Hotel Poland

Hotel di Poland

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Poland,
  1. Hotel
    /
  2. Poland
    (5606 Hotel)

Hotel popular di Poland

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Imej utama 1 PURO Łódź Centrum, Hotel Poland
Hotel
Lodz, powiat Łódzki Wschodni
Permainan kanak-kanak
Pakej lamaran romantik
Teres atas bumbung
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar

RM 426.04

Lihat Ketersediaan
Primary image 1 The Westin Warsaw, Hotel Poland
Hotel
Warszawa, Województwo Mazowieckie
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar

RM 599.10

Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Holiday Inn Resort Warszawa Józefów****, an IHG Hotel, Hotel Poland
Hotel
Jozefow, Powiat otwocki
Gelanggang tenis tertutup
Biliard
Bilik permainan
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar

RM 487.08

Lihat Ketersediaan
Exterior 1 Hotel Saski Krakow, Curio Collection by Hilton, Hotel Poland
Hotel
Krakow, Województwo Małopolskie
Pusat kecergasan
Bar
Harga sekitar

RM 940.62

Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Mercure Katowice Centrum, Hotel Poland
Hotel
Katowice, Województwo Śląskie
Spa
Bar
Harga sekitar

RM 405.94

Lihat Ketersediaan
Primary image 1 AC Hotel by Marriott Krakow, Hotel Poland
Hotel
Krakow, Województwo Małopolskie
Kelab kanak-kanak
Perpustakaan
Sauna
Kawasan berkelah
Spa
Bar
Harga sekitar

RM 559.77

Lihat Ketersediaan
メイン イメージ 1 NYX Hotel Warsaw by Leonardo Hotels, Hotel Poland
Hotel
Warszawa, Województwo Mazowieckie
Biliard
Bilik permainan
Bar
Harga sekitar

RM 548.21

Lihat Ketersediaan
メイン イメージ 1 Royal Tulip Warsaw Apartments, Hotel Poland
Apartmen
Warszawa, Województwo Mazowieckie
Kelab kesihatan
Sauna
Bar
Harga sekitar

RM 439.95

Lihat Ketersediaan
メイン イメージ 1 Metropolitan Apartments, Hotel Poland
Hotel
Krakow, Województwo Małopolskie
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar

RM 370.08

Lihat Ketersediaan
Exterior 1 ibis Styles Wroclaw Centrum, Hotel Poland
Hotel
Krzyki, Wrocław
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar

RM 363.17

Lihat Ketersediaan
メイン イメージ 1 Sheraton Grand Warsaw, Hotel Poland
Hotel
Warszawa, Województwo Mazowieckie
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Kelab kesihatan
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar

RM 668.61

Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Raffles Europejski Warsaw, Hotel Poland
Hotel
Warszawa, Województwo Mazowieckie
Pakej lamaran romantik
Kedai
Perpustakaan
Tab panas
Daftar keluar ekspres
Bar
Harga sekitar

RM 1,719.37

Lihat Ketersediaan
Exterior 1 Hilton Warsaw City, Hotel Poland
Hotel
Warszawa, Województwo Mazowieckie
Golf
Kawasan kanak-kanak bermain
Tenis
Harga sekitar

RM 597.18

Lihat Ketersediaan
メイン イメージ 1 Nobu Hotel Warsaw, Hotel Poland
Hotel
Warszawa, Województwo Mazowieckie
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar

RM 939.06

Lihat Ketersediaan
Exterior 1 Hilton Gdansk, Hotel Poland
Hotel
Gdansk, Województwo Pomorskie
Kasino
Golf
Tenis
Harga sekitar

RM 578.67

Lihat Ketersediaan
メイン イメージ 1 Aparthotel Basztowa, Hotel Poland
Rumah Tetamu
Krakow, Województwo Małopolskie
Harga sekitar

RM 272.34

Lihat Ketersediaan
メイン イメージ 1 Hotel Copernicus, Hotel Poland
Hotel
Krakow, Województwo Małopolskie
Pakej lamaran romantik
Teres atas bumbung
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar

RM 697.51

Lihat Ketersediaan
ภาพหลัก 1 Hotel Hp Park, Hotel Poland
Hotel
Poznan, Województwo Wielkopolskie
Kawasan berkelah
Bar
Harga sekitar

RM 335.98

Lihat Ketersediaan
Primary image 1 ibis Styles Warszawa City, Hotel Poland
Hotel
Warszawa, Województwo Mazowieckie
Kelab kanak-kanak
Bilik permainan
Daftar keluar ekspres
Bar
Harga sekitar

RM 399.59

Lihat Ketersediaan
メイン イメージ 1 Venetian House Market Square Aparthotel, Hotel Poland
Apartmen
Krakow, Województwo Małopolskie
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar

RM 374.48

Lihat Ketersediaan

Temui perkara yang Anda suka

Eksklusif untuk pengguna baharu—daftar hari ini!

