Tambunan adalah sebuah daerah lembah yang meliputi kawasan seluas 1,347 kilometer persegi di bahagian pendalaman, Sabah, Malaysia. Ia terletak 80 kilometer di timur ibu negara, Kota Kinabalu (yang dihubungkan melalui Lebuhraya Kota Kinabalu-Tambunan-Keningau). Tambunan terletak kira-kira 48 kilometer di selatan Ranau dan 48 kilometer di utara Keningau. Pada purata ketinggian 750 meter, lembah ini, yang merupakan sebahagian daripada Banjaran Crocker, mengalami iklim tropika sepanjang tahun. Lembah ini diliputi dengan kawasan sawah padi dan juga 70 buah kampung.
Hutan tebal di sekitar Tambunan adalah warisan zaman kolonial British, dikelilingi oleh pokok buluh yang banyak. Dipercayai suatu masa dahulu, pihak British telah mengarahkan bahawa setiap pokok buluh yang ditebang harus diganti dengan 20 pucuk buluh baru yang perlu ditanam. Memorial Mat Salleh, yang terletak di tengah-tengah ladang padi di Kampung Tibabar adalah sebuah struktur konkrit yang dibina oleh kerajaan negeri sebagai peringatan kepada Datu Paduka Mat Salleh atau lebih dikenali sebagai Mat Salleh, beliau mengetuai pemberontakan terhadap Syarikat British Borneo Utara pada akhir abad ke-19 sebagai tindak balas kepada ketidakpuasan penduduk setempat dengan dakwaan eksploitasi oleh Syarikat. Pertempuran beserta tembakan dengan polis British tealh tercetus pada 1 Februari 1900. Tugu peringatan itu didirikan di tempat Mat Salleh dibunuh setelah Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Tambunan menjadi tumpuan kerana kualiti lihing dan tapainya. Ini adalah wain beras tradisional yang dibuat oleh orang Kadazan dan Dusun di Sabah. Di luar kawasan bandar terdapat Rizab Hutan Rafflesia, yang dikhaskan untuk bunga terbesar di dunia, Rafflesia. Timur Tambunan terletaknya gunung kedua tertinggi di Sabah, iaitu Gunung Trus Madi
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (IATA: BKI, ICAO: WBKK) adalah sebuah lapangan terbang antarabangsa, yang terletak di Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, negeri di bawah bayu. Ia terletak kira-kira 8 km jauhnya dari pusat bandaraya Kota Kinabalu. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 1.5 jam dari Tambunan.
Pasar terbuka Tambunan selama tiga hari ini merupakan pasar terbuka terbesar di rantau pedalaman Sabah, yang menjanjikan pelbagai barangan, makanan dan kraftangan tempatan untuk pelawat mencari dan membeli-belah. Jangan terlepas menyaksikan pertunjukan kebudayaan dan aktiviti lain semasa perayaan ini.
Pesta Muzik Tambunan berlangsung di tebing Sungai Tondulu, mempamerkan penghibur-penghibur yang dilahirkan di Tambunan. Nikmati melodi muzik kontemporari dan kawasan lembah yang dingin semasa perayaan muzik pertama di Tambunan ini.
Tambunan Rafflesia Hotel adalah sebuah hotel baru di Tambunan dan terletak berhampiran dengar bandar Tambunan. Terletak dengan strategiknya dengan hanya sekitar 75 minit memandu dari Kota Kinabalu dan 45 minit memandu dari Keningau. Hotel ini terletak di bangunan Pusat Penerangan Pelancongan Tambunan, yang akan memberi manfaat kepada tetamu untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tambunan dan apa yang boleh ditawarkan oleh Tambunan dalam industri pelancongan.
Tambunan Rafflesia Hotel menawarkan 2 variasi bilik dengan pandangan iaitu bilik dengan pemandangan sawah padi dan pemandangan kampung. Dilengkapi dengan 12 bilik, Tambunan Rafflesia Hotel menawarkan 3 jenis bilik iaitu Executive King, Deluxe queen, dan Bilik Deluxe Twin. Tambunan Rafflesia Hotel menawarkan penginapan yang selesa kerana pihak hotel menyediakan tempat letak kereta yang luas dan pengawal keselamatan untuk menjamin keselamatan para tetamu dan juga kepunyaan mereka supaya tetamu boleh menginap dengan selesa dan selamat. Restoran di hotel akan memenuhi selera makan anda dengan pelbagai jenis makanan istimewa yang akan menjadikan penginapan anda lebih menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan.
Terletak 12 km dari Centre Point Sabah di Tambunan, Padi View Resthouse menawarkan akses WiFi percuma dan tempat letak kenderaan peribadi percuma. Setiap bilik mempunyai TV berskrin rata. Bilik-bilik tertentu mempunyai ruang duduk di mana anda boleh berehat. Setiap bilik dilengkapi dengan cerek di dalam bilik. Bilik-bilik turut dilengkapi dengan bilik mandi peribadi.
Total Accommodation | 30 Properties |
Popular Hotel | Tandarason Resort & Country Club, SPOT ON 89986 P&p Inn |
Popular Landmark | Kompleks Sukan Tambunan |