Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Dengan latar budaya yang kaya serta tarikan sejarah dan keindahan alam semula jadi, Kota Bharu kerap menjadi persinggahan utama bagi pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Selain itu, suasana Islamik dan adat tradisi Melayu yang kuat memberikan pengalaman unik kepada pengunjung. Berikut adalah cadangan hotel terbaik di Kota Bharu yang boleh menjadi pilihan penginapan untuk memaksimalkan pengalaman pelancongan anda di kota ini.
Walaupun Kota Bharu bukan bandar yang terlalu besar, sistem pengangkutannya mencukupi untuk pelancong. Anda boleh memilih antara bas tempatan, teksi, atau perkhidmatan e-hailing seperti Grab untuk menjelajah sekitar bandar.
Bas-bas tempatan di Kota Bharu beroperasi dengan harga yang berpatutan dan laluan yang menjangkau kebanyakan kawasan tarikan utama. Walaupun begitu, kebanyakan pelancong lebih memilih perkhidmatan e-hailing untuk keselesaan dan kelajuan.
Perkhidmatan e-hailing sangat meluas di Kota Bharu. Anda boleh memanggil dengan mudah menggunakan aplikasi dari mana-mana kawasan dalam bandar ini. Selain itu, harga tambangnya juga berpatutan dan memastikan perjalanan lebih cepat berbanding bas.
Di Kota Bharu juga terdapat beberapa tempat yang menjadi tarikan pelancong dan boleh dikunjungi oleh pelancong baik tempatan ataupun antarabangsa.
Pasar yang ikonik ini adalah syurga bagi penggemar makanan tempatan dan barangan tradisional. Di sini, anda boleh membeli pelbagai jenis makanan Kelantan seperti nasi kerabu, kuih-muih tradisional, dan banyak lagi. Pasar ini juga terkenal dengan jualan kain batik dan songket yang cantik, sangat sesuai untuk dibawa pulang sebagai cenderamata. Dan yang lebih menarik, harga barangan di pasaran ini adalah murah dan berpatutan. Jika anda melawat Kota Bharu, anda kena singgah untuk membeli-belah di pasar ini.
Pantai yang terletak tidak jauh dari pusat bandar ini adalah destinasi popular untuk beriadah, terutama pada waktu petang. Pantai Cahaya Bulan menawarkan pemandangan yang menakjubkan serta suasana yang tenang, menjadikannya tempat yang sesuai untuk berehat bersama keluarga. Biasanya pengunjung boleh bermain pasir dan juga bermain wau. Selain itu, wau juga boleh dibeli di sekitar pantai ini. Di pantai ini juga ramai yang menjual makanan, dari kuih muih hinggalah makanan laut yang sedap, menambahkan lagi kenikmatan suasana berkunjung ke pantai. Pantai ini juga terkenal dengan kebersihan dan keselesaannya.
Ingin menikmati keindahan kelip-kelip pada waktu malam sambil berjalan di sepanjang sungai? Inilah tempatnya! Staff akan membimbing anda dan anda boleh menyewa kayak untuk menyusuri sungai. Adalah disyorkan untuk melawat Min Fireflies Garden dari Mac hingga Oktober untuk dapat menikmati cahaya kelip-kelip secara maksimum. Rasai keseronokan mendayung kayak sambil menyaksikan cahaya kelip-kelip yang berkilauan dalam kegelapan malam.
Berminat dengan barangan kraftangan? Jom lawat Kampung Kraftangan atau Muzium Kraftangan di Kelantan. Di sini, pelbagai produk kraftangan asli tempatan dijual. Nuansa bangunan juga benar-benar mencerminkan budaya tempatan yang kukuh, sekaligus menambahkan lagi keterujaan anda berkunjung ke Kampung Kraftangan.
Satu lagi muzium yang boleh anda kunjungi di Kelantan tentunya Muzium Negeri Kelantan. Muzium ini menawarkan banyak benda yang berkaitan sejarah dan budaya Kelantan, seperti replika gua bersejarah, seni wayang kulit, alat muzik tradisional, hinggalah kepada seni dan bentuk wau tradisional Kelantan. Malah, mereka turut diperkenalkan dengan permainan tradisional Kelantan dan pameran silat Melayu.
