Citra Anugerah Wah Leng Chinese Restaurant merupakan sebuah restoran masakan Cina terkenal yang terletak di Kampung Tekek yang merupakan penempatan utama di Pulau Tioman, yang boleh diakses melalui bot dari daerah Mersing, Johor. Walaupun secara geogrfinya ia lebih dekat dengan daerah Mersing, Johor, pulau ini secara keseluruhannya diletakkan di bawah bidang kuasa daerah Rompin, negeri Pahang. Apabila berada di pulau itu, restoran ini mudah dicari kerana berdekatan dengan jalan utama serta kemudahan lain seperti resort, pantai dan kampung. Restoran ini tanpa ragu-ragu lgi adalah tempat terbaik di pulau itu untuk mengadakan perkumpulan keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati juadah lazat yang disediakan. Ia mempunyai pilihan hidangan berasaskan masakan Cina dan makanan laut yang paling luas dan pelanggan mempunyai kebebasan untuk memilih ikan atau hidupan laut lain yang paling segar yang mereka boleh dapat, bahkan mereka juga boleh memilih kaedah masakan yang mereka lebih suka. Oleh kerana lokasi restoran yang terletak di pulau itu, ia juga tidak dibuka untuk lawatan sepanjang tahun, malahan masa terbaik untuk melawat adalah sekitar bulan Mac hingga Oktober kerana cuaca yang cerah dan tenteram, manakala musim tengkujuh yang berlaku dari bulan November hingga Februari mungkin menghalang keinginan pengunjung untuk menikmati hidangan makanan laut yang baik di restoran ini.
Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan / E2 untuk akses segera ke jeti Mersing yang akan menyediakan perkhidmatan bot dan feri ke Pulau Tioman, yang merupakan cara terpantas ke pulau dan restoran itu sendiri. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira empat jam dan tiga puluh minit bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.
Terdapat terminal bas di bandar Mersing yang berada di Jalan Pasar yang tidak jauh dari jeti. Lakukan perjalanan terus ke Mersing dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Transnasional Express atau Sepakat Liner untuk sampai ke terminal tersebut sebelum memilih teksi atau berjalan dengan kaki untuk pergi ke jeti untuk sampai ke restoran tersebut.
Terdapat bot-bot yang boleh didapati dari terminal jeti Mersing ke jeti Pulau Tioman setiap hari dengan perubahan jadual yang kebiasaannya disebabkan oleh gelombang pasang surut. Waktu perjalanan biasanya mengambil masa kira-kira dua jam dan pengendali bot akan membuat lima perhentian. Apabila sampai ke jeti pulau, pengunjung boleh memilih untuk menyewa kereta untuk sampai ke restoran.
Terletak di kawasan Kampung Tekek utama yang merupakan kawasan paling ramai penduduk di pulau ini, Pantai Tekek lebih mirip seperti berada di bandar kerana banyaknya kemudahan yang dibina di sekitar seperti kedai runcit, bank, lebuh raya, lapangan terbang, marina, kompleks jeti dan menarik sekali, terdapat kawasan membeli-belah yang bebas cukai berhampirannya juga. Walau bagaimanapun, ini tidak mengurangkan pesona pantai tersebut, kerana masih ada banyak perkara menarik yang boleh dilakukan di sini, seperti berjalan-jalan di pantai, berjemur, berkelah dan bermain layang-layang. Terdapat juga beberapa buah hotel dan penginapan yang tersedia di sepanjang kawasan pantai, oleh itu pengunjung tidak perlu bimbang tentang tempat tidur dan berehat selepas berada seharian di pantai.
Bayu Tioman Chalet adalah sebuah hotel bertaraf dua bintang yang terletak di Kampung Genting, Pulau Tioman, yang santai, tenang dan seolah-olah kembali ke alam semula jadi untuk memberikan pengalaman penginapan yang sangat mendamaikan yang sesuai untuk keluarga kecil dan kawan-kawan. Kemudahan termasuk meja, bar mini, pancuran mandian, teres, kedai hadiah, kedai kopi, restoran, karaoke, penghawa dingin dan WiFi percuma.
Sebuah penginapan bertaraf empat bintang yang terkenal dengan susun aturnya yang megah berkilau dan suasana tropika yang berangin yang terletak di P.O. Peti 4, Kampung Lalang, Pulau Tioman. Terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan termasuk televisyen, meja, peti keselamatan dalam bilik, pengering rambut, pancuran mandian, bar mini, pusat perniagaan, perkhidmatan ulang-alik feri, kedai kopi, restoran, kolam renang, pusat kecergasan, bar tepi kolam dan banyak lagi.
Total Accommodation | 34 Properties |
Popular Hotel | The Boathouse Pulau Tioman, Japamala Resort by Samadhi – Age 12 and Above Only |
Popular Landmark | Citra Anugerah Wah Leng Chinese Restaurant |