Rantau Abang adalah sebuah kampung kecil di Terengganu, Malaysia dan terletak 22km di utara Kuala Dungun dan 80km di selatan Kuala Terengganu. Bandar ini dikenali dengan keindahan pantai berpasir dengan keindahan pantai timur di Semenanjung Malaysia. Beberapa tarikan menarik di sini ialah Pantai Rantau Abang, Pantai Teluk Bidara dan Hutan Lipur Rantau Abang. Juga lihat hotel di Rantau Abang yang terbaik di sini.
Rantau Abang merupakan sebuah kampung kecil di Terengganu, Malaysia, yang dahulunya terkenal sebagai tempat penyu bertelur. Rantau Abang terletak 22km di utara Kuala Dungun dan 80 km di selatan Kuala Terengganu, yang mempunyai pantai yang panjang dengan pasirnya yang cantik di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ianya dahulu merupakan pantai yang terkenal dan kerap dikunjungi pelancong untuk menikmati keindahan pantai dan untuk melihat penyu bertelur diantara bulan Mei dan Ogos. Musim bertelur bermula dari Bulan Mei ke Ogos, bulan kemuncaknya adalah pada Jun dan Julai, dan pada ketika itu, Rantau Abang akan dipenuhi dengan pelancong yang datang dari pelbagai tempat. Walaubagaimanapun, bilangan penyu yang naik bertelur ke Rantau Abang semakin berkurangan dari tahun ke tahun disebabkan oleh kerana pencemaran dan gangguan pelancong terhadap ekologi penyu tersebut. Namun begitu, pantai ini masih selamat untuk berenang dan masih digunakan sebagai tempat aktiviti pelancongan untuk para pelancong.
Untuk perjalanan yang selamat dan selesa ke Rantau Abang, anda boleh menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Anda boleh menaiki Malaysia Airlines atau Air Asia ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi atau bas untuk ke Rantau Abang.
Dari Kuala Lumpur, anda boleh melalui Lebuhraya Karak menuju ke Kuantan yang akan mengambil masa perjalanan lebih kurang 3 jam. Setibanya di Kuantan, anda boleh mengambil jalan pantai 3 dan menuju ke Dungun dan terus ke Kuala Terengganu. Sekiranya anda memandu dari Johor Bahru atau Singapura, anda boleh mengambil Lebuh Raya Utara Selatan ke Yong Peng. Kemudian melalui lebuhraya 1 ke Labis dan Segamat. Pandu terus ke Kuantan dengan mengambil jalan pantai 3 untuk ke Rantau Abang.
Terdapat banyak bas yang boleh anda naiki untuk ke Kuala Terengganu. Walaubagaimanapun, kebanyakkan bas tidak berhenti di Rantau Abang. Anda perlu memaklumkan kepada pemandu untuk berhenti di Bandar Rantau Abang.
Anda boleh berkunjung ke Pantai Rantau Abang untuk menyaksikan keindahan pemandangan pantai. Seperti destinasi lain yang terkenal di Terengganu, Rantau Abang mempunyai keunikannya yang tersendiri untuk menarik perhatian para pelancong. Keunikan lokasinya ialah menjadi tempat penyu bertelur. Bukan sekadar menjadi sebagai tempat untuk mempelajari tentang habitat penyu dan keindahan alam, ianya juga telah berjaya menarik ramai pelancong dari luar Negara dan telah menjadikan Rantau Abang salah satu destinasi yang menjadi sebutan di kalangan para pelancong.
Sekiranya anda ingin mencari keindahan alam, Hutan Lipur Rantau Abang merupakan destinasi yang paling sesuai untuk dikunjungi. Hutan Rekreasi ini terletak di Hutan Simpan Jambu Bongkok, Daerah Marang, 65km dari Bandar Kuala Terengganu. Ianya adalah sejenis Hutan Pamah Tamah Bris. Hutan jenis ini menyimpan banyak spesis Balau Pasir. Hutan ini sangat unik kerana ianya terletak berhampiran dengan pantai Rantau Abang yang menjadi pilihan tempat penyu bertelur. Terdapat kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pusat informasi dan laluan pejalan kaki. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi manda, berkelah, berkhemah, trek hutan dan jogging. Pengunjung juga boleh melihat hidupan liar di kawasan ini melalui laluan hutan di kawasan taman yang terdapat di sini. Pengunjung boleh memandu kenderaan sendiri atau menaiki pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Dungun untuk ke sini.
Sekiranya anda ingin mencari tempat yang sesuai untuk beristirehat atau berkelah dengan berlatar belakangkan pemandangan yang indah, bersih dan tidak ramai orang, Pantai Teluk Bidara merupakan tempat yang sesuai untuk dilawati sekiranya anda berada di Rantau Abang. Ianya merupakan pantai yang sunyi dan tenang dengan mempunyai laluan berbatu yang selari dengan persiran pantai menuju je rumah api yang mempunyai kawasan taman dan gua. Guanya sangat cantik dan bagus untuk di terokai. Pantai Teluk Bidara terletak berhampiran dengan Kuala Dungun. Sama seperti pusat peranginan pantai lain di Terengganu, Pantai Teluk Bidara mempunyai kemudahan awam seperti tandas, bilik menukar pakaian serta gerai menjual makanan untuk kegunaan para pengunjung.
Anda boleh mempelajari mengenai kepelbagaian spesis penyu di Rumah Perlindungan Penyu Rantau Abang yang terletak di seberang pantai dan anda boleh melihat penyu menetas. Sekiranya anda bernasib baik, anda berpeluang untuk melepaskan anak penyu ke laut.
Jangan lupa untuk singgah di Restoran Makanan Laut Wee untuk menikmati makanan laut segar semasa berada di Rantau Abang. Ianya merupakan restoran yang terletak di tepi jalan menuju ke Rantau Abang dan lokasinya sangat mudah untuk dilihat dan harganya juga adalah berpatutan.
Ulek Beach Resort merupakan resort bertaraf 3 bintang terletak di Kuala Dungun. Resort ini terletak di lokasi strategik di mana jaraknya ke Rantau Abang hanyalah 15.87 km sahaja dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Kerteh (KTE) iaitu 20.25 km dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (TGG) iaitu 82.49 km. Hotel ini merupakan penginapan yang sesuai buat para pengunjung yang inginkan kedamaian dan ketenangan yang jauh dari orang ramai.
Bidara Bay Guest House merupakan pilihan yang bijak sekiranya anda ingin bermalam di Rantau Abang. Penginapan bertaraf 2 bintang ini mempunyai lokasi yang sangat bagus dengan jaraknya ke Rantau Abang cuma 8.39km sahaja. Kepada pengunjung yang mencari penginapan bajet yang selesa, Rumah Rehat Teluk Bidara adalah pilihan tepat yang menyediakan kemudahan yang selesa serta perkhidmatan yang baik.
Total Accommodation | 36 Properties |
Popular Landmark | Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Kampung Rantau Abang |