Taiping, yang terletak di negeri Perak, merupakan bandar yang kaya dengan sejarah serta keindahan alam semulajadi. Bandar ini terkenal dengan cuaca yang nyaman serta tarikan pelancongan yang mengagumkan seperti Taman Tasik Taiping dan Zoo Taiping. Jika anda merancang untuk bercuti ke Taiping, terdapat pelbagai hotel yang boleh anda pilih untuk pengalaman menginap yang selesa. Berikut adalah panduan lengkap tentang penginapan serta tarikan utama di bandar bersejarah ini.
Taiping menyediakan pelbagai jenis pengangkutan awam yang memudahkan pelancong untuk bergerak di sekitar bandar:
Terdapat bas tempatan yang menghubungkan beberapa kawasan di sekitar Taiping. Walaupun tidak banyak, bas ini boleh digunakan untuk ke tempat-tempat menarik seperti Taman Tasik Taiping dan Zoo Taiping. Tambang bas juga sangat berpatutan.
Stesen KTM Taiping menyediakan perkhidmatan kereta api yang menghubungkan Taiping dengan bandar-bandar besar seperti Ipoh dan Kuala Lumpur. Perkhidmatan ini sangat berguna bagi pelancong yang ingin menikmati perjalanan dengan kereta api sambil melihat pemandangan yang indah.
Di Taiping, e-hailing adalah pilihan pengangkutan yang popular. Ia mudah didapati dan boleh digunakan untuk perjalanan ke mana-mana destinasi dalam bandar dengan cepat dan selesa.
Seperti yang dinyatakan di atas, Taiping mempunyai pelbagai tarikan pelancong. Berikut adalah beberapa tempat menarik di Taiping yang boleh anda kunjungi.
Ini adalah salah satu taman awam tertua di Malaysia, dan terkenal dengan keindahan lanskapnya. Taman ini juga paling terkenal di Taiping sehingga ramai pengunjung baik penduduk tempatan mahupun pelancong datang ke taman ini. Pengunjung boleh berjalan-jalan di sekitar tasik yang dikelilingi oleh pokok-pokok besar serta menikmati suasana damai di sini. Taman ini sesuai untuk aktiviti berkeluarga seperti berkelah dan berbasikal. Ingin menaiki bot dan melayari tasik ini? Jangan risau, kemudahan bot juga disediakan supaya anda dan pasangan atau keluarga dapat menikmati sensasi belayar di sepanjang tasik. Bayarannya sekitar RM15 untuk satu bot. Melepaskan diri dari kepenatan rutin harian dengan melawat Taman Tasik Taiping ini adalah pilihan yang bijak. Namun, dinasihatkan untuk tiba awal bagi mengelakkan kesukaran mencari tempat letak kereta.
Zoo Taiping adalah tarikan yang wajib dikunjungi, terutama untuk keluarga. Dengan pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan eksotik, zoo ini menawarkan pengalaman pembelajaran yang menarik. Zoo Taiping kini memuatkan lebih kurang 1500 ekor haiwan daripada 140 spesies mamalia, burung, reptilia, dan ikan. Termasuk di dalamnya ialah harimau, singa, kuda nil, badak, zirafah, orang utan, dan pelbagai spesies lain. Pameran seperti Pengalaman Hutan Hujan Malaysia, Hutan Rendah, Hutan Sungai, Savana Afrika, dan Gajah Sungai Perak adalah di antara pameran yang direka khas untuk mensimulasikan habitat semula jadi haiwan tersebut. Night Safari pula memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat haiwan malam dalam persekitaran semula jadi. Night Safari ini ialah produk wisata yang menarik kerana memaparkan aktiviti haiwan liar yang aktif pada waktu malam.
