Ipoh adalah salah satu tempat terbaik untuk menginap ketika anda bercuti di Malaysia. Ia adalah ibu negeri Perak. Ipoh terletak di bahagian utara Malaysia menjadikan Pulau Pinang sebagai jirannya. Ipoh mempunyai banyak ciri menarik dan unik. Satu, kerana bangunannya. Ia terkenal dengan senibina zaman kolonial British. Selain itu, terdapat banyak restoran dan kafe yang menarik dan terkenal yang pastinya berbaloi buat anda yang datang. Ipoh adalah tempat yang strategik, di mana ia tidak jauh dari Kuala Lumpur dan George Town, menjadikan ia tidak sesibuk Kuala Lumpur dan George Town tetapi tetap menarik seakan dua bandar ini.
Adakah anda sedang mencari penginapan apartmen di Ipoh? Bagi pengunjung yang inginkan ruang yang luas, selesa serta mempunyai privasi, penginapan jenis apartmen adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Dilengkapi dengan bilik tidur yang selesa serta dilengkapi perabot, dapur yang dilengkapi dengan peti sejuk dan peralatan memasak serta ruang tamu yang luas dan selesa amat sesuai untuk anda bersantai dengan selesa sambil menikmati percutian anda.
Terdapat banyak jenis apartmen yang boleh dipilih di Ipoh, bergantung kepada keperluan anda. Terdapat apartmen untuk keluarga. Khusus buat mereka yang datang membawa keluarga besar atau datang dengan rakan dan kenalan. Anda boleh menempah Merton Residence Ipoh atau Kinta Riverfront Suites Grayish in Style, di mana ianya terletak berdekatan banyak tarikan pelancong. Anda juga boleh memilih apartmen yang dilengkapi dengan dapur, sesuai untuk mereka yang ingin memasak sendiri. Untuk itu, anda boleh menempah, Le Maison GuestHouse Ipoh atau Avengers @ Jia Majestic Ipoh J6 (B-17-6). Ia pasti akan menjadi saat yang tidak dapat dilupakan apabila anda meluangkan masa dengan orang yang anda sayangi melalui aktiviti kecil seperti memasak.
Jika anda seorang peminat seni dan fotografi, terdapat dua tempat menarik yang harus anda lawati. Yang pertama ialah Concubine Lane. Di sini anda akan melihat banyak gerai makanan, pasar mini, kafe dan tentu saja pemandangan yang menakjubkan. Ia akan membuat anda berasa seperti anda berada dalam tahun 90-an. Ia merupakan sebuah pengalaman yang penuh dengan nilai estetika yang menenangkan dan tentunya gambar-gambar di sini bernilai untuk berada di Instagram anda. Tempat kedua adalah bandar Ipoh sendiri. Di seluruh bandar, terdapat mural yang dilukis bertaburan di dinding-dinding kedai dan dihasilkan oleh Ernest Zacharevic yang terkenal. Artis yang sama yang melukis banyak seni jalanan di Pulau Pinang.
Ipoh dikenali dengan makanannya. Terdapat banyak restoran dan kafe tempatan yang menarik perhatian rakyat dari seluruh Malaysia. Berikut adalah beberapa cadangan mengenai apa yang perlu anda cuba semasa di Ipoh. Pertama, Ipoh terkenal dengan kopinya, jadi pastikan anda mencari Nam Heong. Ia adalah kedai kopi kecil yang menyajikan ‘ Ipoh White Coffee’ yang terkenal. Kedua, Nasi ayam Ipoh dan Gai Si Hor Fun atau Mee dan Ayam yang dicincang. Ini boleh didapati di Lou Wong, Ong Kee, dan Cowan Street.
Bagi mereka yang mencari tempat untuk menikmati dan menceriakan hari anda, The Lost World of Tambun adalah tempat terbaik. Ini adalah tempat yang sempurna untuk anda menghabiskan hari anda dengan keluarga dan rakan-rakan, menikmati pelbagai tunggangan atau mata air panas semulajadi.
Cara terbaik untuk ke Ipoh adalah dengan kapal terbang. Lapangan terbang terdekat ialah Sultan Azlan Shah yang terletak sekitar 4 kilometer di luar bandar Ipoh. Dari lapangan terbang, terdapat banyak cara yang anda boleh guna untuk ke bandar, kebiasaannya orang ramai akan menggunakan GRAB atau teksi. Sekiranya anda menggunakan kereta, sila ikuti Lebuh raya Utara -Selatan / E1 dari Kuala Lumpur. Ia mungkin mengambil masa kira-kira 2 jam atau kurang bergantung pada keadaan traffik. Selain daripada kedua-dua ini, anda juga boleh menggunakan kereta api, stesen keretapi Ipoh terletak berdekatan bandar. Orang sering menggunakan Perkhidmatan Keretapi Elektronik atau ETS yang akan menelan belanja sekitar RM 20 - RM30.
Total Accommodation | 93 Properties |
Popular Area | Tambun, Meru |
Popular Hotel | The Horizon Ipoh By Iconique Espace, Sunway Onsen Suites @ Lost World of Tambun by Ryokan Management |