Gunung Raya merupakan puncak yang tertinggi di Langkawi dengan ketinggian 881 meter. Ia terletak di bahagian tengah Pulau Langkawi dan mempunyai sebuah padang golf yang luas di kaki bukit. Gunung ini diliputi dengan hutan tebal yang mempunyai keindahan flora dan fauna. Hutan simpan ini menempatkan pelbagai hidupan liar seperti monyet, musang, beruk, tupai, helang bukit, helang laut dan burung enggang. Berdasarkan sejarah, penduduk tempatan mengatakan bahawa gunung ini berasal dari gergasi dikenali sebagai Mat Raya dahulunya tinggal di pulau ini yang telah disumpah menjadi bukit. Gunung ini sesuai untuk penggemar alam semula jadi dan merupakan sebuah destinasi terkenal untuk aktiviti trek hutan. Masa yang paling sesuai untuk menerokai Gunung Raya ini adalah pada bulan November dan Mac kerana cuacanya yang cerah dan panas.
Para pengunjung boleh menaiki kapal terbang ke Langkawi dengan penerbangan Tiger Air, Silk Air, Air Asia, Malaysia Airlines, Malindo Airlines dan Firefly. Penerbangan terus ke Langkawi boleh dinaiki dari Pulau Pinang, Singapura, Kuala Lumpur, Hat Yai dan Phuket. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi ke Gunung Raya yang mempunyai jarak 23 km.
Para pengunjung juga boleh menaiki feri ke Langkawi. Feri Langkawi ini dilengkapi dengan penghawa dingin beroperasi dari Kuala Perlis, Kuala Kedah, Pulau Pinang dan Satun. Tempahan tiket boleh dibuat secara atas talian dan tiket perlu dicetak sebelum menaiki feri. Terminal feri terletak di Jeti Kuah, berhampiran dengan Dataran Lang Langkawi. Dari jeti, anda boleh menaiki teksi atau menyewa kereta ke Gunung Raya yang akan mengambil masa perjalanan selama 44 minit.
Pantai Batu Hitam merupakan salah satu destinasi utama pelancongan di Langkawi yang terletak hanya 20 km dari Gunung Raya. Pantai ini terkenal kerana keunikan warna pasir pantainya. Anda boleh melihat pasir biasa yang bercampur dengan pasir bewarna hitam di sini. Terdapat sebuah jeti yang sesuai untuk aktiviti memancing dan juga menjadikannya sebagai latar belakang yang cantik untuk tujuan mengambil gambar. Anda boleh berkelah di sini dan mandi-manda di pantai atau sekadar berbaring sambil menikmati matahari panas dengan deruan ombak dan angin yang menyegarkan.
Sekiranya anda seorang penggemar alam semula jadi, Taman Geo Kilim merupakan tempat yang sesuai untuk anda lawati. Taman ini terkenal dengan hutan paya bakau, pantai yang cantik, kehidupan alam semula jadi dan bukit yang timbul dari Laut Andaman. Cara yang terbaik untuk menerokai kawasan terkawal ini ialah dengan menaiki bot melayari Sungai Kilim. Selain dari melayari sungai ini dengan ditemani jurupandu berpengalaman, para pengunjung juga akan dibawa melawat gua batu kapur dan kolam ikan terapung yang membolehkan anda memberi makanan kepada ikan-ikan yang terdapat di situ.
Pantai Tanjung Rhu merupakan sebuah pantai yang tersorok dan sunyi yang jauh dari orang ramai serta mempunyai pemandangan yang indah dengan air laut yang membiru berlatarbelakangkan sebuah pulau dihadapannya. Terletak tidak jauh dari Pantai Pasir Hitam, Tanjung Rhu merupakan salah satu pantai yang terbaik di Langkawi. Anda akan melalui pinggiran hutan yang tebal untuk tiba di pantai ini yang mempunyai air jernih dengan pasir pantai yang halus.
Taman Hidupan Liar Langkawi merupakan destinasi pelancongan yang sesuai untuk para pelancong berkunjung bersama keluarga yang menyayangi haiwan. Ia merupakan sebuah taman tropika yang mempunyai lebih dari 2,500 burung eksotik yang terdiri dari 150 jenis spesis seperti burung kenari, burung hantu, helang, toco toucan, enggang dan burung Flamingo. Taman ini juga mempunyai laluan berjalan kaki di dalam kawasan burung yang bebas berterbangan dengan air terjun buatan setinggi 15 meter, kedai bebas cukai dan sesi memberi makanan ke haiwan-haiwan yang ada. Anda juga boleh melihat keldai, rusa, burung helang dan burung Pelican secara dekat dengan pengawasan oleh petugas yang berpengalaman.
Panorama Langkawi Country Resort ialah sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang merupakan pilihan terbaik buat para pengunjung yang mencari penginapan murah dan selesa dengan perkhidmatan yang memuaskan. Hotel ini terletak bersebelahan dengan lapangan terbang dengan jarak hanya 8 km.
Motel G Langkawi merupakan sebuah motel bertaraf dua bintang yang terletak di Ulu Melaka. Jaraknya hanya 4.2 km dari Gunung Raya. Hotel ini mempunyai lokasi yang strategik, berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi yang hanya pada jarak 10.5 km.
Total Accommodation | 200 Properties |
Popular Hotel | Tanjung Rhu Resort, The St. Regis Langkawi |
Popular Landmark | Makam Mahsuri, Gunung Raya |