Pulau Tenggol merupakan sebuah pulau di kawasan perairan Terengganu, Malaysia. Pulau ini asal nya tidak dihuni, namun sekarang telah mempunyai hotel. Orang bot keturunan Vietnam ramai yang terperangkap di pulau ini ketika zaman Perang Vietnam. Pulau Tenggol adalah antara pulau yang tercantik di pantai timur Malaysia dan terkenal dengan perairannya yang cantik di Laut Cina Selatan. Kebanyakkan pengunjung ke Tenggol untuk aktiviti selaman scuba dan terdapat 20 tapak scuba disekitar pulau tersebut. Untuk mereka yang tidak menyelam, aktiviti snorkel ada disediakan di pulau tersebut.Di Pulau Tenggol, penyelam boleh menikmati keindahan terumbu karang dan batu batu yang membentuk hidupan terumbu karang yang cantik. Tenggol dan perairan sekitarnya mempunyai banyak hidupan laut antaranya seperti ikan yu, ikan pari, siput laut dan pelbagai jenis terumbu karang. Ikan yu paus boleh dilihat pada bulan Ogos dan Oktober setiap tahun di perairan Tenggol. Pulau Tenggol ditutup kepada pengunjung semasa musim tengkujuh iaitu dari bulan Oktober sehingga Febuari. Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi di Tenggol namun Bahasa Inggeris turut difahami dan dipertuturkan.
Terdapat pernerbangan harian oleh Malaysia Airlines dan Air Asia dari KLIA ke Kuala Terengganu. Dari sini anda boleh menaiki bas awam atau teksi ke Kuala Dungun sebuah bandar kecil di tepi pantai dan perjalanan mengambil masa selama sejam. Bayaran menaiki bas awam adalah murah manakala teksi akan dikenakan tambang sebanyak RM60. Selain itu, anda boleh menaiki penerbangan Firefly dari Lapangan Terbang Subang yang berhampiran dengan Kuala Lumpur berbanding KLIA yang mendarat di Kerteh. Dari Kerteh anda boleh menaiki teksi ke Kuala Dungun dan perjalanan mengambil masa selama 20 minit. Pilihan ini akan menjimatkan masa perjalanan anda sekiranya anda dari Kuala Lumpur.
Dari Jeti Kuala Dungun anda boleh menaiki bot ke Pulau Tenggol. Jaraknya adalah 25km dari tanah besar dan memakan masa selama 50 minit perjalanan menaiki bot ke pulau.
Anda boleh menaiki bas berhawa dingin dari Singapura, Kuala Lumpur, Terengganu dan berhenti di Kuala Dungun untuk ke Pulau Tenggol. Dari situ, anda boleh menaiki teksi atau berjalan ke jeti yang terletak dalam linkungan 500 meter ke 1 km dari perhentian bas. Anda boleh menaiki bot dari jeti tersebut untuk terus menuju ke pulau.
Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil Lebuhraya Karak ke Lebuhraya Pantai Timur dan keluar di Dungun. Perjalanan akan mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Terdapat dua pilihan sekiranya anda dari Singapura. Jalan pertama ialah melalui Kota Tinggi ke Kuala Dungun. Laluan kedua ialah melalui Lebuhraya Ayer Hitam terus ke Kuala Dungun. Dari situ anda boleh menaiki teksi atau berjalan kaki ke jeti. Anda boleh menaiki bot terus ke pulau dari situ.
Pantai Teluk Air Tawar terletak di bahagian barat Pulau Tenggol. Semua penumpang bot berlepas dari Kuala Dungun akan turun di pantai ini. Di bahagian utara Teluk Air Tawar terdapat kawasan yang sesuai untuk berkelah dan mandi manda kerana tiada batu tajam dan terumbu karang dikawasan ini. Kawasan pantai ini terletak dihadapan Resort Tenggol Aqua dan dilengkapi dengan banyak kerusi pantai menghadap ke lautan biru yang cantik. Lokasi Teluk Air Tawar yang menghadap ke Barat menjadikan ianya destinasi yang cantik untuk melihat matahari terbenam di waktu petang. Kehidupan malam di Teluk Air Tawar boleh dikategorikan sebagai mati dan sangat tenang, berbeza dengan Pantai Panjang di Pulau Perhentian atau Pasir Panjang di Pulau Redang.
Tokong Timur, yang bermaksud Gunung Dasar Laut Timur adalah berlawanan daripada tapak scuba yang terletak di Bahagian Selatan Pulau Tenggol. Laluan ke tapak scuba adalah menggunakan bot laju yang mengambil masa perjalanan selama 15 minit. Tokong Timur ialah sebuah kawasan bukit yang terbentuk dari dasar laut yang menjadi tapak transit migrasi bagi burung dan helang.
Tanjung Api terletak di antara dua tapak skuba iaitu Coral Garden dan Sri Nakhoda. Penyelam perlu memastikan mereka berada pada kedalaman 20-25 meter dan Pulau perlu sentiasa berada di sebelah kiri penyelam untuk mengelakkan mereka daripada dibawa arus ke lautan lepas. Jarak penglihatan amat terhad pada kedalaman 5-10 meter. Masa untuk tiba di dasar laut mengambil masa selama 40-45 minit.
Ulek Beach Resort yang bertaraf 3 bintang ini menghadap ke Laut Cina Selatan. Resort ini terletak disebelah Kelab Golf Dungun. Ianya mengambil masa 15 minit pemanduan dari Hutan Simpan Bauk dan 30 minit dengan menaiki bot dari Pulau Tenggol.
Tanjung Jara Resort yang bertaraf 4 bintang terletak di Kuala Dungun. Resort ini terletak 15 minit pemanduan dari Kelab Golf Desa, Dungun. Tanjung Jara Resort terletak di kawasan yang strategik kerana berhampiran dengan Lapangan Terbang Kerteh (KTE) iaitu pada jarak 30.56km dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (TGG) iaitu pada jarak 72.64km. Resort ini merupakan salah satu resort yang mendapat maklum balas terbaik di Dungun. Kebanyakan pengunjung berpuas hati dengan resort ini berbanding dengan resort lain di kawasan ini.
Total Accommodation | 36 Properties |