Norway atau dikenali sebagai Kerajaan Norway dalam rekod rasmi adalah sebuah negara berdaulat yang bersatu yang terletak di bahagian Barat Laut Eropah, di mana wilayah utamanya terdiri dari bahagian barat dan utara Semenanjung Scandinavia, iaitu pulau terpencil Jan Mayen dan kepulauan Svalbard. Ia bersempadan dengan Sweden di garis timur yang panjang, Finland dan Rusia di bahagian utara serta menghadap Lautan Atlantik Utara dan Lautan Barents. Ia mempunyai keluasan tanah sebesar 385,252 meter persegi, dengan iklim yang berbeza, iaitu bahagian selatan dan barat terdedah sepenuhnya kepada ribut Atlantik, manakala timur pergunungan terdedah kepada hujan dan dataran rendah Oslo mempunyai musim panas yang paling hangat di antara semua kawasan di Norway.
Ibu negara Norway adalah Oslo. Ia merupakan sebuah daerah dan juga perbandaran, serta bandar dengan jumlah penduduk terbanyak di negara ini. Dibukakan sejak tahun 1040, bandar ini kemudian dimajukan sebagai tempat dagangan pada tahun 1048. Ia kemudiannya dinaik taraf pada 1070 dan dijadikan ibu negara di bawah Haakon V yang memerintah Norway sekitar 1300, dengan pengaruhnya yang berkurangan disebabkan oleh kesatuan dengan Denmark sejak tahun 1397. Oslo seterusnya dimusnahkan oleh kebakaran dan dibina semula sebagai Christiana sebagai menghormati Raja Christian IV yang memerintah bandar ini sebelum ia dinamakan semula sebagai Oslo pada tahun 1925.
Budaya di Norway adalah unik, kaya dan telah diwarisi sejak berkurun lamanya, dengan budaya ladang Norwegia yang terus bertahan hingga hari ini menjadi pengaruh besar dalam budaya kontemporari Norway. Budaya ini mempunyai akar yang mendalam daripada menyesuaikan diri dengan sumber alam yang terhad serta undang-undang hartanah purba. Ia juga tertumpu kepada mencapai identiti yang bebas dalam bidang sastera, seni dan muzik.
Tidak menghairankan bahawa bahasa rasmi Norway adalah bahasa Norway dan Sami. Bahasa ini mempunyai lebih daripada 95% penduduk yang bertutur dalam bahasa Norway sebagai bahasa pertama mereka. Bentuk bertulis bahasa Norway mempunyai dua versi, iaitu BokmĂĽl dan Nynorsk, dengan BokmĂĽl digunakan oleh 80% hingga 90% dari keseluruhan penduduk Norway. Selain itu, terdapat juga bahasa asli seperti bahasa Kven dan Romani, serta bahasa asing seperti Serbo-Croatian, Arab, Inggeris dan banyak lagi. Penguasaan bahasa Inggeris juga cukup tinggi dalam kalangan orang-orang Norway, membolehkan mereka mencapai tahap lima teratas dalam Indeks Kemahiran Bahasa Inggeris EF.
Masakan di Norway secara tradisinya berasaskan bahan-bahan yang terdapat di pergunungan dan hutan Norway. Kebanyakan masakan di sini berunsurkan burung kuari dan ikan. Proses globalisasi kemudiannya mempengaruhi masakan moden dan membawa kepada pelbagai hidangan seperti pasta, piza, taco dan pelbagai lagi makanan yang kerap dijumpai di Eropah Barat.
Tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Oslo akan menelan kos sekitar RM 3,000 hingga RM 3,700 setiap kepala yang bergantung kepada pilihan syarikat penerbangan dan tarikh perjalanan. Perjalanan ke Lapangan Terbang Oslo akan menjadi yang paling mudah kerana ia merupakan lapangan terbang terbesar di Norway, menjadi hab utama bagi Scandinavian Airlines dan Widerøe. Terdapat juga lapangan terbang lain seperti Sanderfjord, Moss dan Stavenger, tetapi mereka juga dihubungkan ke Oslo melalui penerbangan tempatan. Apabila anda tiba di Lapangan Terbang Oslo, ianya mudah untuk mendapatkan pengangkutan awam seperti perkhidmatan kereta api dan bas. Walaupun tidak merupakan sebahagian daripada Kesatuan Eropah secara rasmi, Norway masih merupakan ahli yang menandatangani Perjanjian Schengen, oleh itu sama seperti negara-negara Eropah yang lain, memasuki Norway melalui negara Kesatuan Europian dan negara anggota lain mungkin tidak memerlukan pemeriksaan kawalan sempadan.
Selain penerbangan, terdapat juga bas-bas yang masuk ke Norway dari Sweden, kebanyakannya dikendalikan oleh Nettbuss Bus4You dan SweBus serta Gothenburg dan Copenhagen. Terdapat juga barisan koc lain yang datang dari Denmark dan bas mini dari Poland. Perkhidmatan keretapi juga menghubungkan Oslo dari Stockholm dan Gothenburg,
Menavigasi di seluruh negara menggunakan pengangkutan awam boleh memakan masa yang lama kerana garis pantai yang menyulitkan perjalanan, maka cara terbaik untuk menikmati pemandangan di Norway adalah dengan memiliki pengangkutan sendiri atau menaiki penerbangan domestik. Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang kerajaan daripada menyediakan pengangkutan awam, malah keretapi dan bas masih diperlukan untuk mengakses kawasan dan taman negara tertentu.
Mengambil kira aspek landskap Norway, terdapat banyak cara untuk sampai ke negara ini melalui laut. Laluan kargo dikendalikan oleh DFDS dari Ghent di Belgium ke Brevik, manakala Color Line mengendalikan perkhidmatan feri harian dari Kiel di Jerman ke Oslo. Terdapat juga beberapa perkhidmatan feri dari pelbagai pelabuhan di Denmark serta Kepulauan England dan Faroe.
Sementara itu, perjalanan pergi dengan feri kereta juga penting di kawasan pesisir tertentu, namun bagi rantau yang mempunyai banyak fjord dan pulau, rangkaian kapal katamaran yang meluas akan disediakan antara bandar.
Terdapat perkhidmatan keretapi yang pergi ke Oslo, Trondheim dan wilayah Narvik dari Sweden, dikendalikan oleh Sweden Railways. Apabila anda masuk ke salah satu kawasan ini, kebanyakan perkhidmatan kereta api domestik dikendalikan oleh Norway State Railways ke seluruh negara dengan pengecualian untuk kekurangan laluan Utara-Selatan di Norway Barat antara Stavanger dan Trondheim, serta di Utara Norway, utara Bodø. Sekiranya anda ingin menggunakan kereta api untuk sebahagian besar perjalanan anda, membeli Norwegian Rail Pass adalah idea yang baik untuk mendapatkan tiket pada harga yang murah.
Terletak di Lingkaran Arktik, Lyngen Alps adalah salah satu banjaran pegunungan yang beralun sepanjang 90 kilometer ke arah Sweden, yang mempunyai ciri-ciri alpine yang terkenal di kalangan pemain ski ekstrem yang akan bermula dari puncak Jiekkevarre yang setinggi 1,833 meter. Walau bagaimanapun, ada juga kegiatan lain yang dapat dilakukan di sini yang kurang ekstrim seperti menaiki anjing luncur dan juga ârock climbingâ. Anda turut berpeluang untuk melihat fenomena âNorthern Lightsâ dari kawasan ini dan menikmati persembahan cahaya semula jadi yang memukau.
Sebagai ibu negara Norway, Oslo pasti banyak tempat menarik yang boleh ditawarkan kepada para pengunjung. Dari kepelbagaian muziumnya ke bangunan-bangunan lama, Oslo pasti bernilai untuk diteroka. Antara tempat-tempat yang sangat menarik termasuk Katedral Oslo yang merupakan gereja pertama yang dibina di Norway dan telah dikekalkan sejak abad ke-11.
