Bayan Lepas adalah sebuah daerah di bahagian tenggara Pulau Pinang. Nama Bayan Lepas bermaksud burung yang telah terbang jauh. Populasi penduduk di Bayan Lepas mencecah seramai 141,000 orang penduduk. Bayan Lepas merupakan sebuah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang bersama-sama Glugor. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang adalaah terletak di Bayan Lepas. Bayan Lepas menjadi hub perindustrian Pulau Pinang, menjadi Zon Bebas Perindustrian, di mana kilang-kilang kepunyaan syarikat antarabangsa turut terletak di sini. Bayan Lepas sekarang memperoleh pembangunan yang pesat di Pulau Pinang. Terdapat banyak kondominium baru serta tapak perumahan baru turut berada dalam pembinaan di kawasan ini. Jalan utama melalui Bayan Lepas ialah Jalan Bayan Lepas, yang dahulu dikenali sebagai Jalan Utama. Ia adalah sebahagian daripada Laluan Persekutuan 6. Pada pertengahan tahun 1970, perbandaran baru Bayan Baru telah diwujudkan, dan sejak itu Bayan Lepas menjadi pinggiran bandar yang besar di kawasan metropolitan Pulau Pinang.
Anda boleh menaiki penerbangan dari mana-mana lapangan terbang untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Anda boleh menaiki Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo Air untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di mana penerbangan ini menyediakan perkhidmatan penerbangan yang kerap untuk ke Pulau Pinang. Apabila anda tiba di lapangan terbang anda boleh menaiki teksi atau bas untuk pergi ke destinasi menarik di Bayan Lepas.
Anda boleh memandu untuk ke Bayan Lepas melalui Jambatan kedua Pulau Pinang sambil menikmati pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan. Sekiranya anda mengembara dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk sampai ke Bayan Lepas. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa selama 3 jam 37 minit pemanduan.
Anda boleh menaiki kereta api ETS ke Stesen Keretapi Butterworth. Keretapi yang tiba di Stesen Keretapi Butterworth hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai ke bandar Georgetown di darat Pulau Pinang. Dari Georgetown anda boleh menaiki teksi atau bas untuk sampai ke Bayan Lepas di mana jaraknya hanya 18 km dari bandar Georgetown.
Fisheries Research Institute merupakan salah satu tarikan pelancongan yang terdapat di Bayan Lepas yang tidak boleh dilupai untuk anda kunjungi. Akuarium ini mempunyai 25 tangki ikan di kawasan akuarium yang gelap di mana anda juga boleh menangkap dan menyentuh spesis eksotik seperti belut liar, ikan singa dan ikan keli gergasi. Manakala akuarium tertutup di taman yang terbuka terdapat ikan koi dan kolam ikan, kolam penyu dan tangki yang mengandungi binatang yang tidak mempunyai tulang belakang seperti bintang laut dan bunga laut.
Kuil Ular Pulau Pinang terletak 3 km dari lapangan terbang di Sungai Kluang, Bayan Lepas. Kuil ini dikatakan hanya sebuah kuil di dunia ini yang mempunyai habitat ular di dalamnya. Kuil ini telah dibina pada tahun 1850 yang mempunyai spesis ular kapak berbisa di mana dipercayai menjadi tidak berbahaya dengan pembakaran yang mengeluarkan aroma bau seperti colok dan kemenyan. Kuil ini juga menjadi pusat perjumpaan tahunan untuk sambutan Tahun Baru Cina dan majlis melihat api diadakan untuk meramal nasib dan takdir untuk 12 bulan.
Penang War Museum ini terletak di Batu Maung berhampiran hujung tenggara Pulau Pinang. Bekas kubu ini telah ditukar menjadi muzium pada tahun 2002. Muzium ini amat menarik untuk anda kunjungi di mana anda boleh meluangkan masa di sini dengan melihat pemasangan barang-barang ketenteraan seperti kubu bawah tanah dan terowong serta senapang yang diletakkan di tempat yang kukuh yang telah dibina oleh tentera British pada tahun 1930.
Anda boleh meluangkan masa di Pulau Jerejak yang penuh dengan sejarah, kedamaian serta pantainya yang cantik yang terletak antara Pulau Pinang dan Pulau Pinang di sebelah darat. Pulau ini amat terkenal dengan persekitaran alam semula jadi yang nyaman serta kehidupan flora dan fauna nya yang unik. Burung helang serta cicak terpelihara sering terdapat di persekitaran pulau ini. Pulau ini sememangnya menjadi kawasan untuk merehatkan diri seketika dari kesibukan bandar.
Bukit Jambul Orchid & Hibiscus Garden terletak di sepanjang Persiaran Bukit Jambul. Ianya juga berdekatan Hotel Equatorial dan hanya 5 minit untuk ke Lapangan Terbang Antrabangsa Pulau Pinang. Taman dengan keluasan 2 hektar yang terdiri dari pelbagai jenis bunga orkid dan bunga raya menjadikan taman ini amat menarik untuk dikunjungi oleh para pelancong. Anda boleh mengambil gambar pelbagai bunga orkid dan bunga tropika di taman ini. Di sini juga anda boleh melihat taman rusa, kolam hiasan Jepun, Taman Kektus, pondok teh, sudut tembikar serta air terjun yang menjadi pemandangan indah untuk berkelah.
Queensbay Mall merupakan pusat membeli belah yang terbesar di Pulau Pinang yang terletak di Bayan Lepas. Anda boleh meluangkan masa di sini untuk menikmati keseronokan membeli belah yang terdapat panggung wayang, restoran, pusat arked, serta pelbagai barang dengan harga promosi yang berpatutan serta barang-barang berjenama tinggi.
Hotel Equatorial Pulau Pinang merupakan hotel luxury bertaraf 5 bintang yang terlepak di Bayan Lepas, hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Kawasan Perindustrian Bayan Lepas. Georgetown terletak hanya 20 minit dari hotel ini. Hotel Equatorial ini menyediakan para pengunjung pusat kecergasan yang lengkap, kolam renang luar, gelanggang skuasy dan tenis, pusat perdagangan, perkhidmatan ulang alik serta servis yang baik dan lengkap untuk memenuhi pengalaman hotel bertaraf 5 bintang kepada para pengunjung.
Eastin Hotel Penang merupakan hotel bertaraf 4 bintang terletak di tengah pusat bandar Bayan Lepas yang sesuai untuk pengunjung bagi tujuan perniagaan dan pengunjung yang ingin bercuti dan beristirehat. Hotel ini terletak hanya pada jarak 5 km untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan bersebelahan dengan pusat membeli belah Queensbay. Para tetamu boleh berenang di kolam renang luar atau bersenam di pusat kecergasan yang terdapat di hotel ini. Hotel ini merupakan pilihan yang sangat bagus kepada para pengunjung yang mencari hotel mewah dengan harga yang berpatutan di Bayan Lepas.
Popular Area | Sungai Nibong, Bukit Jambul |
Popular Hotel | Amari SPICE Penang, Iconic Marjorie Hotel, A Tribute Portfolio Hotel |
Popular Landmark | Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Queensbay Mall |