Lapangan Terbang Labuan merupakan laluan masuk yang menyambut tetamu yang mengunjungi bandar pelabuhan kecil di Borneo Utara ini. Bangunan baharu Lapangan Terbang Labuan dibuka pada tahun 1999. Bangunan terminal berkeluasan 16 000 kaki persegi mengandungi bilik pengurusan penumpang dan Kastam yang moden serta bangunan menara kawalan yang membentuk bahagian tengah bangunan utama lapangan terbang. Walaupun kecil, lapangan terbang ini boleh mengendalikan sehingga 1.2 juta penumpang setahun atau bersamaan hampir 10 000 juta pergerakan kapal terbang setahun. Lapangan Terbang Labuan juga mampu memuatkan kapal terbang bersaiz lebih besar seperti Boeing 777 dan Airbus A330. Sekarang, lapangan terbang ini memberikan perkhidmatan kepada Malaysia Airlines dan Air Asia.
Mengikut sejarah, sebahagian lapangan atau padang bagi lapangan terbang ini dibina oleh pihak Jepun ketika penjajahan mereka di Pulau Labuan pada 1942. Selepas pembebasan pulau ini yang dilakukan oleh Tentera Divisi Ke-9 Australia pada 1945, tawanan perang Jepun diarahkan untuk bekerja di sini dan akhirnya, terbinalah landasan yang panjangnya 2000 ela. Walau bagaimanapun, permukaan landasan diperbuat daripada karangan laut yang dipecahkan. Maka, amat perlu untuk membanjirkan landasan ini dengan air laut secara berkala bagi mengelakkan seluruh kawasan hancur batuannya.
Bergantung pada minat dan citarasa, pelancong mahupun pengembara dapat mencari pelbagai aktiviti bersesuaian yang dapat mengisi masa sepanjang berada di Labuan.
Setelah tiba di lapangan terbang ini, pelancong boleh mengunjungi Muzium Labuan, Muzium Chimney, Taman Damai, Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua dan Tanah Perkuburan Peperangan Labuan untuk meninjau lebih mendalam tentang sejarah Labuan.
Individu yang gemar mengambil gambar dan menyaksikan matahari terbenam serta bersiar-siar di kawasan semula jadi patut melawat Taman Burung Labuan, Taman Marin Labuan, Pantai Layang- layangan ataupun Pantai Labuan kerana kunjungan ini sangat berbaloi.
Â
Labuan sangat terkenal dengan barangan bebas cukai dan merupakan syurga untuk pelancong membeli-belah seperti di Dataran Labuan, Kompleks Taman Kewangan Labuan dan pusat kraf tangan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Pelancong yang ingin menjamu selera dengan hidangan laut disarankan pergi ke Anjung Ketam atau perkampungan air seperti Patau-patau dan Bebuloh. Hidangan laut yang segar dan pelbagai jenis pasti membangkitkan selera.
Hotel Aifa yang terletak 2.60km dari Lapangan Terbang Labuan mempunyai lokasi yang sangat bagus. Hotel ini menawarkan perkhidmatan yang cemerlang dan menyediakan pelbagai kemudahan. Bangunannya agak mudah dicari dan terletak di tengah-tengah bandar Labuan.
Hotel ini ialah pilihan terbaik untuk pengunjung yang mencari penginapan mewah untuk percutian. Penginap di sini pastinya mendapat perkhidmatan paling cemerlang sekali gus pengalaman di sini tidak dapat dilupakan. Hotel ini terletak 2.81km dari Lapangan Terbang Labuan dan mempunyai pemandangan laut Labuan. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan Kompleks Taman Kewangan dengan hanya 5 minit berjalan kaki sahaja.
Hotel ini menawarkan pengalaman menginap di calet tradisional di persekitaran yang hening dan mendamaikan. Hotel ini terletak hanya 2.44km dari Lapangan Terbang Labuan. Pengunjung yang ingin mengelakkan kebisingan kehidupan kota akan dapat berehat dengan tenang di hotel ini.
Pengunjung yang inginkan penginapan di hotel tepi pantai sememangnya perlu membuat tempahan di sini. Anda pasti dapat melakukan aktiviti pantai di sini. Hotel ini terletak di Kampung Nagalang iaitu 1.53km dari Lapangan Terbang Labuan.
Hotel ini merupakan antara hotel di bandar Labuan yang bagus dan terletak hanya 2.45km dari Lapangan Terbang Labuan. Hotel ini merupakan hotel yang praktikal dan mempunyai fasiliti yang memuaskan.
Hotel Lazenda yang terletak 2.51km dari Lapangan Terbang Labuan merupakan hotel yang sesuai untuk pengunjung atas urusan perniagaan kerana perkhidmatannya dan lokasinya yang strategik di bandar Labuan.
Hotel ini menyediakan penginapan yang memuaskan untuk percutian keluarga. Hotel ini mudah dicari dari Lapangan Terbang Labuan kerana terletak hanya 2.47km.
Merupakan salah satu hotel pilihan utama di Labuan dan terletak hanya 2.1km dari Lapangan Terbang Labuan. Hotel ini merupakan hotel yang terdekat dengan masjid dan disukai oleh sama ada pelancong solo, atau yang ditemani oleh rakan dan keluarga.
Total Accommodation | 32 Properties |
Popular Area | Bandar Labuan, Batu Manikar Town |
Popular Hotel | Dorsett Grand Labuan, Tiara Labuan Hotel |
Popular Landmark | Lapangan Terbang Labuan, Terminal Feri Labuan |