Menara ini merupakan salah satu ikon di Kota Bharu, Negeri Kelantan. Ia terletak di pinggir sungai Kelantan. Kedudukannya yang strategik menjadikannya tempat pelancongan yang menarik terutamanya berhampiran dengan Padang Merdeka. Jadi, selepas anda bergembira di Padang Merdeka bersama keluarga atau pasangan, anda boleh terus ke menara jam ikonik ini. Seperti tarikan pelancong lain, tempat ini juga mempunyai waktu operasi. Kerana budaya di Kelantan, hujung minggu adalah hari Jumaat dan Sabtu. Manakala, hari aktif ialah Ahad hingga Khamis. Pada hari bekerja, tempat ini dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang. Pada sebelah petang terdapat tempoh rehat 2 jam dari 12 hingga 2. Pada hujung minggu juga bermula dari 8 hingga 5, cuma waktu rehat ialah dari 12 hingga 2.30 tengah hari.
Istana Jahar adalah salah satu bangunan bersejarah yang terkenal di Kota Bharu. Dibina pada tahun 1855 oleh Sultan Muhammad II sebagai hadiah untuk cucunya, istana ini kini dijadikan muzium yang mempamerkan sejarah dan budaya diraja Kelantan. Istana ini terkenal dengan seni bina Melayu tradisional yang indah, dengan ukiran kayu yang halus dan rekaan dalaman yang penuh dengan elemen budaya tempatan. Di dalam muzium ini, pengunjung boleh melihat pameran yang menceritakan kehidupan keluarga diraja Kelantan, termasuk pakaian diraja, peralatan istiadat, dan galeri yang mempamerkan sejarah sistem kesultanan Kelantan. Istana Jahar adalah destinasi yang sempurna bagi mereka yang ingin memahami sejarah dan tradisi monarki di negeri ini.
Pantai Irama Bachok terletak kira-kira 30 km dari Kota Bharu, dan ia terkenal dengan keindahan pantainya yang tenang serta air laut yang jernih. Pantai ini merupakan salah satu destinasi percutian popular bagi penduduk tempatan dan pelancong yang ingin menikmati suasana pantai yang lebih sepi berbanding Pantai Cahaya Bulan. Pantai Irama menawarkan suasana yang santai dengan pemandangan yang menakjubkan. Pada hujung minggu, pantai ini sering dikunjungi oleh keluarga untuk berkelah dan menikmati pelbagai aktiviti pantai seperti bermain bola tampar pantai, berenang, atau sekadar berjalan-jalan di tepi pantai. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai makanan yang menyajikan makanan tempatan seperti sata, otak-otak, dan pelbagai jenis kuih tradisional Kelantan.
Untuk memudahkan perancangan pelancongan anda di Kota Bharu, anda kena tentukan di mana anda menginap. Berikut adalah beberapa hotel yang boleh menjadi pilihan saat anda dan keluarga melawati Kota Bharu di Kelantan.
1. Hotel Perdana Kota Bharu - Harga bermula dari RM333/malam
2. Crystal Lodge Kota Bharu - Harga bermula dari RM180/malam
3. Ibis Styles Kota Bharu - Harga bermula dari RM187/malam
4. Grand Riverview Hotel - Harga bermula dari RM209/malam
5. The Grand Renai Hotel - Harga bermula dari RM258/malam
6. De Viana Hotel & Apartments - Harga bermula dari RM164/malam
7. H Elite Design Hotel Kota Bharu - Harga bermula dari RM259/malam
Jika anda bercuti bersama keluarga, berikut adalah beberapa hotel yang mesra keluarga dengan kemudahan yang sesuai untuk penginapan bersama anak-anak.
