Kuala Lumpur atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan ibu negara dan bandar raya terbesar di Malaysia. Ia sebuah metropolitan terbesar dan diduduki oleh sekitar 7.2 juta orang. Ia juga merupakan bandar raya paling pesat kerana di sinilah kebanyakan syarikat besar dan pusat pelancongan tertumpu.
Kuala Lumpur sering menerima kehadiran pelancong daripada kedua-dua dalam dan luar negara. Antara tempat ikonik yang pengunjung sentiasa kagum apabila tiba di Kuala Lumpur adalah kemegahan Menara Kembar Kuala Lumpur dan Menara Kuala Lumpur, iaitu pencakar langit yang membentuk identiti Malaysia di mata dunia.
Kuala Lumpur mempunyai banyak hotel yang menarik untuk semua penjelajah, tapi berikut senarai yang sering menjadi tumpuan pelancong:
Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur merupakan hotel lima bintang yang terletak di
100, Jalan Putra, Medan Tuanku, Kuala Lumpur, Malaysia, 50350. Ia sebuah hotel mewah di bawah Sunway Group yang menawarkan pengalaman penginapan kelas pertama kepada tetamunya.
Hotel ini mempunyai banyak pilihan bilik untuk percutian bersendirian atau bersama kumpulan yang besar. Bilik yang ditawarkan termasuk Bilik Superior, Bilik Deluxe dan Bilik Family Suite yang bertindak untuk memenuhi keperluan setiap tetamu yang datang menginap di hotel ini. Penginapan di sini pada harga yang berpatutan, iaitu ia berada dalam lingkungan antara RM 270 hingga RM 620 untuk satu malam. Perbezaan harga ini bergantung kepada jenis bilik dan tempoh tempahan dilakukan.
Antara kemudahan yang tetamu boleh amati di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur adalah tapi tidak terhad kepada tempat letak kenderaan, restoran, pusat penukaran wang asing, lif, bar, hidangan pelbagai menu, perkhidmatan penyimpanan bagasi, perkhidmatan kesihatan, penyambut tetamu 24 jam, kawalan keselamatan 24 jam, kolam renang, bilik wap, kolam renang terbuka dan pusat kecergasan.
Komune Living merupakan hotel tiga bintang yang terletak di No. 20 Jalan Kerinchi Kiri 3, Bangsar South, Kuala Lumpur, Malaysia, 59200. Hotel ini berkonsepkan apartment yang boleh memenuhi keperluan untuk pelancong keluarga atau pelancong berkumpulan. Ia juga tersenarai sebagai pemenang Anugerah Hotel 2020 oleh Traveloka berdasarkan kepuasan pelanggan.
Senarai bilik yang disediakan di Komune Living ialah Biilik Thinker Studio, Bilik Dreamer Studio, Blik Thinker Studio Two, Bilik Dreamer One Plus, Bilik Thinker Two Type1-Triple dan Bilik Thinker Two Type 2-Quadruple. Penginapan di sini berada dalam lingkungan antara RM 100 hingga RM 260 untuk satu malam bergantung kepada jenis bilik yang dipilih dan tempoh tempahan itu dilakukan.
Kemudahan yang disediakan di hotel ini untuk semua tetamu adalah tempat perkhidmatan dobi, peti ais, peti keselamatan dalam bilik, tempat letak kenderaan, WiFi percuma, bilik permainan, pusat kecergasan, kolam renang, daftar masuk dan keluar ekspres, kawalan keselamatan 24 jam dan restoran. Kemudahan ini tidak terhad kepada yang disenaraikan sahaja dan terdapat banyak lagi keistimewaan yang ditawarkan kepada tetamunya.
Cititel Mid Valley Hotel merupakan hotel tiga bintang yang terletak di Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur, Malaysia, 59200. Hotel ini terletak bersebelahan dengan pusat beli-belah popular di Kuala Lumpur, iaitu Mid Valley Megamall. Ia antara pusat beli-belah terbesar di Kuala Lumpur.
