Ayer Keroh terletak di Melaka, iaitu negeri yang terkenal dengan kisah-kisah menarik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ayer Keroh ditakrif sebagai antara tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara. Tarikan utama termasuk Taman Botanik Melaka, Sanktuari Rama-Rama & Reptilia serta Taman Budaya ASEAN. Selain tarikan menarik, anda boleh temui pelbagai hotel di Ayer Keroh yang tidak kurang hebatnya.
Ayer Keroh terletak di luar bandar dari ibu negeri Bandaraya Melaka dalam sekitar 15 kilometer timur dari bandar. Walau bagaimanapun ia adalah salah satu tarikan utama di negeri Johor kerana ia mempunyai pondok tol kemasukan utama di Lebuhraya Utara Selatan.
Penduduk di sini berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Penduduk di kawasan ini terdiri dari pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Oleh itu, Bahasa ini digunakan oleh semua bangsa. Bahasa lain yang banyak digunakan adalah bahasa Inggeris. Kedua-dua bahasa ini membantu penduduk dari berlainan latar belakang untuk berkomunikasi.
Pengunjung yang memandu dari Kuala Lumpur boleh mengambil Lebuhraya Utara – Selatan dan menghala ke Melaka. Ia hanya 132 kilometer dari ibu negeri. Masa memandu akan mengambil lebih kurang dalam satu jam dan tiga puluh minit. Susur keluar menghala ke Ayer Keroh adalah pada susur keluar 231.
Tiada bas dari Terminal Bersepadu Selatan dari Kuala Lumpur ke Ayer Keroh. Oleh itu pengunjung harus mengambil bas ke Bandaraya Melaka dahulu kemudian mengambil bas antara bandar Melaka untuk ke Ayer Keroh. Nama bas itu adalah Panorama Melaka. Terdapat bas untuk ke Ayer Keroh setiap 1 jam. Masa perjalanan pula adalah lebih kurang 1 jam dan 30 minit.
Baru-baru ini Perkhidmatan Kereta Api Elektrik telah dibina menghala ke Selatan. Ia telah memasukkan Ayer Keroh sebagai salah satu stesen. Oleh itu sekarang pengunjung boleh mengambil ETS ini untuk ke Ayer Keroh dalam masa kurang dari 1 jam.
Ini adalah zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ia mempunyai safari di waktu malam yang membenarkan pengunjung untuk melihat kehidupan sebenar binatang yang aktif di waktu malam. Tambahan lagi, ia adalah agak murah dengan harga tiket kurang dari RM 30 untuk kedua-dua warga negara dan juga pengunjung asing.
Ini adalah taman yang memaparkan pelbagai jenis rumah tradisional yang ada di Malaysia. Kepelbagaian rumah ini adalah dari rumah di Perlis hingga ke Sabah. Rumah-rumah ini juga dibina mengikut saiz sebenar rumah itu di negeri masing-masing.
Hotel ini diiktirafkan dengan 5 bintang kerana semua tetamu mereka mendapat layanan yang sangat bagus semasa menetap di hotel ini. Mereka memastikan setiap tetamu mereka mendapat bilik yang besar dan bersih.Tambahan lagi hotel ini juga terletak berdekatan dengan Zoo Melaka dengan hanya 1.6 kilometer jauh sementara Kuil Cheng Hoong Teng pula adalah 9.21 kilometer jauh dari hotel. Hotel ini juga boleh menyediakan makanan tempatan di kafe tersendiri mereka. Hotel ini juga menawarkan Wi-Fi dan perkhidmatan penyembut tetamu 24 jam, Kolam renang juga tersedia pada mereka yang mahu berenang ketika menetap di hotel ini.
Hotel ini terletak betul-betul di bandar Ayer Keroh. Ia juga adalah sangat dekat dengan Zoo Melaka dan juga Kuil Cheng Hoong Teng. Hotel ini menawarkan tetamu mereka masa untuk dibelai di tempat penginapan yang mewah. Ia mempunyai kesemua kemudahan yang boleh memudahkan perjumpaan bisnes selain mempunyai kemudahan yang sudah semestinya membuat penginapan di sini sangat berbalai.
Resort ini terletak dengan strategik dengan kemudahan awam oleh itu ia adalah amat mudah untuk dicari. Resort ini sesuai untuk pengembara solo atau mereka yang membawa keluarga mereka bersama. Ia jauh dari kesibukan bandar oleh itu tetamu di sini akan mendapat masa yang tenang sewaktu mereka tinggal di sini.
Hotel ini menawarkan perkhidmatan hebat selain keselesaan yang bagus di setiap bilik mereka. Mereka juga boleh menyediakan keinginan kulinari tetamu mereka kerana mereka mempunyai kafe tersendiri di hotel. Mereka juga mempunyai penyambut tetamu 24 jam sentiasa tersedia untuk membantu tetamu mereka.
Hotel ini adalah kurang dari 1 kilometer dari Zoo Melaka. Mereka menawarkan perkhidmatan hebat pada harga yang berpatutan. Mereka juga mempunyai Wifi untuk memudahkan tetamu mereka berkomunikasi dengan orang tersayang.
Total Accommodation | 14 Properties |
Popular Hotel | Ames Hotel, Mudzaffar Hotel |
Popular Landmark | Zoo Melaka, Mydin MITC Ayer Keroh |