Papar adalah sebuah bandar yang terletak di Bahagian Pantai Barat, Sabah, Malaysia. Papar terletak kira-kira 38 kilometer ke selatan ibu negeri, Kota Kinabalu. Ia terletak di sepanjang lebuh raya persekutuan yang utama yang menghubungkan selatan Sabah ke Kota Kinabalu, dengan stesen keretapi Papar menjadi salah satu stesyen perhentian utama bagi Keretapi Negeri Sabah. Kawasan Papar terdiri daripada kawasan pantai yang berkedudukan rendah yang berlanjutan sehingga pedalaman ke arah Banjaran Crocker. Kawasan tanah rendah itu telah digunakan secara tradisional untuk penanaman padi. Walaupun Kota Kinabalu yang hanya terletak kira-kira 30 minit dari Papar telah perkembangan pesat, daerah ini masih didominasi oleh sawah padi, yang sebahagian besarnya diusahakan oleh penduduk asli, dan kebun buah-buahan, yang kebanyakan diusahakan oleh golongan minoriti, iaitu masyarakat Cina.
Nama 'Papar' berasal daripada perkataan Brunei yang bermaksud 'tanah rata atau terbuka'. Seperti kebanyakan kawasan di pantai barat Sabah, ia pada asalnya diperintah oleh Kesultanan Brunei. Pemimpin tempatan pertamanya ialah Datu Amir Bahar, berketurunan Bajau. Ia kemudiannya diserahkan kepada Overbeck dan Dent bersaudara pada tahun 1877. Pegawai British pertama untuk berkhidmat di Papar adalah H.L. Leicester, yang mengambil alih jawatan pada Februari 1878 bertujuan untuk meningkatkan pendapatan Papar ini. Beliau telah digantikan oleh Alfred Hart Everett selepas gagal untuk meningkatkan prospek ekonomi Papar ini. Bagi mereka yang sukakan alam semula jadi dan pengembaraan, Papar menawarkan destinasi menarik seperti Adventure Park KK, Pulau Dinawan dan Pusat Rekreaksi Kawang.
Jika anda menggunakan perjalanan melalui udara, lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (IATA: BKI, ICAO: WBKK) yang merupakan sebuah lapangan terbang antarabangsa, yang terletak di bandar Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. Lapangan terbang tersebut terletak di Kota Kinabalu, kira-kira 40 minit dari Papar.
Papar terletak kira-kira 40 minit pemanduan melalui perjalanan sejauh 30 kilometer dari Jalan Putatan dan Jalan Pengalat Lok Kawi dari bandar Kota Kinabalu, menuju ke arah Papar. Alternatif yang lebih murah, anda juga boleh menyewa kereta ke Papar. Perjalanan yang menakjubkan akan mengambil kira-kira 45 hingga 60 minit, bergantung kepada lalu lintas. Dalam kawasan bandar, bas awam boleh didapati dengan tambang harga yang berpatutan, bergantung kepada jenis bas dan destinasi. Teksi bermeter boleh didapati dengan mudah pada harga yang berpatutan. Anda juga boleh menyewa kereta untuk melawat sekitar kawasan Papar.
Pengunjung boleh menggunakan kereta api di Stesen Kereta Api Tanjung Aru untuk sampai ke Stesen Kereta Api Papar. Dari hari Isnin hingga Sabtu, kereta api dijadualkan berlepas pada 7.45 pagi dan pada hari Ahad, pelepasan kereta api dijadualkan pada pukul 7.45 pagi dan 1.35 pagi. Tambang kereta api bagi setiap orang adalah RM 1.85 setiap jalan.
Tamu (Pasar Ahad), merupakan pasar terbuka yang di buka pada setiap hari Ahad. Pelbagai barangan kegunaan harian, makanan, barangan basah dan produk tempatan dijual oleh penduduk tempatan. Tamu ini menawarkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan, kraftangan Sabah yang unik, sayur-sayuran segar, ikan, dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang untuk melawat Tamu ini bagi menikmati pelbagai citarasa tempatan!
Beringgis Beach Resort & Spa yang terletak di tengah-tengah bandar Papar merupakan satu-satunya hotel bertaraf 4 bintang di Papar. Hotel ini menawarkan bilik-bilik tamu termasuk bilik standard, bilik deluxe dan juga suite, semuanya dilengkapi dengan akses Wi-Fi. Mereka yang suka akan aktiviti rekreasi pasti akan kagum dengan kemudahan hotel, termasuk pusat kecergasan, yang terdiri daripada gim, sauna, bilik wap, jakuzi, gelanggang tenis dan skuasy, dan kolam renang luaran. Hanya kira-kira beberapa kilometer di kawasan bandar Papar, hotel mewah ini terletak secara strategik dan hanya beberapa minit dari Tamu (Pasar Ahad), yang menawarkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan, kraftangan Sabah yang unik, sayur-sayuran segar, ikan, dan banyak lagi.
Popular Hotel | Beringgis Beach Resort & Spa |