Lapangan Terbang Tawau (IATA: TWU, ICAO: WBKW) merupakan lapangan terbang kedua terbesar di Sabah dan terletak kira-kira 28 km ke utara timur Tawau, bandar ketiga terbesar di Sabah, negeri di bawah bayu. Lapangan terbang ini terletak di Balung, 33 km timur dari Pusat Bandar Tawau dan terletak di sepanjang jalan Tawau-Semporna. Di samping itu, lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang yang terdekat untuk ke pulau-pulau indah yang terkenal seperti Sipadan, Mabul dan juga Kapalai. Pulau-pulau ini amat terkenal di kalangan penggemar skuba kerana air yang jernih dan pantai yang mengagumkan Lapangan terbang ini terdiri daripada satu terminal yang mengendalikan penerbangan domestik (penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia) ke Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Terminal baru ini telah dibuka secara rasmi pada bulan Disember 2001 untuk menampung pertambahan jumlah penumpang yang mengunjungi ke taman laut dan taman semulajadi yang terletak berhampiran Tawau. Lapangan terbang yang minimalis ini menawarkan kemudahan yang agak terhad. Walau bagaimanapun, jika anda berada di lapangan terbang ini, anda boleh membeli makanan dan minuman ringan dari kedai-kedai yang ada. Terdapat juga kaunter pengurup wang di lapangan terbang jika anda perlu menukar kepada Ringgit Malaysia. Sila ambil perhatian bahawa pengurup wang ditutup agak awal dan ATM kadang-kala tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu, jika anda tiba lewat dan berniat untuk mengambil teksi atau bas, pastikan bahawa anda mempunyai matawang Ringgit Malaysia yang cukup untuk membayar tambang. Perkhidmatan peti simpanan barang boleh didapati di lapangan terbang ini. Caj simpanan mungkin berbeza mengikut saiz bagasi atau beg anda. Untuk kemudahan anda, tempat letak kereta juga disediakan di lapangan terbang ini. Antara tempat tarikan lain yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Tawau termasuk Pasar Tanjung, Pasar Ikan, Masjid Al-Kauthar dan Taman Negara Bukit Tawau (taman rekreasi terbaik untuk berkelah). Terletak sedikit lebih jauh dari Tawau adalah Maliau Basin dan Danum Valley, kedua-duanya terkenal dengan hutan simpan yang indah. Bagi pencinta makanan, Tawau juga terkenal dengan restoran makanan laut (yang paling popular adalah udang harimau yang besar). Jangan lupa untuk mencuba!
Syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia menawarkan penerbangan setiap hari dari Kuala Lumpur ke Tawau. Ia mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke lapangan terbang dari bandar Tawau dan kira-kira sejam dari bandar Semporna. Jika anda menuju ke bandar dari lapangan terbang, anda dikehendaki membeli kupon teksi dari kaunter teksi sebelum menuju luar bangunan terminal untuk mendapatkan teksi. Tambang teksi telah ditetapkan dan bergantung kepada destinasi anda. Antara pilihan yang lebih murah adalah untuk dengan menggunakan perkhidmatan bas awam dari atau ke Lapangan Terbang Tawau.
Taman negara ini adalah adalah habitat kepada pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan. Bunga orkid juga banyak terdapat di taman ini; yang paling menarik ialah Orkid Telinga Gajah. Pastikan anda turut melawati taman kawasan rendah yang berkeluasan 2 hektar yang merupakan habitat kepada himpunan flora yang mengagumkan. Taman ini juga merupakan tempat popular untuk keluarga dan rakan-rakan untuk berkelah dan juga kepada mereka yang sukakan cabaran, perkhemahan pada waktu malamcahaya bintang. Ramai yang melawat taman negara ini semasa cuti sekolah atau pada hujung minggu. Maka, untuk mengelakkan kesesakan, hari minggu adalah masa terbaik untuk melawat taman ini.
Terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Tawau, Sipadan Mangrove Resort adalah tempat percutian yang mengagumkan dan dikelilingi oleh ladang kelapa sawit, ladang ikan dan juga paya bakau dan terletak di atas sungai Kalumpang. Resort ini adalah tempat yang sempurna untuk mereka yang mehukan suasana yang sunyi dan aman. Resort ini adalah pintu masuk baru untuk ke Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Kapalai & pulau lain yang terletak di sekitar Laut Sulawesi. Resort ini juga menawarkan suatu pengalaman yang menarik dengan pelayaran sungai untuk melihat monyet proboscis dan lawatan ke ladang akuakultur mereka sendiri. Pada waktu malam, anda boleh berehat di bar di mana terdapat TV skrin besar, rata. Untuk kemudahan anda, resort boleh mengaturkan penghantaran ke lapangan terbang untuk anda.
Total Accommodation | 200 Properties |
Popular Landmark | Lapangan Terbang Tawau, Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau |