Kolam Air Panas Jasin (Jasin Hot Springs) adalah kolam air panas buatan manusia di Bemban, Daerah Jasin, Melaka, Malaysia. Kolam air panas ini pada awalnya ditubuhkan oleh seorang ahli perniagaan Tan Kim Tean iaitu dari Singapura pada 8 Mei 1884 sebagai tempat mandi orang awam. Kawasan kolam air panas ini terbentang di tanah seluar 1.2 hektar. Kolam air panas beroperasi setiap hari kecuali Isnin bermula dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
Dari Kuala Lumpur, dapatkan tiket bas anda dan berlepas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) terus ke Jasin. Perjalanan melalui lebuh raya PLUS akan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke Jasin. Dari terminal bas, dapatkan teksi untuk membawa anda ke Kolam Air Panas Jasin.
Memandu dari Kuala Lumpur, menuju ke selatan melalui PLUS lebuh raya, ambil susur keluar di Jasin dan ikuti papan tanda ke Bemban, Jasin. Perjalanan itu juga mengambil masa kira-kira 2 jam memandu dengan keadaan lalu lintas yang lancar.
Orna Golf and Country Club terletak di Jalan Gapam, 75450 Bemban, Melaka. Resort ini khusus untuk mereka yang mencari keseronokan golf yang tiada tandingan sama ada pada waktu siang atau malam di kawasan seluas 432 ekar tanah dengan landskap tropika yang indah dengan ketenangan aliran sungai. Reka bentuk dalaman Club House berkonsep estetik untuk menggambarkan cara hidup masyarakat kelas atasan. Terdapat juga Restoran Cina yang menyajikan pelbagai pilihan makanan dari masakan Cina ke makanan barat. Club House ini juga menyediakan Bilik Persidangan yang lengkap untuk tetamu mengadakan mesyuarat. Dewan Banquet juga diselenggarakan dan dibuka untuk disewa untuk apa-apa jenis upacara yang boleh menampung sehingga 650 ke 700 orang. Club House ini turut dilengkapi dengan kemudahan rekreasi seperti kolam renang, kolam kanak-kanak, bilik-bilik Karaoke, Jakuzi dan Gelanggang Tenis. Selain daripada kemudahan yang disebutkan, ia juga menyediakan pelbagai jenis penginapan untuk pengunjung santai atau pun perniagaan.
Jika anda adalah orang yang suka membeli-belah, ini adalah tempat terbaik untuk anda lawati dan bersiar-siar. Freeport A'Famosa Outlet adalah pusat membeli-belah dari barangan jenama sederhana ke jenama premium mewah. Ia juga dikenali sebagai Melaka Premium Outlet. Ia menempatkan kira-kira ratusan butik berjenama mewah dan berjenama antarabangsa seperti Nike, Sacoor dan banyak lagi. Freeport A'Famosa Outlet akan menjadi sesak terutamanya pada musim cuti sekolah atau cuti umum. Kedai-kedai di sini sering menawarkan diskaun dan promosi yang hebat sempena banyak perayaan, oleh itu jangan terkejut jika ia sentiasa sesak. Kedai-kedai di sini beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Allure Homestay terletak di JC 1665, Jalan MP 4, Taman Merbau Perdana, Jasin, Melaka, Jasin, Negeri Melaka, Malaysia, 77000. Rumah teres satu tingkat ini dilengkapi dengan kemudahan asas untuk memastikan para tetamu rasa seperti di rumah walau sebenarnya jauh dari rumah. Setiap bilik tidur dilengkapi dengan penyaman udara, dapur dilengkapi dengan peralatan, setiap bilik mandi dilengkapi dengan peralatan mandian. Rumah ini cukup luas untuk menampung sekumpulan keluarga besar anda.
Philea Resort and Spa merupakan destinasi yang diidami setiap orang apabila melawat Melaka. Philea adalah resort dan spa mewah bertaraf lima bintang yang sangat disyorkan untuk pasangan, keluarga dan syarikat. Ia tidak hanya bertujuan untuk menghiburkan pelancong santai tetapi juga pelancong perniagaan. Pada masa lapang, tetamu boleh mengakses dan menikmati setiap kemudahan dan aktiviti yang ditawarkan manakala untuk perniagaan, ia menyediakan segala yang diperlukan untuk memastikan mesyuarat perniagaan berjalan lancar. Terletak dengan strategik di Lot 2940, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Tol, Ayer Keroh, Negeri Melaka, Malaysia, 75450, Philea Resort and Spa menawarkan kadar yang berpatutan bermula dari RM428 semalam.
Total Accommodation | 38 Properties |
Popular Hotel | Ames Hotel, Philea Resort & Spa |
Popular Landmark | Masjid Al-Ghaffar, Kolej Komuniti Jasin |