Johor Bahru sebelum ini dikenali sebagai Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri merupakan ibu negeri Johor di mana ianya terletak hanya menyeberangi tambak dari Singapura. Johor Bahru telah ditemui pada tahun 1855 sebagai Iskandar Puteri sewaktu Kesultanan Johor di bawah pengaruh Temenggong Daeng Ibrahim. Johor Bahru mempunyai penduduk seramai 497,097, manakala kawasan metropolitannya mempunyai jumlah penduduk seramai 1,638,219 dan Johor Bahru merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia.
Johor Bahru merupakan salah satu bandar di Malaysia yang membangun dengan pesat selepas Kuala Lumpur. Johor Bahru juga adalah pusat perdagangan utama di Negeri Johor dan terletak di pembangunan segi tiga yang terdiri dari negara Indonesia-Malaysia-Singapura. Masyarakat Melayu tempatan di sini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa harian mereka manakala masyarakat Cina menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pertuturan harian mereka. Kebanyakan masyarakat India di sini adalah berbahasa Tamil. Bahasa Inggeris turut dituturkan di Johor Bahru walaupun dikalangan warga tua yang kebanyakan mereka pernah bersekolah aliran Inggeris di sepanjang zaman pemerintahan British.
Johor Bahru boleh dihubungi dari Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak dan negeri-negeri lain di semenanjung. Lapangan terbang yang berhampiran Johor Bahru ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang terletak pada jarak 30 minit pemanduan dari Johor Bahru. Pengunjung boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo Air dan Firefly untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki bas, teksi, kereta Uber atau kereta Grab untuk sampai ke Johor Bahru. Selain itu Causeway Link menyediakan perkhidmatan bas ulang alik dari lapangan terbang ke JB Sentral.
Anda boleh memandu untuk sampai ke Johor Bahru di mana jaraknya ialah 330km atau 4 jam memandu dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara Selatan. Sekiranya anda memandu dari arah Singapura anda boleh menggunakan Tambak Johor atau Jambatan kedua yang menghubungkan Singapura dan Johor serta negeri-negeri lain di seluruh semenanjung.
Anda boleh menaiki keretapi ETS dari Stesen Kuala Lumpur Sentral untuk sampai ke Johor Bahru.Keretapi ETS akan berhenti di Stesen Gemas dan dari stesen ini anda hendaklah menaiki keretapi KTM untuk ke JB Sentral. Anda boleh membeli tiket bergabung di mana ianya hanya mengambil masa 10 minit di stesen Gemas untuk menanti keretapi yang seterusnya. Sekiranya anda dari Singapura anda boleh menaiki keretapi KTM di stesen Woodlands untuk ke JB Sentral.
Anda boleh sampai ke Tanjung Belungkor yang berhampiran Desaru, Johor dengan menaiki feri dari Terminal Changi Singapura.Selain itu perkhidmatan feri lain terdapat juga dari Batam dan Tanjung Pinang di Indonesia menuju ke Terminal Antarabangsa Johor Bahru.
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar terletak di Jalan Skudai yang berdekatan dengan Muzium Sultan Abu Bakar (Istana Besar). Senibina masjid tersebut terdiri dari dua rekacipta yang berbeza iaitu dengan gaya Victoria dan Moorish serta sedikit pengaruh dari gaya Melayu. Bagi bukan penganut Islam anda boleh mengunjungi masjid ini. Walau bagaimanapun anda hendaklah memakai pakaian yang baik dan sopan sebagai tanda penghormatan untuk memasuki masjid.
Bangunan Sultan Ibrahim merupakan salah satu bangunan sejarah di Johor Bahru yang anda tidak boleh ketinggalan untuk melawatinya. Lokasinya terletak di Bukit Timbalan yang merupakan bangunan tertinggi di Johor bahru pada tahun 1970 sebelum pembangunan bangunan tinggi yang lain. Rekabentuknya adalah hasil campuran barat dan timur. Sehingga ke hari ini bangunan ini masih menjadi salah satu tarikan pelancongan di Johor kerana keunikan reka bentuknya.
Muzium ini yang dahulunya adalah Istana Besar atau Istama Utama yang merupakan kediaman rasmi Sultan Abu Bakar yang dikenali sebagai bapa pemodenan Johor. Muzium ini dibina pada tahun 1886 yang menghadap Selat Johor dan dikelilingi oleh taman landskap yang luas. Muzium ini menampilkan koleksi harta karun yang jarang ditemui serta artifak sejarah milik Keluarga Diraja Johor.
Sepanjang anda berada di Johor Bahru anda boleh mengunjungi Danga Bay. Danga Bay merupakan kawasan pembangunan tepi pantai yang utama di Malaysia. Ianya terletak sepanjang Pantai yang terkenal iaitu Pantai Lido dan berdekatan dengan Bukit Serene iaitu kediaman rasmi Sultan Johor. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang berlatarbelakangkan mewah dan elegan serta terdapat juga kedai-kedai dan restoran mewah. Danga Bay merupakan kawasan rekreasi yang terbesar di Johor Bahru yang mempunyai pelbagai aktiviti yang bersesuaian untuk pelbagai peringkat umur terutamanya kanak-kanak kerana terdapat pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan mereka.
Anda boleh meluangkan masa dan menikmati keseronokan membeli belah di Johor Bahru City Square sepanjang berada di Johor Bahru. Johor Bahru City Square terletak di tengah pusat bandar Johor Bahru dan berdekatan dengan pintu masuk kastam dan imigresen dan sebagai mercu tanda utama bandar Johor Bahru. Selepas beberapa jam membeli belah anda bolehlah beristirehat dengan menikmati makanan dan minuman di beberapa restoran dan kafe ataupun anda boleh berurut kaki dan merehatkan badan dan minda di salun.
KSL Hotel & Resort merupakan hotel yang terletak di Pusat Bandar Johor Bahru yang didirikan bergabung dengan Pusat Membe Belah KSL di Taman Century. Hotel yang bertaraf 4 bintang ini meyediakan kemudahan yang dan perkhidmatan yang sangat baik serta penginapan yang selesa. Kepada pengunjung yang datang bersama anak mereka boleh meluangkan masa di Taman Tema Air Dinasor secara percuma yang terdapat di hotel ini. Dengan kedudukan lokasi hotel yang mudah dan selesa dengan pelbagai kemudahan, hotel ini menyediakan laluan mudah untuk ke destinasi-destinasi menarik yang terdapat di sekitarnya.
Menginap di Thistle hotel Johor Bahru merupakan pemilihan yang sangat baik sekiranya anda mengunjungi Johor Bahru. Hotel ini amat mudah ditemui kerana lokasinya yang terletak berdekatan dengan kemudahan-kemudahan awam yang terletak di Pusat Bandar Johor Bahru. Sebagai hotel yang bertaraf 5 bintang, hotel ini menyediakan kemudahan dan perkhidmatan khas dan eksklusif termasuklah kemudahan Wi-Fi di bilik dan di kawasan awam, kolam renang,restoran dan bar. Hotel ini berada pada jarak hanya 5km dari Danga Bay dan 30km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura.
Total Accommodation | 189 Properties |
Popular Hotel | Grand Paragon Hotel Johor Bahru, Amari Johor Bahru |
Popular Landmark | City Square, Komtar JBCC |