam yang paling panjang di negara ini. Dengan kepanjangan kira-kira 2.2 km, pasar malam ini boleh dikunjungi pada setiap malam Sabtu. Menjual hidangan tempatan serta dari negara luar yang lazat pada harga murah, tarikan utama pasar malam merupakan kepelbagaian jenis makanan yang biasanya tidak boleh didapati di pasar raya. Oleh sebab itu, ia adalah mustahil untuk mencuba kesemua jenis juadah dalam satu malam.
Terletak di atas sebidang tanah seluas 791 ekar yang berpegangan bebas di Setia Alam, Setia Eco Par terletak hanya 40 km pemanduan ke pusat bandar Kuala Lumpur. Ia terkenal dengan lanskap permaidani serta pemandangan indah yang memperincikan keindahan alam semula jadi. Setia Eco Park dibangunkan khas dengan lanskap tropika yang menampilkan kepelbagaian flora dan fauna. Untuk dinikmati oleh penduduk-penduduknya, taman eko ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti laluan air, tasik, anak-anak sungai, taman lanskap bertema, laluan pejalan kaki dan taman hutan yang subur.
Dilancarkan secara rasmi pada 23 Mei 2012, Setia City Mall bakal menjadi destinasi baru pilihan untuk membeli-belah, makan, hiburan dan taman hijau di bandar. Terletak di nadi bandar Setia Alam yang sedang berkembang maju. Terdapat lebih daripada 230 kedai-kedai tempatan dan antarabangsa merangkumi lebih daripada 4 aras ruang runcit. Dilengkapi dengan kemudahan moden dan canggih, pusat membeli-belah ini merupakan tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa dengan yang tersayang.
Menawarkan pelbagai jenis kemudahan untuk apa-apa jenis persidangan, mesyuarat, seminar, majlis perkahwinan, konsert dan pelbagai acara lagi, pusat konvensyen ini menggabungkan yang terbaik dalam bidang hospitaliti dengan yang terkini dalam kemudahan yang disediakan. Ia adalah pusat konvensyen yang pertama di Malaysia yang dianugerahkan sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI).
Menawarkan pelbagai unit tempat penginapan berkonsepkan butik di Setia Alam, De Houz Trefoil dimiliki oleh Sweet House Management. Untuk memastikan tetamu menikmati keselesaan yang menyenangkan dan berasa selesa seperti di rumah sendiri, semua unit dilengkapi dengan baik serta mempunyai persekitaran yang selesa, bersih dan nyaman. Terdapat televisyen, penyaman udara dan pemanas air di setiap unit. Ia sesuai untuk semua jenis pengembara.
Total Accommodation | 20 Properties |
Popular Hotel | Courtyard By Marriott Setia Alam, De Houz Guesthouse Setia Alam Trefoil |
Popular Landmark | Setia City Mall, Eco Ardence Setia Alam Football Arena |