Terletak di alamat Lot No. 2, Off Jalan Damai, Luyang, 88300 Kota Kinabalu, Hospital Pakar KPJ Sabah adalah sebuah hospital swasta. Ia terletak di bandar utama Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Pada sekitar tahun 1980-an, di tapak ini terbinanya sebuah Pusat Perubatan Sabah Sdn Bhd. Namun pada Disember 2013, ia mula beroperasi sebagai Hospital Pakar KPJ Sabah, dengan sejumlah 245 buah katil. Semua biliknya dilengkapi pendingin hawa melainkan dinyatakan sebaliknya dan sebuah bilik mandi. Demi menjaga keselesaan dan memberi kemudahan kepada pelanggan mereka, KPJ bukan sahaja menyediakan perkhidmatan perubatan yang terbaik dan kemudahan kepada pesakit, ia juga menyediakan penginapan untuk bermalam dan kemudahan kepada pengunjung atau pelawat yang datang untuk menjaga pesakit.
Pasar Filipina atau juga dikenali sebagai Pasar Malam di kalangan rakyat tempatan terletak di Jalan Tun Fuad Stephen. Beroperasi hanya pada waktu malam, Pasar Filipina adalah salah satu tempat tarikan terkenal bukan sahaja dalam kalangan pelancong malah penduduk setempat. Dikenali sebagai Pasar Filipina kerana ia dioperasikan oleh kebanyakannya pendatang Filipina. Terdapat begitu banyak produk yang dijual di sana seperti kraftangan, pakaian, makanan, barang kemas dan banyak lagi.
fgMenara jam ini dipercayai sebagai struktur bangunan tertua dibina di bandar Kota Kinabalu. Ia masih berdiri kukuh walau setelah bandar KK diserang dalam Perang Dunia II. Dijaga dan diuruskan oleh Muzium Sabah, menara jam ini dinamakan sedemikian sempena nama Francis George Atkinson. Beliau merupakan seorang pegawai daerah yang pertama di Jesselton semasa tampuk pemerintahan British Borneo Utara Chartered Company. Dibina pada tahun 1905, menara jam ini dikatakan sangat unik kerana pembinaannya yang menggunakan kayu tanpa sebarang paku.
Terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Hilton merupakan hotel berjenama antarabangsa yang terkenal. Hotel ini pasti menjadi penginapan yang terbaik dan berusaha untuk menambat hati tetamu-tetamunya dengan menawarkan perkhidmatan yang mereka perlukan, kemudahan dan kesenangan yang mereka harapkan. Hilton hotel bukan sahaja terkenal di kalangan pelancong perniagaan tetapi juga di kalangan para pelancong santai. Untuk pelancong perniagaan, Hilton menyediakan pejabat yang boleh disewa, perkhidmatan setiausaha dan banyak lagi. Manakala, bagi pelancong yang datang untuk bersantai, Hilton Hotel akan memastikan bahawa kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak menikmati penginapan mereka di sini dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan untuk kedua-dua kategori; dewasa dan kanak-kanak. Untuk tetamu yang memerlukan kereta untuk berjalan-jalan dan bergerak di sekitar bandar, mereka boleh pergi ke kaunter sewa kereta untuk maklumat lanjut dan tempahan. Para tetamu dialu-alukan untuk merehatkan diri di kolam renang luaran yang indah serta gimnasium yang disediakan. Hilton Hotel menempatkan 5 kategori untuk tetamu bilik, 3 kategori untuk suite, 4 kategori bilik eksekutif dan satu kategori bilik akses. Setiap bilik telah dilengkapi dengan lampu kemasukan automatik, sensor gerakan lampu, IPTV 48-inci dengan direktori perkhidmatan tetamu digital dan menu perkhidmatan bilik. Kadar harga bilik bermula dari RM417 di Traveloka.com.
Terletak di Jalan Bandaran Berjaya 2, Bandaran Berjaya, 88.819 Kota Kinabalu, Shangri-la Hotel juga merupakan hotel yang terkenal. Ia adalah hotel yang pertama dan tertua yang ditubuhkan di Kota Kinabalu. Terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu menjadikannya terkenal dengan dalam kalangan pelancong yang datang ke KK dengan tujuan perniagaan dan santai. Malah ia merupakan hotel terkenal bagi menganjurkan acara-acara seperti majlis perkahwinan, makan malam, seminar dan lain-lain. Shangri-la Hotel menempatkan sehingga 8 jenis kategori bilik termasuk suite. Antaranya adalah; Superior, Deluxe, Bunga Cengkih dan Bougainvillea. Setiap kategori bilik pula mempunyai 2 pilihan. Para tetamu boleh memilih pandangan dari kaca bilik samada mereka mahu pemandangan bandar KK yang meriah atau mahukan pemandangan bukit-bukit hijau yang mendamaikan. Kadar biliknya bermula dari RM220 semalam di Traveloka.com. Shangri-la Hotel juga memperoleh nama baiknya kerana ia mempunyai kakitangan yang ramah, menyediakan kemudahan asas dan perkhidmatan yang cekap. Ini adalah untuk memastikan bahawa tetamu berasa seperti di rumah sendiri dan selesa walaupun mereka berada jauh dari rumah.
Total Accommodation | 200 Properties |
Popular Area | Tanjung Aru, 1Borneo |
Popular Hotel | Hotel dan Residen Ming Garden, Hilton Kota Kinabalu |
Popular Landmark | Suria Sabah Shopping Mall, Jesselton Point Waterfront |