Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (IATA: BKI, ICAO: WBKK) adalah sebuah lapangan terbang antarabangsa yang terletak di bandar Kota Kinabalu, yang merupakan ibu negeri Sabah, negeri di bawah angin. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 8 km dari pusat bandar Kota Kinabalu. Ia adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan kira-kira 4 juta penumpang menggunakan lapangan terbang ini setiap tahun bagi penerbangan dalam negara dan antarabangsa. Jika anda dalam perjalanan melalui udara, lapangan terbang ini merupakan akses utama ke negeri Sabah dan ke kepulauan Borneo. Lapangan terbang ini terbahagi kepada dua terminal iaitu Terminal 1 dan Terminal 2. Bangunan terminal yang baru (Terminal 1) telah dibuka secara rasmi pada tahun 2008 dan menawarkan kesemua kemudahan sebuah lapangan terbang yang moden, termasuk kedai bebas cukai, kedai-kedai lain, lounge, kaunter ejen pelancongan, restoran, dan juga kemudahan lain. Terminal 1 adalah terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan anda boleh sampai ke terminal tersebut melalui Jalan Putatan di Petagas berhampiran Kepayan. Terminal 2 adalah bangunan terminal yang asal apabila lapangan terbang ini mula-mula dibina. Ia boleh diakses melalui Jalan Mat Salleh di Tanjung Aru dan terletak di seberang landasan dari Terminal 1. Sila pastikan terminal yang mana syarikat penerbangan anda akan beroperasi, kerana kedua- dua terminal tersebut tidak bersambung antara satu sama lain. Perkhidmatan loker simpanan juga disediakan dengan bayaran yang berpatutan. Antara tempat tarikan lain yang berdekatan dengan lapangan terbang ini ialah Pantai Tanjung Aru, Taman Perdana Tanjung Aru dan juga Gunung Kinabalu yang sangat terkenal.
Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu terletak kira-kira 20 minit dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, bergantung kepada keadaan lalu lintas. Terdapat perkhidmatan bas awam, teksi bermeter dan juga Uber disediakan untuk penumpang yang hendak pergi dan balik ke Terminal 1 dan Terminal 2. Harga tiket bas adalah sekitar RM 5.00 bagi setiap perjalanan manakala tambang teksi pula dalam anggaran RM 30 ++ dari pusat bandar Kota Kinabalu ke Terminal 1 atau Terminal 2.
Shangri-La Tanjung Aru Resort and Spa terletak hanya 10 minit dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, dan merupakan hotel mewah 5 bintang yang menyediakan penginapan yang sempurna. Shangri-La Tanjung Aru Resort and Spa, terdiri daripada 492 bilik dan suite mewah. Semua bilik direka untuk memberikan penginapan yang kontemporari dan diilhamkan oleh warna dan tekstur tradisional Borneo. Bilik dan suite menawarkan pemandangan laut dan Gunung Kinabalu atau Laut China Selatan yang menarik. Bagaimana untuk sampai ke sana? Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, anda boleh menghubungi pihak hotel untuk limosin hotel dengan bayaran tertentu. Tambang teksi antara lapangan terbang dan resort biasanya dalam anggaran RM 30 - 40 bagi setiap perjalanan dan bergantung kepada jenis kenderaan.
Hotel warisan bertaraf 2 bintang ini menawarkan penginapan yang amat luas dan terletak di tengah-tengah Kota Kinabalu. Terdapat sejumlah 44 bilik yang menakjubkan dan terdiri daripada bilik Twin Standard dan bilik keluarga yang dilengkapi dengan balkoni dengan pemandangan yang menakjubkan. Sarapan percuma juga disediakan dan termasuk dalam bayaran bilik. Casuarina Hotel terletak hanya beberapa minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Untuk kemudahan anda, hotel ini menyediakan bas ulang-alik ke lapangan terbang secara percuma yang beroperasi dari jam 8:00 - 17:00 setiap hari. Selepas masa yang ditetapkan, perkhidmatan bas boleh disediakan atas permintaandengan kadar bayaran tertentu. Bas ulang-alik percuma ke Bandar Kota Kinabalu juga turut disediakan dan tertakluk kepada ketersediaan. Reka bentuk hotel berunsur ciri-ciri kontemporari dan kesemua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan juga bar mini. Casuarina Hotel juga menyediakan perkhidmatan Wi-Fi secara percuma di kawasan lobi. Anda juga boleh mencuba restoran yang terdapat di hotel ini.
Total Accommodation | 200 Properties |
Popular Area | Tanjung Aru, 1Borneo |
Popular Hotel | The Magellan Sutera, The Pacific Sutera |
Popular Landmark | Suria Sabah Shopping Mall, Jesselton Point Waterfront |