Kinarut adalah sebuah bandar yang terletak di negeri Sabah, Malaysia. Kinarut terletak kira-kira 20 kilometer di selatan ibu negara, Kota Kinabalu, dan stesen keretapi Kinarut adalah salah satu perhentian bagi perkhidmatan Keretapi Negeri Sabah. Kinarut berada di bawah pentadbiran daerah Papar. Beberapa teori wujud mengenai asal-usul nama 'Kinarut'. Satu teori menyatakan nama tersebut merujuk kepada sebuah jalan di bandar yang dahulu dikenali sebagai Jalan China. Teori lain adalah bahawa ia berasal dari perkataan Dusun “Kinorot” yang bermaksud 'pemotongan menggunakan pisau'. Dalam Bahasa Dusun Borneo Utara Tindal “Kinorot” bermakna membuat sesuatu perkara dengan serius. Sebagai contoh, anda perlu meletakkan atau mengikat tali di sekitar sesuatu, sebagai contohnya pada pokok, lebih daripada sekali atau sekurang-kurangnya sepuluh kali. Ini bermakna anda membuat sesuatu itu dengan serius dan anda mempunyai niat untuk membiarkannya terikat secara kekal atau simpulan tidak mudah dilonggarkan. Sebagai contoh lain, apabila anda mengikat satu hujung tali, dengan kerbau liar yang besar di ujung yang lain, pada pokok, anda perlu menggunakan kaedah 'Kinorut' ini supaya tali anda tidak akan longgar dari pokok itu dan kerbau tersebut tidak hilang atau terlepas. Masyarakat Dusun akan membawa kerbau ke tamu untuk dijual, mereka akan mengikat satu hujung tali kerbau di atas pokok dan menggunakan kaedah 'Kinorut' ini.
Kinarut juga dihuni oleh masyarakat Dusun-Kadazan. Kinarut pada mulanya dimiliki oleh Kesultanan Brunei. Di akhir abad ke-17, apabila Sultan Abdul Hakkul Mubin terpaksa berundur dari Pulau Chermin semasa Perang Saudara Brunei, beliau membina pangkalan di Kinarut di lokasi strategik yang dilindungi oleh dua sungai. Beliau kekal di sana selama sepuluh tahun sebagai Sultan Kinarut, dan menyebabkan insiden-insiden rompakan lanun di sekitar laut menurun dengan ketara. Dengan bantuan dari orang Bajau dan Dusun tempatan, beliau berjaya mengatasi beberapa serangan dari Sultan Muhyiddin.
Jika anda menggunakan laluan udara, lapangan terbang terdekat adalah Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu terletak kira-kira 15 minit dari Kinarut, bergantung kepada keadaan lalu lintas. Terdapat perkhidmatan bas awam, teksi bermeter dan juga Uber disediakan untuk penumpang yang hendak pergi dan balik ke Terminal 1 dan Terminal 2.
Kinarut terkenal kerana pasar mingguannya atau lebih dikenali sebagai tamu yang merupakan sebuah pasar terbuka. Peniaga yang berniaga di tamu ini adalah terdiri daripada penduduk asli Kinarut. Tamu ini juga terletak berhampiran dengan Pulau Dinawan, Pusat Hidupan Liar Lok Kawi dan juga Runtuhan Kinarut Mansion. Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan dan bahan mentah yang segar dan juga pelbagai lagi di tamu ini.
Terletak di bandar kecil yang tenang di Kampung Kinarut Laut, resort pantai ini menawarkan tempat percutian yang damai untuk seisi keluarga, pengunjung berpasangan ataupun pengunjung perseorangan. Langkah Syabas Beach Resort terletak hanya 25 minit dari Kota Kota Kinabalu, yang juga merupakan Ibu Negeri Sabah dan 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang baru. Langkah Syabas Beach Resort adalah sebuah resort di tepi pantai, yang menyediakan 25 unit penginapan jenis chalet di daerah Kinarut Laut. H Resort ini telah beroperasi selama 18 tahun dan telah menerima ramai pelawat dari seluruh dunia, khususnya dari Australia, United Kingdom, Belanda serta pelancong domestik dari Malaysia dan Brunei. Para tetamu yang datang ke Langkah Syabas Beach Resort akan menikmati ketenangan semulajadi yang damai yang disediakan resort ini.
Seaside Travelers Inn adalah sebuah penginapan yang dikendalikan oleh sebuah keluarga yang terletak di negeri Sabah Borneo Malaysia. Penginapan ini berada di kawasan yang damai 20 km dari bandar Kota Kinabalu, 18 km dari terminal lapangan terbang 2 dan 12 km dari terminal 1. Seaside Travelers Inn menyediakan bilik-bilik lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan tetamu.
Total Accommodation | 202 Properties |
Popular Hotel | Langkah Syabas Beach Resort, Seaside Travellers Inn |