Gelang Patah ialah sebuah bandar di negeri Johor Bahru, Malaysia. Asal usul nama bandar ini berasal dari kisah dimana sebuah permaisuri datang ke kawasan ini dalam sebuah bot dan gelangnya jatuh ke dalam laut. Dikatakan tangisannya begitu kuat hinggakan obor – obor terdengar dan mengembalikan gelangnya yang jatuh. Namun apabila permaisuri itu mahu ambil gelangnya, ia patah. Permaisuri itu kemudiannya menamakan tempat itu Gelang Patah.
Gelang Patah terkenal kerana hidangan yang dinamakan otak otak Gelang Patah. Tambahan pula ia juga mula dikenali kerana adanya jambatan menghubungkan Malaysia – Singapura.
Salah satu lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Changi di Singapura. Ia adalah 43.8 kilomter dari Gelang Patah. Pengunjung dari serata dunia boleh mendarat disini kerana ia adalah lapangan terbang antarabangsa. Kemudian mereka boleh mengambil bus dan menuju ke Terminal Bas Gelang Patah.
Pengunjung boleh menggunakan Lebuhraya Utara – Selatan dan mengambil susur keluar 253 Utara Senai. Pengunjung juga boleh menggunakan Jalan Raya Pontian – Johor Bahru yang kemudiannya akan berhubung dengan Lebuhraya Pasir Gudang 17. Susur keluar ke Gelang Patah akan kelihatan apabila Lebuhraya semakin hampir dengan destinasi.
Gelang Patah adalah satu tempat dengan pelbagai jenis makanan lazat. Antaranya adalah ‘otak – otak’. ‘Otak – otak’ ini adalah satu hidangan yang terdiri daripada isi ikan hancur yang dicampur dengan rempah ratus yang banyak. Ia kemudiannya dibakar diatas daun pisang hingga garing. Gelang Patah terkenal dengan hidangan ini dan ramai yang telah datang kesini untuk merasa hidangan ini. Selain itu, Gelang Patah juga terkenal dengan makanan laut yang banyak disini. Orang dari Singapura juga telah kesini untuk menikmati makanan laut yang dijual disini.
Sejak Gelang Patah mempunyai jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Singapura, ia bukanlah satu idea yang buruk untuk membawa pasport dan memandu ke negara jiran. Jambatan ini hanya 44 kilometer panjang. Oleh itu, sesiapan pun boleh ke Singapura diwaktu pagi dan kembali pada lewat petang. Inilah sebabnya penduduk Singapura juga sering ke Gelang Patah untuk menikmati makanan tempatan disini.
Hotel ini terletak dalam bandar Gelang Patah. Ia mempunya kemudahan awam disekelilingnya membuatkan lokasinya amat strategic. Ia amat dekat dengan Legoland dengan jarak 3.69 kilometer dan Sanrio Hello Kitty town pula dengan jarak 6.93 kilometer. Walaupun, berdekatan dengan tarikan pelancong hotel ini masih berpatutan dan mempunya pelbagai kemudahan selesa dan perkhidmatan yang bagus.
Sedikit jauh dari tarikan tetapi ia masih dalam jarak pemanduan ke Legoland dengan jarak 6.19 kilometer dan 9.37 kilometer untuk ke Sanrio Hello Kitty Town. Hotel ini adalah salah satu pilihan utama pengunjung. Pekerjanya juga adalah sangat berpengatahuan dan mampu memberi petunjuk pada pengunjung yang mahu ke tempat yang ingin mereka lawati.
Leisure Family Guesthouse adalah satu penginapan yang sangat berpatutan di Gelang patah. Ia mempunya kolam mandi awam yang boleh digunakan oleh mereka yang menetapi disitu. Ia juga mempunyai Wifi untuk pengunjung yang mahu kekal berhubung dengan orang tersayang.
Tempat ini sesuai untuk mereka yang mengembara dengan jumlah ahli yang ramai. R & R Nusantara Muslim Homestay mempunyai beberapa bilik. Seisi keluarga kemudiannya boleh menuju ke Legoland yang hanya 6.43 kilometer jauh dan Sanrio Hello Kitty Town yang hanya 9.62 kilometer jauh.
Hotel ini mempunyai banyak maklum balas yang positif yang memuji keselesaannya walaupun harga yang agak murah. Ia mempunyai penyambut tetamu 24 jam yang boleh membantu pengunjung setiap masa. Selain itu, ia juga menawarkan Wifi pada pengunjung yang mahu kekal berhubung dengan orang tersayang.
Total Accommodation | 228 Properties |
Popular Hotel | Forest City Marina Hotel , Forest City Golf Hotel |
Popular Landmark | Forest City Golf Club, Masjid Pelabuhan Tanjung Pelepas |