Antara bilik yang ditawarkan di Cititel Mid Valley Hotel adalah Bilik Superior Twin dan Bilik Superior Double. Keseluruhan bilik berada di anggaran RM 300 hingga RM 350 untuk satu malam.
Cititel Mid Valley Hotel juga dilengkapi dengan kemudahan yang meliputi aspek kemudahan dan keselesaan kepada tetamu mereka, iaitu kedai kopi, perkhidmatan bilik 24 jam, penyambut tetamu 24 jam, kedai runcit, perkhidmatan ATM dan perbankan, pusat penukaran wang asing, peti keselamatan dalam bilik, kelengkapan untuk urusan perniagaan, WiFi percuma, spa dan sauna.
Platinum Suites KLCC Bukit Bintang berkonsepkan hotel apartment yang terletak di 1020, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur, Malaysia, 50250. Hotel ini berada di tengah-tengah pusat bandar dan menawarkan pemandangan jelas ke arah Menara Kuala Lumpur dan Menara Kembar Kuala Lumpur.
Platinum Suites KLCC Bukit Bintang mempunyai bilik penginapan yang terdiri daripada Bilik Economy Deluxe Apartment, Bilik Premier One Bedroom Apartment + 1 Suite, Bilik Deluxe Suite KLCC View, Bilik Grand Executive Two Bedroom Apartment KL Tower View, Bilik Grand Premium Two Bedroom Apartment, Bilik Junior Executive Two Bedroom Apartment, Bilik Grand Diamond Two Bedroom Apartment KLCC View, Bilik The Royal Family 2+1 Bedroom Apartment KL Tower View dan Bilik Three Bedroom Apartment. Setiap bilik berada dalam anggaran RM 900 hingga RM 1,900 untuk satu malam.
Kemudahan yang disediakan di hotel ini termasuk tapi tidak terhad kepada kelengkapan dapur, perkhidmatan dobi, salun rambut, kolam renang, peti ais, bilik keluarga, pengering baju, kawasan merokok, kawalan keselamatan 24 jam, perkhidmatan penyimpanan bagasi, lawatan, penyambut tetamu 24 jam, kemudahan untuk tetamu berkerusi roda, pusat kecergasan, WiFi percuma dan tempat letak kenderaan.
The Schuhe Kuala Lumpur merupakan hotel moden yang terletak di 51 Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur, Chinatown, Kuala Lumpur, Malaysia, 50100. Ia terletak di kawasan Bukit Bintang yang pasti akan memeriahkan malam anda jika anda suka menikmati suasana bandar.
The Schuhe Kuala Lumpur mempunyai variasi bilik yang meluas dengan anggaran harga antara RM 250 hingga RM 1,300 semalam. Pilihan bilik yang ditawarkan adalah Bilik The Schuhe Twin Window, Bilik The Schuhe Deluxe Twin, Bilik The Schuhe Family, Bilik The Schuhe Executive dan Bilik The Schuhe 3 Bedroom Suite.
Kemudahan yang disediakan turut akan memenuhi keperluan anda kerana ia menyediakan bankuet, peti keselamatan dalam bilik, kolam renang, bilik keluarga, kemudahan urusan perniagaan, auditorium, bar mini, perkhidmatan ATM dan perbankan, perkhidmatan dobi, perkhidmatan kereta sewa, WiFi di kawasan awam, kedai runcit dan perkhidmatan penyimpanan bagasi.
Dorsett Hartamas Kuala Lumpur merupakan hotel lima bintang yang terletak di D-G-08, Plaza Damas 3, No. 63, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur, Malaysia, 50480. Ia hotel yang mempunyai interior yang sangat elegan dan mempunyai pemandangan 360 darjah bandar Kuala Lumpur.
Bilik yang tersedia di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur termasuk Bilik Superior, Bilik Dorsett Bilik Deluxe Twin, Bilik Deluxe Suite, Bilik Bar - Superior, Bilik Bar - Dorsett, Bilik Dorsett Suite, Bilik Bar - Deluxe Suite, Bilik Executive Suite dan Bilik Bar - Executive. Anggaran harga untuk setiap bilik adalah RM 230 hingga RM 700 untuk satu malam.