Bukit ini terkenal dengan cuaca yang sejuk dan menyegarkan. Bagi yang suka mendaki atau menikmati keindahan alam semula jadi, Bukit Larut adalah pilihan yang tepat. Anda boleh menaiki jip yang disediakan untuk ke puncak bukit. Tempat ini merupakan pusat peranginan bukit tertua dengan taburan hujan tertinggi di Malaysia, diasaskan pada zaman penjajah British dan dikenali sebagai Maxwell Hills, dinamakan sempena Pembantu Residen British di Perak, William George Maxwell
All Saints Church, atau lebih dikenali sebagai Gereja All Saints telah dibina pada tahun 1887. Ini adalah gereja bersejarah yang diiktiraf sebagai bukti sejarah agama yang berpengaruh di Malaysia termasuk penyebaran agama Kristian di Malaysia. Salah satu aspek menarik gereja ini ialah bentuk bangunan yang bercorak kolonial British. Struktur ini menampilkan elemen seni bina zaman Victoria yang cantik, seperti gerbang, tingkap tinggi dan menara lonceng yang besar. Gereja All Saints adalah satu-satunya gereja berbentuk salib Latin di Malaysia. Selain dari aspek seni bina, gereja ini juga mempunyai kubur lama yang menjadi tempat persemadian beberapa tokoh penting pada zaman penjajah. Makam Sir Hugh Low, seorang tokoh penting dalam sejarah Perak, terletak di kawasan gereja ini. Sehingga hari ini, Gereja All Saints masih berfungsi sebagai tempat ibadat dan merupakan mercu tanda sejarah yang dihargai. Mengunjungi gereja ini memberikan pengalaman rohani dan sejarah, sambil menghargai seni bina dan warisan agama Malaysia yang unik.
Satu lagi tempat bersejarah yang menarik untuk dikunjungi ialah Tanah Perkuburan Perang Taiping. Ini adalah tempat persemadian mangsa perang semasa zaman penjajahan British. Pelawat yang suka dengan Sejarah boleh singgah di sini. Mereka dapat menyelami sejarah peperangan pada tahun 1900an. Pekuburan ini juga menawarkan suasana kubur yang kemas dan terjaga. Anda boleh melihatnya dari Bukit Larut juga. Pekuburan ini juga dikenali sebagai Pemakaman Perang Inggeris
Anda pasti tahu air mineral Spritzer, bukan? Jadi, sebagai satu bentuk komitmen untuk memelihara alam sekitar, Spritzer membina taman yang indah yang boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja. Selain dari Taman Tasik Taiping, anda juga boleh mencuba mengunjungi Taman Eko Spritzer. Taman ini sangat cantik dan mempunyai pemandangan yang menenangkan, menjadikannya menyegarkan tetamu atau pengunjung yang datang. Kesejukan lebih terasa kerana terdapat pepohon rendang dan rumput hijau menghiasi kawasan taman. Taman ini sangat sesuai untuk berjoging pada waktu pagi atau petang, atau juga berkelah bersama pasangan atau keluarga.
Bagi anda yang sukakan sejarah, selain dari Tanah Perkuburan Perang Taiping, anda juga boleh mengunjungi Muzium Perak. Muzium ini diasaskan pada tahun 1883 dan merupakan muzium pertama di Malaysia. Di dalamnya terdapat pelbagai barangan zaman penjajahan Inggeris termasuk keris yang dijadikan senjata oleh orang Melayu untuk mempertahankan diri. Bukan itu sahaja, muzium ini turut memaparkan koleksi berkaitan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sejarah kehidupan di Perak. Jika anda sedang bercuti bersama keluarga di Taiping, melawat muzium ini ialah pilihan yang baik dan boleh menjadi salah satu matlamat utama anda semasa melawat Taiping. Ini kerana dengan mengunjungi muzium ini, anda sekeluarga akan mendapat pengalaman pembelajaran yang sangat berharga terutama yang berkaitan dengan sejarah Perak & Malaysia.
Berikut adalah beberapa hotel terbaik di Taiping yang menawarkan keselesaan serta akses mudah ke tempat-tempat menarik:
1. Novotel Taiping Perak - Harga bermula dari RM250/malam
2. Hotel Seri Malaysia Taiping - Harga bermula dari RM180/malam
3. Hotel Taiping Perdana - Harga bermula dari RM220/malam
4. Legend Inn Taiping - Harga bermula dari RM150/malam
5. Louis Hotel Taiping - Harga bermula dari RM84/malam
6. Beverly Hotel - Harga bermula dari RM135/malam
Jika anda mencari suasana romantis untuk percutian bersama pasangan, berikut adalah beberapa hotel yang sesuai:
1. SSL Traders Hotel - Harga bermula dari RM180/malam
2. Sense Hotel - Harga bermula dari RM128/malam
3. The Regency Hotel Seri Warisan Taiping - Harga bermula dari RM153/malam
4. Casavilla Hotel Taiping - Harga bermula dari RM42/malam
5. Kavanas Hotel Taiping - Harga bermula dari RM88/malam
6. Taiping Lakeview Homestay - Harga bermula dari RM267
7. West Inn Taiping - Harga bermula dari RM72/malam
Bagi keluarga yang melancong bersama anak-anak, berikut adalah hotel yang menyediakan kemudahan mesra keluarga:
1. Bukit Merah Laketown Resort - Harga bermula dari RM127/malam
2. Sentosa Villa Taiping - Harga bermula dari RM237/malam
3. Raintown Cottage - Harga bermula dari RM177/malam
4. Hermitage Boutique House - Harga bermula dari RM207/malam
5. Tune Hotel Taiping - Harga bermula dari RM140
6. ArRayyan Guest House & Homestay - Harga bermula dari RM179
Jika anda mencari hotel yang berdekatan dengan tempat-tempat menarik, berikut adalah pilihan terbaik:
1. Flemington Hotel - Harga bermula dari RM215/malam
2. Hotel Grand Baron - Harga bermula dari RM160/malam
3. Hotel Furama Taiping - Harga bermula dari RM94/malam
4. Hotel Vistana Micassa - Harga bermula dari RM181/malam
5. Sojourn Beds & Cafe - Harga bermula dari RM36/malam
6. Kamalodge Taiping - Harga bermula dari RM159/malam
Walaupun Taiping tidak mempunyai lapangan terbang besar, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh adalah yang paling dekat dan paling mudah diakses. Jadi untuk memudahkan urusan, anda boleh menginap di hotel sekitar lapangan terbang Sultan Azlan Shah Ipoh atau berdekatan. Alternatif lain ialah menginap di hotel di Taiping tetapi berdekatan dengan Stesen Kereta Api Taiping. Jadi, kalau nak ke airport, boleh naik train ke Ipoh. Setibanya di stesen kereta api Ipoh, anda boleh menaiki pengangkutan awam atau e-hailing ke lapangan terbang Sultan Azlan Shah. Berikut adalah hotel yang berdekatan dengan stesen kereta api Taiping (nombor 1-4) dan lapangan terbang Sultan Azlan Shah Ipoh (nombor 5-7).
1. Hotel Axis - Harga bermula dari RM95/malam
2. Triple Shot Bed & Coffee - Harga bermula dari RM139/malam
3. Raintown Timmbers Hotel - Harga bermula dari RM88/malam
4. Kimal Hotel Taiping - Harga bermula dari RM99/malam
5. Impiana Hotel Ipoh - Harga bermula dari RM240/malam
6. Symphony Suites Hotel - Harga bermula dari RM209/malam
7. M Roof Hotel & Residences Ipoh - Harga bermula dari RM280/malam
Memilih hotel yang tepat adalah penting untuk memastikan percutian anda lebih selesa. Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda gunakan ketika mencari hotel di Taiping:
Pilih hotel yang dekat dengan tempat menarik yang anda ingin lawati. Ini akan memudahkan pergerakan anda dan menjimatkan masa perjalanan.
Pastikan hotel yang anda pilih menawarkan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda, seperti kolam renang, pusat kecergasan, atau taman permainan untuk keluarga.
Tentukan bajet perjalanan anda sebelum menempah hotel. Dengan menetapkan bajet, anda dapat menapis pilihan hotel mengikut kesesuaian harga.
Ulasan daripada tetamu terdahulu boleh membantu anda memahami kualiti perkhidmatan, kebersihan, dan keseluruhan pengalaman di hotel tersebut.
Untuk perjalanan dan penginapan yang menyenangkan, Traveloka adalah aplikasi yang boleh membantu Anda. Di Traveloka, pelbagai jenis keperluan perjalanan tersedia untuk Anda, seperti tiket penerbangan, penginapan, dan juga tiket tarikan. Jika Anda belum pernah menggunakan Traveloka, cuba daftar sebagai pengguna baharu dan anda boleh menggunakan kod promo JOMJALAN untuk mendapatkan diskaun sehingga RM250. Diskaun ini terpakai kepada semua produk pelancongan di Traveloka. Jom rancang pelancongan anda dengan Traveloka!
Total Accommodation | 53 Properties |
Popular Area | Bandar Taiping, Bukit Merah |
Popular Hotel | Novotel Taiping Perak, Hermitage Boutique House |
Popular Landmark | Zoo Taiping & Night Safari, Kaki Bukit Larut Waterfall |