Menara Condong atau sesetengah orang memanggilnya dengan panggilan "the lean tower" terletak di pusat bandar Teluk Intan, Perak. Dengan ketinggian 25.5 meter, menara ini telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 2015 oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dibina pada tahun 1885 oleh Encik Leong Choon Cheong dan beberapa kontraktor Ceylon, menara condong ini tidak setua, setinggi, dan tidak juga terkenal seperti menara seumpamanya yang terletak di Itali, Menara Pisa. Walau bagaimanapun, dek kerana kecondongan binaannya yang luar biasa, menara ini telah menarik perhatian ramai pengunjung. Dibina bagi tujuan menyimpan air untuk kegunaan tempatan dan semasa musim kering serta memadam api sekiranya berlaku kebakaran, menara ini kelihatan seakan-akan sebuah pagoda Cina 8 tingkat dari luar.
Oleh kerana majoriti penduduk bandar ini pada masa itu adalah masyarakat Cina, seni bina menara ini telah banyak dipengaruhi oleh seni bina Cina terutama binaan pagoda. Setiap tingkat mempunyai ketinggian 5 meter dan untuk ke puncak menara, pengunjung perlu menaiki 110 buah anak tangga. Terbuka untuk dikunjungi dari hari Isnin hingga Jumaat seawal 8:00 pagi, menara ini juga dibuka pada hujung minggu dan cuti umum dari 9:00 pagi hingga 6:00 petang.
Han Chin Pet Soo pada asalnya merupakan sebuah rumah kelab pelombong bijih timah Hakka, yang diasaskan pada tahun 1893. Memaparkan gambaran tentang kegiatan dan aktiviti-akitiviti di kelab pelombong bijih timah di mana pelacuran, perjudian, menghisap candu dan banyak lagi aktiviti telah dijalankan secara bebas di sebalik bangunan kelab yang mewah, tempat bersejarah ini terletak di pinggir bandar lama Ipoh, berhampiran dengan Sungai Kinta. Dibuka dari hari Selasa hingga Ahad, pengunjung dikehendaki membuat temujanji terlebih dahulu sebelum melawat.
Turut dikenali dengan nama "Perak Tong", Perak Cave telah ditemui dan dibangunkan oleh pasangan suami isteri dari China, Chong Sen Yee dan isterinya Choong Chan Yoke pada tahun 1926. Selepas lebih daripada 50 tahun kerja pembinaan yang penuh perhatian dan ketelitian di dalam dan sekitar kuil gua, Perak Cave telah menjadi salah satu daripada kuil-kuil gua yang terbaik di Malaysia. Selepas pasangan ini telah meninggal dunia, kuil gua ini telah diwariskan kepada anak lelaki mereka dan telah berkembang menjadi tarikan di kalangan pelancong antarabangsa juga. Walaupun ia merupakan tempat keagamaan, Perak Cave juga turut dikunjungi oleh pelancong yang terdiri daripada pelbagai agama disebabkan oleh persekitarannya yang tenang dan cantik. Kebanyakan pengunjung ke sini untuk berehat dan menikmati udara yang bersih dan segar.
Yew Boutique Hotel adalah rangkaian hotel yang baru ditubuhkan, dengan pembukaan hotel pertamanya di Teluk Intan. Sama ada anda sedang menikmati percutian secara solo mahupun bersama pasangan hotel ini pasti memenuhi keperluan anda. Dengan semua bilik mempunyai ruang dalaman yang elegan dan luas, reka bentuk kontemporari di sini mewujudkan pengalaman penginapan yang ideal. Disertaan pula dengan ruang yang selesa dan mencukupi, ia dilengkapi oleh kemudahan standard asas seperti akses internet berkelajuan tinggi wifi, akses kad kunci yang selamat, televisyen LCD 32 inci dengan saluran tempatan, kemudahan membuat kopi dan teh, tempat letak kereta peribadi dan restoran. Terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Yew Boutiquw Hotel hanya 0.76 km dari Menara Condong. Hal ini menjadikannya tempat penginapan pilihan utama jika anda berada bandar ini.
Hotel ini dibina untuk memberikan pengalaman penginapan yang klasik dan moden di Teluk Intan. Merge Summit Boutique Hotel adalah sebuah destinasi yang sempurna di Jalan Changkat Jong di mana pusat membeli-belah dan hiburan terletak hanya beberapa kilometer. Direka sebagai sebuah hotel gaya hidup dengan hiasan dalaman yang unik, ia menawarkan layanan yang mesra dan menyenangkan. Kemudahan asas yang lengkap disediakan di dalam bilik seperti internet berkelajuan tinggi, televisyen skrin rata LED, penghawa dingin dan minuman percuma bagi membuat penginapan anda selesa dan tidak dapat dilupakan. Juga, hotel ini mudah diakses dari tempat-tempat tarikan pelancong yang popular di sekitarnya seperti Menara Condong (2.27 km) dan Kellie Castle (51.88 km).
Total Accommodation | 24 Properties |
Popular Hotel | Intanova Hotel, Grand Court Hotel |
Popular Landmark | Menara Condong, Anson Sport Centre |