Dorsett Hartamas Kuala Lumpur juga menyediakan pelbagai kemudahan hotel dan bilik yang memenuhi keperluan tetamunya. Kemudahan tersebut adalah bar mini, perkhidmatan penyimpanan bagasi, perkhidmatan dobi, kawalan keselamatan 24 jam, penyambut tetamu 24 jam, kolam renang, kawasan merokok, kemudahan urusan perniagaan, tempat letak kenderaan dan pusat kecergasan.
Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur merupakan hotel empat bintang yang terletak di 222, Jalan Ampang, Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia, 50450. Ia sebuah hotel yang telah memenangi Anugerah Hotel Traveloka 2020 berdasarkan kepuasan pengunjung. Hotel ini bukan sahaja terletak di lokasi yang strategik, iaitu berdekatan dengan tarikan-tarikan popular di Kuala Lumpur, malah ia sangat selesa dengan kemudahan yang lengkap.
Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur mempunyai pelbagai pilihan bilik yang sesuai untuk pelancong yang datang secara berkeluarga, berkumpulan ataupun secara bersendirian. Bilik yang tersedia untuk pilihan adalah Bilik Deluxe Twin, Bilik One Bedroom Deluxe Apartment, Bilik One Bedroom Deluxe Corner, Bilik One Bedroom Premier Apartment dan Bilik Family Apartment. Semua bilik yang disenaraikan berada dalam lingkungan harga RM 200 hingga RM 400 untuk satu malam.
Kemudahan yang tersedia untuk melengkapi pengalaman anda menginap di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur termasuk tapi tidak terhad kepada penyambut tetamu 24 jam, kawalan keselamatan 24 jam, restoran, perkhidmatan bilik 24 jam, kelengkapan dapur, peti keselamatan dalam bilik, WiFi di kawasan awam, perkhidmatan dobi, perkhidmatan penyimpanan bagasi, kolam renang, spa dan pusat kecergasan.
Kuala Lumpur merupakan bandar raya yang hidup tidak kira siang atau malam. Terdapat banyak aktiviti atau tarikan menarik yang berdekatan di sekitar Kuala Lumpur. Kepada mereka yang suka membeli-belah, tempat-tempat seperti Mid Valley Megamall, Berjaya Times Square, Central Market, Petaling Street dan Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan antara lokasi terbaik untuk membeli-belah.
Sekiranya mencari tempat untuk bersantai-santai, anda boleh ke Taman Titiwangsa atau Lake Garden di mana tempat yang sentiasa dikunjungi oleh penduduk tempatan untuk bersenam, berkelah atau bersantai bersama keluarga. Di malam hari, anda boleh memandu di sekitar bandar raya untuk melihat suasana bandar yang hidup dengan lampu warna-warni dan suasana kehidupan malam.
Merancang perjalanan kini bertambah mudah dengan Traveloka. Kini, Traveloka menawarkan sokongan untuk anda merancang perjalanan anda dengan cepat dan mudah. Melalui laman web atau aplikasi Traveloka, anda boleh mencari tiket penerbangan, menempah hotel penginapan dan membeli tiket-tiket kemasukan ke tarikan-tarikan utama di Kuala Lumpur.
Traveloka Lifestyle membolehkan anda melakukan semua ini dalam satu pesanan tanpa sebarang kesulitan. Inventori di Traveloka sangat meluas, oleh itu, anda tidak akan kekurangan pilihan bila mencari tiket penerbangan, hotel dan tarikan. Ia kemudahan yang dicipta untuk memenuhi keperluan penjelajahan anda.
Popular City | Kuala Lumpur, Bukit Bintang |
Popular Hotel | Hotel Imperial Bukit Bintang, Prime Hotel @ TRX Tower |
Popular Landmark | Bukit Bintang, Bus Terminal Bersepadu Selatan (TBS) |