1. Zualnie Home @ D’Perdana Apartment - Harga bermula dari RM190/malam
2. Crown Garden Hotel - Harga bermula dari RM152/malam
3. AnZa Troika Homestay - Harga bermula dari RM300/malam
4. Al Khatiri Hotel - Harga bermula dari RM137/malam
5. Flora Place - Harga bermula dari RM84/malam
6. AAM Hotel - Harga bermula dari RM68/malam
7. Hotel Mewah Impiana - Harga bermula dari RM91/malam
8. Suite Us Guesthouse @ Kubang Kerian - Harga bermula dari RM119/malam
Jika anda merancang untuk percutian romantis bersama pasangan, berikut adalah beberapa hotel yang sesuai untuk mencipta suasana percutian yang intim dan tenang:
1. Holiday Villa Hotel & Suites - Harga bermula dari RM160/malam
2. Tune Hotel Kota Bharu City Center - Harga bermula dari RM95/malam
3. Ridel Boutique Hotel - Harga bermula dari RM61/malam
4. Troika Avenue by Salaam Suites - Harga bermula dari RM212/malam
5. D&d Budget Inn - Harga bermula dari RM79/malam
6. Bintang Square Hotel - Harga bermula dari RM67/malam
7. Fifteen Avenue Inn - Harga bermula dari RM90/malam
8. Bbp Hotel - Harga bermula dari RM81/malam
Untuk pelancong yang ingin berada dekat dengan tempat-tempat menarik di Kota Bharu, berikut adalah beberapa hotel yang menawarkan lokasi strategik:
1. PCB Beach Resort - Harga bermula dari RM133/malam
2. Harmoni Hotel - Harga bermula dari RM70/malam
3. Jewels Hotel - Harga bermula dari RM144/malam
4. Khalifa Suites Hotel & Apartment - Harga bermula dari RM137/malam
5. Suria Hotel Kota Bharu - Harga bermula dari RM81/malam
6. Best Studio Guest House - Harga bermula dari RM95/malam
7. Bayu Chalet - Harga bermula dari RM103/malam
8. Idaman PCB Guesthouse - Harga bermula dari RM182/malam
Menginap di hotel yang berhampiran atau mempunyai akses jalan yang lebih pantas ke lapangan terbang boleh menjadi pilihan untuk lawatan anda. Di Kota Bharu, anda boleh menginap di hotel berikut untuk ke lapangan terbang dengan lebih cepat.
1. Rayyan Soffea Hotel - Harga bermula dari RM90/malam
2. Assalam Hotel - Harga bermula dari RM92/malam
3. Hotel Bintang Indah - Harga bermula dari RM98/malam
4. G Home Hotel - Harga bermula dari RM130/malam
5. Ridel Hotel Kota Bharu - Harga bermula dari RM85/malam
6. Ain Studio Apartment - Harga bermula dari RM140/malam
7. Aslah Boutique Hotel Kota Bharu - Harga bermula dari RM97/malam
8. Salaam Suites Hotel - Harga bermula dari RM76/malam
9. Prestige Sky Riverfront - Harga bermula dari RM141/malam
Jika ingin menempah hotel di Kota Bharu untuk perancangan pelancongan anda, bolehlah untuk menggunakan tips-tips berikut.
Jika anda merancang untuk melancong semasa musim cuti atau perayaan, adalah disyorkan untuk menempah hotel lebih awal kerana bilik di hotel popular sering kali habis ditempah.
Untuk memaksimalkan masa anda di Kota Bharu, pilihlah hotel yang berdekatan dengan tempat-tempat tarikan utama. Ini akan memudahkan anda menjelajah bandar tanpa perlu membuang masa dalam perjalanan yang jauh.
Semak lokasi hotel berbanding dengan destinasi yang anda rancang untuk lawati. Ini akan memudahkan pergerakan anda sepanjang penginapan.
Dengan banyak pilihan hotel dan kemudahan yang ditawarkan di Kota Bharu, Anda pasti dapat mencari penginapan yang sesuai untuk memenuhi keperluan perjalanan anda, sama ada untuk bersantai, perniagaan, atau bersama keluarga. Untuk perjalanan dan penginapan yang menyenangkan, anda boleh menggunakan Traveloka.
Ia boleh membantu anda dalam perancangan pelancongan anda. Di Traveloka, pelbagai jenis keperluan perjalanan tersedia untuk Anda, seperti tiket penerbangan, penginapan, dan juga tiket tarikan. Jika Anda belum pernah menggunakan Traveloka, cuba daftar sebagai pengguna baharu dan anda boleh menggunakan kod promo JOMJALAN untuk mendapatkan diskaun sehingga RM250. Diskaun ini terpakai kepada semua produk pelancongan di Traveloka. Jom rancang pelancongan anda dengan Traveloka!
Total Accommodation | 188 Properties |
Popular Area | Chinatown, Tesco Kota Bharu |
Popular Hotel | Renai Hotel Kota Bharu (Formerly known as The Grand Renai Hotel), Perdana Kota Bharu |
Popular Landmark | Pantai Cahaya Bulan , Pasar Besar Siti Khadijah |