Muat turun apl kami, daftar, dan nikmati diskaun 8%!

Discount up to RM 50

Valid for New Users Only
HELLOSGCAMY
Copy

8% off Hotels

Valid for first transaction in Traveloka app
JOMJALAN
Copy

8% off Attractions

Valid for first transaction in Traveloka app
JOMJALAN
Copy

10% off Car Rental

Valid for first transaction in Traveloka app
JOMJALAN
Copy

12% off Airport Transfer

Valid for first transaction in Traveloka app
JOMJALAN
Copy

Tentang Poland

Poland adalah sebuah negara yang terletak di Eropah Tengah. Negara ini bersempadan dengan negara Ukraine, Slovakia, Rusia, Lithuania, Jerman, Czech Republik dan Belarus.

Pada zaman dahulu, penguasa pertama bagi puak Slavia Barat, Duke Mieszko telah menganut agama Kristian dan dengan setelah acara pembaptisan, Poland secara automatik telah menjadi negara Kristian. Acara pembaptisan juga telah membawa negara ini menyertai komuniti negara-negara Barat. Oleh itu, dengan inilah Poland telah dicipta. Anak Mieszko telah menakluk beberapa wilayah dan dia telah berjaya menyebarkan agama Kristian kepada mereka yang tidak terkesan semasa pembaptisan bapanya. Dengan hasil usahanya, dia telah Berjaya menjadi raja pertama di Poland. Pada tahun 1025, Poland menjadi sebuah kerajaan. Tidak lama kemudian, kuasa diraja Mieszko menjadi semakin berkurangan. Setelah sekian lama, ratu Poland Jadwiga telah berkahwin dengan Grand Duke of Lithuania. Pada tahun 1385, kesatuan antara Poland dan Lithuania telah dibentuk dan Lithuania telah menerima agama Kristian. Ia adalah satu kesatuan yang sangat lama. Walaupun terdapat pergaduhan yang muncul dari Tentera Teutonik, kekuatan bersatu antara kedua negara ini telah berjaya memusnahkan tentera-tentera tersebut.

Pada abad ke-16, ketika ini adalah Zaman Emas Poland. Negara ini telah menjadi negara pertama yang mempunyai pelbagai kaum dan mereka menggunakan sistem politik monarki demokratik. Tambahan pula, mereka juga telah berkembang antara wilayah. Kesatuan Lublin telah ditandatangani untuk membentuk Komanwel Poland-Lithuania. Pada pertengahan abad ke-17, politik kesatuan antara dua negara menjadi lemah. Selain itu, mereka telah diserang oleh Sweden. Oleh itu, Komanwel telah mengalami masalah dalaman dan peperangan yang sangat dahsyat. Selain itu, Rusia, Kerajaan Prussia dan Sweden serta usaha mengejar kemerdekaan Cossack Ukraine, menyebabkan wilayah Komanwel dan kepentingan politik merosot secara beransuran.

Untuk membangunkan kembali negara Poland, mereka telah memilih seorang raja baru bernama Stanisław August Poniatowski dan mendapat sokongan besar dari Catherine the Great of Russia pada tahun 1764. Semasa pemerintahannya, Poland memiliki raja baru yang berpendidikan tinggi dan mereka menyedari kerapuhan negara itu. Walau bagaimanapun, sepanjang proses pembaharuan tidak mencukupi untuk membawa Poland kembali seperti sebelum ini. Pemerintah dari Rusia, Prusia dan Austria berjaya menakluki Poland dan wilayah negara tersebut terpaksa dibahagikan. Setelah wilayah itu telah berjaya dibahagikan, Komanwel secara automatik ditamatkan. Tambahan pula, negara Poland telah hilang dari peta Eropah dan sehingga pada tahun 1918, Poland masih tidak dapat mencapai kemerdekaan. Bagi mencapai kemerdekaan, mereka telah membentuk sebuah tentera untuk bertarung dengan Napoleons tetapi tidak berjaya dan organisasi-organisasi Poland cuba menyertai Spring of Nation tetapi sekali lagi ia tidak berjaya. Mereka juga menghadapi pertempuran lain semasa Januari Uprising pada tahun 1863 hingga pada tahun 1864. Walau bagaimanapun, Poland masih menerima pencapaian hebat dalam bidang seni dan sains pada ketika itu.