Terdapat juga Istana Arkensi yang dibina semasa zaman pertengahan untuk melindungi Oslo dari serangan musuh dari luar. Sepanjang laluan sejarah, fungsinya telah berubah menjadi istana Renaissance dan juga penjara. Pada masa kini, ia digunakan oleh Kementerian Pertahanan Norway dan kawasan tertentu terbuka kepada orang ramai seperti bilik jamuan dan gereja yang dihiasi dengan sangat indah.
Muzium juga banyak di Oslo, kebanyakannya memberi penghormatan kepada warisan dan pahlawan Scandinavia mereka. Contohnya ialah Muzium Kon-Tiki yang menyimpan koleksi memorabilia dari Thor Heyerdahl, seorang penjelajah Norway yang terkenal, dengan bahagian yang berbeza yang memfokuskan pada penjelajahan yang berbeza yang dilakukan oleh Heyerdahl. Terdapat juga Muzium Kapal Viking yang merangkumi pelbagai artifak dari zaman Viking, termasuk perhiasan di kubur-kubur setempat serta kapal-kapal Viking yang dipulihkan, dengan pameran yang terkenal termasuklah Kapal Oseberg. Akhir sekali, terdapat Muzium Sejarah Budaya Norway yang menjejaki budaya negara Norway yang kaya sepanjang tahun 1500 hingga kini, dengan beberapa bahagian khusus tentang cerita rakyat dan seni Norway.
Ia tidaklah terlalu membesar-besarkan untuk mengatakan bahawa rantau Geirangerfjord adalah salah satu fjords terkenal di Norway, terutamanya kerana pandangan yang hebat yang ditawarkan oleh fjord ini. Tidak hairanlah bahawa Geirangerfjord dimasukkan dalam senarai Warisan Dunia UNESCO. Dengan jarak yang menjangkau beberapa batu jauhnya, terdapat beberapa tempat kemuncak yang menarik termasuk puncak Alesund di utara yang dikenali dengan pemandangan menghadap Norway yang sangat mempesona, Sunnylvsfjord yang turut menawarkan beberapa pemandangan yang menakjubkan di kawasan luar bandar dan puncak Dalsnibba setinggi 4,905 kaki yang pasti berbaloi untuk didaki
Terletak kurang dari lima kilometer jauhnya dari Lapangan Terbang Oslo, hotel bertaraf empat bintang ini begitu sempurna untuk penginapan antara penerbangan atau jika anda hanya ingin berehat untuk melegakan keletihan selepas perjalanan panjang ke Oslo. Susunannya rapi dengan unsur-unsur Scandinavian yang sangat baik yang boleh ditemukan di sekitar bilik dan hotel. Terdapat juga pakej kemudahan dan perkhidmatan yang cukup rapi yang akan membantu memberikan keselesaan yang akan anda hargai.
Hotel tiga dan setengah bintang ini terdapat di daerah More og Romsdal, yang sangat dekat dengan laut dan mempunyai beberapa pemandangan pinggir laut yang paling memukau serta seni bina bangunan hotel yang begitu berbeza dan menyerlah. Memandangkan jarak dekat dengan pusat bandar Molde, ia memudahkan para pelancong untuk meneroka bandar yang tenang ini.
Merupakan sebuah lagi hotel lain yang terletak di Oslo, hotel yang satu ini lebih kepada hotel bajet sambil memberikan pengalaman seumpama tinggal di Norway sendiri. Lokasinya adalah strategik dalam erti kata bahawa akses ke tempat-tempat pelancongan adalah dalam jarak berjalan kaki sahaja. Bangunan hotel adalah klasik dan vintaj dan ini dikekalkan walaupun di bahagian dalaman hotel. Bilik-biliknya adalah bersih dan luas, yang turut membolehkan pengunjung menikmati pemandangan bandar Oslo yang indah.
Total Accommodation | 20 Properties |
Popular Region | Oslo, Lindas |
Popular Hotel | THE THIEF, Hotel Continental |