Semasa pecahnya Perang Dunia I, ini adalah peluang bagi Poland untuk mendapatkan kembali kemerdekaan mereka. Seramai 2 juta tentera Poland dan disokong oleh tentera Triple Entente yang telah bertempur ketika itu. Pada masa yang sama, Poland telah memohon pengesahan persekutuan Perancis-Rusia-British untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Akhirnya, Poland telah berjaya mendapatkan kemerdekaan dan negara itu telah berada semula di peta Eropah pada 11 November 1918. Sejerus itu, Republik Poland Kedua telah ditubuhkan.

Pada 1 September 1939, Poland telah diserang oleh Nazi Jerman ketika Perang Dunia II bermula. Negara ini juga telah diserang oleh Kesatuan Soviet. Poland sekali lagi dipisahkan antara kuasa barat dan timur. Selepas Perang Dunia II berakhir, Poland telah diperintah oleh Kesatuan Soviet dan negeri satelit Soviet telah ditubuhkan dengan komunis-komunis Poland. Kesan daripada diperintah oleh Kesatuan Soviet, Poland tidak mempunyai kepelbagaian kaum di negara mereka. Pada tahun 1989, pilihan raya pertama Republik Poland Ketiga telah diadakan. Setelah pilihan raya sudah berakhir, negara komunis Poland telah beralih kepada sebuah negara yang menggunakan sistem ekonomi demokrasi parlimen kapitalis dan liberal. Pada tahun 1999, Poland telah menjadi ahli NATO. Beberapa tahun kemudian, mereka telah menyertai Kesatuan Eropah.

Ibu kota bagi Poland ialah Warsaw. Pada zaman dahulu, Warsaw adalah sebuah perkampungan nelayan kecil yang terletak di pinggir sungai yang dipanggil sebagai Warszowa. Pada tahun 1569, Warsaw menjadi sebuah wilayah yang mempunyai kuasa besar. Kemudian, Cracow telah dipindahkan ke Warsaw oleh King Zygmunt III Waza. Kuasa Warsaw masih kuat apabila kuasa bagi wilayah Poland yang lain telah menurun. Warsaw telah menjadi ibu negara Poland pada akhir Perang Dunia I. Walau bagaimanapun, mereka telah mengalami kemiskinan semasa Perang Dunia II. Pada akhir perang tersebut, majoriti penduduk di wilayah tersebut telah dibunuh dan ada orang yang melarikan diri. Selepas itu, ibu kota tersebut telah diperintah oleh komunis Poland. Pada tahun 1991, Warsaw telah berjaya sekali lagi menjadi ibu kota kepada negara Poland. Warsaw mempunyai keluasan sebesar 517 kilometer persegi dan populasi mereka adalah lebih dari 1.7 juta orang pada tahun 2015 dan dijangka akan menjadi lebih ramai penduduk di Poland pada tahun 2018.

Bahasa utama Poland adalah bahasa Poland. Ia adalah kerana majoriti penduduk di Poland bertutur bahasa Poland. Selain itu, terdapat bahasa lain seperti bahasa Lekhitik, Czech, Slovak serta Upper dan Lower Sorbian. Mereka juga mempunyai beberapa dialek seperti Great Polish yang dituturkan oleh orang utara, Little Polish yang dituturkan oleh orang tenggara, Mazovian dan Silesia. Bagi agama, majoriti orang di Poland mengamalkan Roman Katolik dengan 87.2 peratus. Berikutnya ialah Ortodoks dengan 1.3 peratus, Protestan dengan 0.4 peratus, lain-lain seperti Buddha, Yahudi, Islam dengan 0.4 peratus dan “masih tidak ditentukan lagi” dengan 10.8 peratus.

Poland mempunyai musim sejuk iaitu sangat sejuk dan musim panas iaitu sederhana panas. Dari bulan Disember hingga Februari, mereka akan mempunyai musim sejuk dan di kawasan utara-barat adalah yang paling sejuk dengan suhunya -4 Celsius. Pada musim bunga, cuaca masih sejuk dan suhu tertinggi boleh mencapai 20 Celsius sahaja. Poland akan mengalami musim panas pada bulan Jun hingga Ogos. Dalam tempoh masa ini, akan ada hari yang cerah walaupun sepanjang masanya akan menjadi musim hujan. Kemudian, cuaca akan sederhana panas dan sejuk ketika musim luruh.

Kebanyakan hidangan Poland telah dipengaruhi oleh masakan Eropah Tengah iaitu masakan dari negara Slovak, Czech, Jerman, Austria, Yahudi, Perancis dan Itali. Hidangan paling terkenal dan paling disukai oleh penduduk Poland ialah Bigos. Ia juga merupakan salah satu hidangan tradisional di negara Poland. Antara bahan bagi hidangan ini ialah sauerkraut yang dicincang, kubis segar, daging dan sosej, cendawan kering, rempah-ratus, bawang dan prun. Hidangan seterusnya ialah Pierogi. Ia adalah dumpling Poland yang dibuat daripada kulit adunan yang nipis. Bagi intinya, Orang Poland akan memasukkan daging, cendawan dan sauerkraut, buah-buahan, soba, kentang rebus dengan bawang goreng. Hidangan ini selalunya akan disajikan semasa Krismas. Bagi pencuci mulut, para pelancong boleh mencuba biskut croissant tradisional mereka. Croissant diperbuat daripada pastri dan jem untuk intinya.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menaiki Kapal Terbang

Sekiranya para pelancong menaiki pesawat dari Malaysia, mereka akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor. Terdapat beberapa penerbangan dari Malaysia yang ada ke Poland. Harga tiket untuk seorang adalah dari RM 3,000 hingga RM 6,000. Walau bagaimanapun, harga tiket akan menjadi lebih mahal pada cuti umum dan musim perayaan. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Warsaw Chopin akan mengambil masa selama 15 jam dan 35 minit. Sebaik sahaja mereka mendarat di Lapangan Terbang Warsaw Chopin, para pelancong boleh mengambil teksi atau menyewa kereta untuk ke tempat penginapan mereka.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Muzium Kebangkitan Warsaw

Bagi mereka yang minat dengan sejarah dunia, mereka boleh melawat beberapa muzium di Warsaw. Salah satu muzium terbaik di Poland ialah Muzium Kebangkitan Warsaw. Muzium ini telah dibuka pada tahun 2004. Dengan melawati tempat ini, pelancong dapat mengetahui kehidupan Poland semasa pemerintahan Nazi. Terdapat juga pengeboman, mesin senapang yang dipamerkan di muzium ini. Selain itu, terdapat juga filem yang mengandungi pertempuran mereka, boneka Soviet dan tempat peringatan orang-orang terdahulu. Para pelancong boleh melihat sebuah filem yang mengambil masa 2 tahun untuk membuatnya dengan menggunakan beberapa gambar lama dan dengan teknologi baru untuk mengeluarkan semula gambar Warsaw yang rosak pada tahun 1945. Selain daripada Muzium Kebangkitan Warsaw, para pelancong juga boleh membuat lawatan ke muzium lain seperti Muzium Polin Sejarah Yahudi Poland, Muzium Negara di Warsaw dan Muzium Fryderyk Chopin.

Gunung Tatra

Poland juga dikenali dengan mempunyai pemandangan kawasan pedalaman yang indah. Jika pelancong minat dengan aktiviti luar, maka Gunung Tatra adalah destinasi yang tepat untuk dikunjungi. Gunung Tatra terletak di sepanjang sempadan antara Poland dan Slovakia. Pada setiap tahun, terdapat ramai pelancong yang datang ke gunung Poland ini. Gunung ini terdiri daripada tiga bahagian yang berbeza iaitu Tatra Tinggi, Tatra Barat dan Tatra Bielski. Tarikan utama bagi bahagian Tatra Tinggi adalah tasik kristalnya. Bagi bahagian Tatra Barat pula, ia lebih kepada hidupan liar. Para pelancong dapat berpeluang untuk melihat pemandangan yang menakjubkan dari Tasik Morskie Oko dan Tasik Czarny. Selain itu, para pelancong juga boleh melakukan aktiviti luaran seperti berbasikal, mendaki serta bermain luncur ski di Gunung Tatra.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

Warsaw Hostel Centrum

Warsaw Hostel Centrum tempat yang bagus bagi backpackers dan para pelancong yang datang secara berkumpulan. Hostel ini juga merupakan pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin mendapatkan penginapan dengan harga yang berpatutan. Selain itu, sekitar hostel ini sangat baik dan tenang. Hostel ini dihiasi dengan hebat sekali. Ini kerana di dinding mereka dihiasi dengan bangunan Warsaw dan orang Poland. Selain itu, mereka juga telah menawarkan pelbagai jenis bilik kepada tetamu mereka. Para tetamu boleh memilih bilik yang mereka selesa. Mereka juga boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik mereka dan juga di kawasan awam. Selain itu, bilik-bilik di hostel ini sentiasa bersih dan dijaga rapi. Selain itu, terdapat pengangkutan awam untuk para pelancong meneroka kawasan bandar Warsaw.

City Comfort

City Comfort terletak hanya 20 minit sahaja dari Lapangan Terbang Warsaw Chopin. Hotel pangsapuri ini merupakan sebuah penginapan bertaraf tinggi di bandar Warsaw. Bagi mereka yang ingin tinggal di Poland untuk jangka masa yang lama, City Comfort adalah penginapan yang ideal. Setiap bilik di hotel ini telah dilengkapi dengan kemudahan hebat seperti peti sejuk, televisyen skrin rata air botol percuma, meja, cerek elektrik, bilik mandi peribadi dengan air pancuran dan peralatan mandian. Selain itu, hotel ini juga telah menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada tetamu mereka. Terdapat juga sebuah restoran untuk para tetamu makan sarapan pagi dan mereka boleh menikmati kopi di sebuah kafe di hotel ini. Para tetamu juga boleh menikmati makanan ringan dan minuman di bar. Lokasi hotel ini juga bagus kerana ia berdekatan dengan tempat- tempat bersejarah dan ia sangat mudah bagi para pelancong untuk mengunjungi ke tempat-tempat berikut.

Hotel Klimek SPA

Terletaknya di sekitar Gunung Jaworzyna Krynicka, Hotel Klimek SPA telah menawarkan penginapan kelas bertaraf tinggi di Muszyna. Terdapat beberapa kemudahan dan perkhidmatan untuk keselesaan dan kemudahan para tetamu yang disediakan oleh hotel ini. Bilik-biliknya dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang mewah. Selain itu, bilik-biliknya juga sentiasa bersih dan dijaga rapi. Para tetamu boleh mengambil peluang untuk berehat di pusat spa. Hotel ini juga telah menyediakan gimnasium, biliard dan gelanggang tenis untuk para tetamu. Bagi kanak-kanak pula, mereka boleh menikmati kolam kanak-kanak dan gelongsor air. Selain daripada itu, restoran di hotel ini telah menawarkan hidangan yang istimewa untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Para pelancong juga boleh melawat beberapa tempat yang menarik berhampiran hotel ini.

Baca lagi

Facts about hotel in Poland

Total Accommodation
20 Properties
Popular Region
Warszawa, Krakow
Popular Hotel
The Westin Warsaw, Royal Tulip Warsaw Apartments

Soalan Lazim

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Poland?
Buat masa ini, terdapat sekitar 20 hotel yang boleh anda tempah di Poland

Ulasan Tetamu dari Hotel di Poland

7.3
Menyenangkan
132 ulasan dari hotel di Poland dengan purata penarafan 7.3/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Poland akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Ibrahim H.
Ini adalah profil peribadi.
5.0
/ 10
2 Mar 2024
Tatamka Hostel
Very awful experience. Staff so racist, they dont clean room every day.
yosep r. d.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
16 Oct 2021
Warsaw Hostel Centrum
Hotel sejuk, bersih, murah, teh kopi 24 jam percuma, sesuai untuk musim sejuk.

Mengapa menempah penginapan di Traveloka?

Sedia untuk Anda dalam 24/7
Live chat, e-mel atau panggilan telefon, Khidmat Pelanggan kami boleh Anda percayai dengan satu klik sahaja.
Banyak pilihan fleksibiliti
Rancang & sesuaikan perjalanan Anda tanpa kerumitan dengan Pembatalan Percuma, Bayar di Hotel, dan banyak lagi.
Pelbagai cara pembayaran yang selamat sesuai pilihan Anda
Pilih cara pembayaran yang Anda mahukan dari pelbagai pilihan pembayaran global yang tersedia.

Kami ada pilihan lebih, tak hanya hotel

Terokai pelbagai penginapan menyesuaikan kebutuhan Anda
Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved